Kalau korang terbaca berita dunia, korang mungkin tahu pasal kekecohan yang sekarang ni sedang berlaku di Phuket Airport. Benda ni berlaku sejak tengahari semalam.
Punca nya sebab para penyokong People Democratic Alliance (PAD) yang mahukan Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej meletakkan jawatan. Lebih kurang 500 penyokong PAD mengerumuni airport dan semua laluan telah pun diblock dia orang. Semua flights incoming dan outgoing terpaksa dibatalkan jugak atas tujuan-tujuan keselamatan. Hal yang sama juga berlaku di Hatyai dan Krabi. Kat Bangkok Airport dia tak kacau plak.
Keadaan menjadi agak kecoh maklumlah airport kan ke sibuk. Tambahan pulak pelancong-pelancong tengah ramai baru mendarat. Tapi nasib baiklah dia orang tak kacau pelancong. Kalau tak memang silaplah sebab pelancong-pelancong akan takut nak datang sini nanti.
Hari ni dah masuk hari kedua. Keadaan masih berlanjutan. Tak taulah camana nak jadi kat sini. Hopefully bertambah baik. So far, takda kejadian yang tak ingini berlaku. Flights semuanya masih dibatalkan tapi mungkin airport operations akan dibuka semula lewat petang bergantung kepada keadaan keselamatan.
Alhamdulillah so far aku dan staff aku semua okay. Banyak panggilan kita orang dapat dari penumpang-penumpang, kawan-kawan, rakan-rakan seperkerjaan terutamanya hotels, resorts yang menalipon aku untuk mengetahui keadaan semasa. Mintak-mintak keadaan tidak berlarutan dan balik kepada normal semula.
So, plan aku esok nak join kawan-kawan lain menyambut Merdeka kat Pulau esok nampak gayanya terpaksalah aku batalkan. Aku pun tak pasti samada dia orang akan proceed ke tak maklumla aku tak dapat join (ceh....perasan jadi orang penting jap!)
Bagi aku, hal-hal yang berkaitan dengan Company aku adalah lebih utama. Yelah, aku dihantar disini untuk take care of my Company bukannye nak datang berjoli. Keselamatan penumpang dan segala yang berkaitan dengan Company aku adalah lebih utama dari pergi bercoti-coti kat pulau. Pulau -pulau tu tak larik punya.....next time je lah aku pergi outing tu!!!
Siap buat banner lagik!!!
4 comments:
tu laa .. kite pun tengok berita, kekecohan berlaku kat sana .. harap rakyat malaysia semuanya ok dan xde paper ..
bro .. konpem balik sini bape hb ???
selamat berpuasa yer !!
:)
lily...kompem lapan sampai 12 sep ada KL....jom makan2 nak? ajak kengkawan...lagi ramai lagi bagus
wokeh cun !!!
lapan - 12 ehh ... boeyh boyehh !!
nanti leh berbuka puasa sama2
leh ajak bang beruang madu ngan doc shah kalau dorang pree
:)
lily....set....ajak sekali depa....dia org tu ex house mate i dulu tu...
Post a Comment