Saturday, November 24, 2007

'SEPUTEH QASEH RAMADHAN'.....

Malam ni aku malas nak keluar. Aku nak layan TV je. Letih siang tadi masih ada. Lepas aku angkut suma benda kudap-kudap buat santapan dan air Coke, aku pun terus lepak depan TV.

Malam ni repeat drama "Seputeh Qaseh Ramadahan" tengah main. Drama ni kira kategory heavy la sebab banyak isu-isu kekeluargaan dibentangkan. Pelakon dia pun not bad especially yang jadi mak mertua Eja tu.....kira ala-ala mak jahat dalam Ibu Mertuaku. Aku suka tengok lakonan makcik ni. Very the method.

Irama "Melukut Ditepi Gantang" yang jadi background music dia memang syahdu. Bait-bait liriknye yang sungguh mendalam membuatkan aku 'melekat' kat depan TV. Pandai betul dia orang matchkan lagu ni dengan intipati drama ni.

Kisah ni pasal kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak dia yang ditinggalkan sebab dia masuk penjara. So lepas dia dibebaskan, dia pun try mencari anak2 dia balik. Kira macam edisi "Jejak Kasih' la ni.

Bak kata orang, naluri seorang ibu tu memang kuat. Tapi aku rasa, naluri ibu ayam lagi kuatkan? Kalau tak, takkan le dia tahu anak2 ayam dia yang nak escape....alih-alih kena cekup dan kena paksa 'beroperasi' balik. Naluri 'Nora' macam mana plak??? Larikkk!!!

Seorang suami haruslah tegas dan bertindak sebagai ketua keluarga. Tapi dalam cerita drama ni, si suami Qaseh ni hanya ikut telunjuk ibu dia aja....ala yang makcik jahat aku cakap kat atas tadi tu la. Bukan itu aja, dia pun kena queen control ngan bini baru dia...si Ratu Cucuk tuh!!

Penerimaan anak-anak terhadap seorang ibu yang dipenjarakan adakalanya memeritkan. Tambah-tambah lagi kalau anak-anak tu dah besar panjang dan paham akan permainan emosi. Part ni, aku rasa the kids did a good job especially yang kecik sekali tu. Ada harapan jadi pelakon kanak-kanak terbaik.

Nak jadikan cerite, si Qaseh ni kerja dia jual kueh. Btw, cerite ni konon-kononye dalam bulan Ramadhan la. Kalau tak takde la tajuknye 'Seputeh Qaseh Ramadan' kan???

Tapi, napa dia jual kueh plak? Napa dia tak kerja kilang? Napa dia tak kerja salesgirl? Well......kan ke bulan posa memang ramai orang buat bisnes....so kiranye Qaseh ni pun macam yang lain-lain la.....masyuk beb bulan posa bisnes.

Perkomplotan si ibu mertua (makcik jahat tadi) ngan bini baru ni memang hebat. Makcik ni memang benci sesangat ngan si Qaseh ni. Kira tahap lahanat la tuh. Si bini muda ni plak mulut....macam hanjeng!! Nak menjerit aje.......sumbat ngan terung dalam mulut tu baru tau!!!

Tengah syok tengok drama ni, alih-alih 'TO BE CONTINUED'.......hampeh betuila....apa kesudahannye? Dahla aku tak tengok drama ni masa dia mula-mula main dulu. Nasib baik, Aisyah keluar ngan lagu 'Melukut DiTepi Gantang".......pergh...memang power lagu ni!!!

So, kiranye ulasan aku tak abis lah sebab cerite dia pun tak abis malam nih.....kena tunggu next week la jawapnye......

2 comments:

Beruang Madu said...

Montel Karung - citer tu memang best, aku suka watak mak mertua dia yang hanjeng tu..lakon memang berkesan.... hahahha....

'kalau kau aku dah benci, keturunan kau aku benci... anak ko takder!!!' Ibu Mertuaku - P.Ramlee

orangrawa said...

beruang madu.....mmg best makciktu....makciktu hanjeng sangat. Tapi best!!