Sabtu lepas, kawan baik aku Rasydan datang melawat aku kat sini. Dia lepak kat umah aku aja. Dia ni memang member baik aku masa kat Company lama kita orang dulu.
Sampai je kat sini terus dia snappy-snappy....teruja katanya. Ye lah....lain bebeno suasananya kat KL tu. Kat sini agak nyaman, tenang dan menyelerakan...kata dia lah...!!
Rasydan di kediaman tuan tanah
Syok gak kalau member-member datang sebab boleh bawak jalan-jalan, makan-makan dan aktiviti2 yang sewaktu dengan nya. So, aktiviti pertama yang aku buat, apa lagi....makanlah.
Kita orang berempat (aku ajak kengkawan aku kat sini) pergilah ke HinTung Seafood Restaurant yang ondaway ke Kamala Beach tu. Restoran ni ownernye orang Malaysia, Mr Foo so kita orang dapatle diskaun sikit. Lokasi restaurant ni memang chantek dan menarek ...kat tepi cliff dikelilingi oleh pokok2 menghijau dan laut yang membiru. Very nice view....kalau tak caya korang tengok le gegambor bawah ni.
HinTung Restaurant
Main entrance.
Jangan plak terjun lepas makan yek!!
Nice and simple setting
Lepas makan boleh turun bawah basuh kaki
Posing kelaparan
Kita orang order seafood aje dan rasanya boleh tahan sedap....kongsi ramai-ramai jadi tak le rasa mahal.
Lepas makan, apa lagi kami semua ke spa la plak. Kali ni kat area Patong. We all pergi buat reflexsologi dan facial..hahaha...jangan tak caya. Aku kalau kat KL tak pernah langsung berminat nak ke tempat facial nih tapi memandangkan kat sini banyak sangat dan reganya pon takle mahal, so kita orang pun 'mengpampered'kan diri la sudahnya. We all pergi kat Oriental Spa yang terletak kat Middle Road. Untuk satu rawatan facial selama 1 jam cuma THB300 je...campur plak mask tambah lagi THB200..so totalnya THB500 ataupun RM50. Murah tak? Kat Mesia mana nak dapat woi!!
Lenguhle plak kakiku..
Cuba teka...siapakah ini?
Selepas abis kat spa, aktiviti disambung plak ke Simon Cabaret yang juga terletak di Patong. Simon Cabaret merupakan drag show yang ada kelllas. Korang pasti terpegun tengok nyah-nyah yang buat show ni....lawa-lawa siut dan punyalah sexy. Selalunya kalau pelancong ke Phuket, tempat ni harussssssssss ada dalam itinerary dia orang.
Dalam banyak-banyak show tu, aku paling suka masa Dream Girls punya performance. Sebijik dia tiru macam kat wayang tuh. Penyanyi utama dia muka Beyonce tu.....dahsyat beb!! Malang sekali, aku takda USD50,000....kalau tak boleh gak aku amik-amik gambar....dan lepas tu kalau kena tangkap berbayor le USD50,000 tuh. So sorry yek, no photos could be captured.
Show dia memang menghiburkan dan kelakar pun ada. Stage, props, kostumes memang international standard dan tak segan la kalau nak dipertontonkan kat para pelancong. Tiket masuk untuk VIP seat cuma THB650 (seat row depan tu) dan yang kat belakang-belakang tu THB500. Show dia dalam sejam lebih le tak silap aku. Dan show dia orang ni sesuai untuk seisi keluarga...ramai rombongan Cik Kiah datang siap bawak satu batalion anak beranak lagik...jangan tak caya!!
Abis je show, semua dia orang ni akan berbaris kat luar untuk amik gambar. Sapa nak pose dengan dia orang kena bagi le tip...dalam THB40 je...ok le tu.
Abis show we all pun pergi makan kat Pizza Hut Jungceylon Mall sementara menunggu kawan-kawan lain yang akan menyertai aktiviti riadah diBangla Road. Siap tukar baju lagi...maklumla sehari suntuk keluar...badan aku pun berpeluh-peluh...so kenalah pakai baju baru supaya kelihatan fresh semula.
Lepas makan we all pun beramai-ramai jumpa kat Bangla Road. Sorry yek gambor2 tak disiarkan atas permintaan Dato Bandar Patong yang turut serta bersama kami malam tu. Tak nak publisiti katanya....so takdalah gambor-gambor buat tatapan korang.
Ermmm.....Rasydan memang enjoy giler datang sini katanya!!!
4 comments:
salam. haiyo bestnyer...
yg cabaret tu mmg lawa2 ker/...dsayat kan diorang nyer drag..hebat..kalah pompuan agaknyer...hhuhu
teringin jugak ke tmpat tuan tanah..agak2 semua kos ke phuket tu berapa rm ek?..saja nak tau..senang nak bajet nanti..hehe
awie...dalam rm1k cukup kot....bergantung pada activity ngko buat kat sini..
sabar je laa tengok ....
hishh ... sabo sabo ...
tunggu sampai masa terjah jugak phuket tuh
nanti bro sambut kita ngan karpet merah ek ??
hihi ~
lily...karpert purpel pun boley...datang jangan tak datang...
Post a Comment