Entry ni adalah sambungan selepas outing nasik lemak. Aktiviti seterusnya adalah untuk pergi ke Kamala Beach untuk melihat FANTASEA show. Ianya merupakan show yang telah memenangi Best Attraction Thailand Tourism Award.
FANTASEA merupakan 'a unique cultural theme complex'yang dipenuhi dengan karnival atmosphere, shopping, handicrafts, restaurants etc. Pokok kata macam-macamlah yang ada kat dalam ni. Tapi yang paling orang nak tengok kalau ke Fantasea ni adalah show dia yang dipentaskan di "Palace of The Elephants" yang boleh menempatkan seramai 3,000 penonton.
Entrance to Palace of the Elephants
Show ni memang impressive. Ianya combination of musical, lawak jenaka, silap mata dan yang paling best show special dari live animals seperti gajah, ayam, burung, rimau dan kambing pun ada....kelakar sesangat.
Dia punya stage memang cantik dan lighting dia memang superb sesangat. Bayangkan dalam musim off-peak ni pun penuh theater ni dan kalau bulan-bulan peak, tak tau la aku betapa sesaknya orang nak tengok show ni.
Part yang paling aku kagum sekali masa persembahan acrobatik dari bahagian atas bumbung ala-ala 'Cirque De Soleil' gitu. Memang best dan mendapat tepukan gemuruh dari penonton.
Basically, show dia mengenegahkan tradisi orang Thailand diselangi dengan jenaka dan tarian serta nyanyian. Malang sekali kamera semua kena simpan di kaunter pintu masuk dan penangkapan gambar memang tak dibenarkan sama sekali.
So, we all cuma dapat amik gambor kat luar ajelah sebelum masuk menonton show dia yang grande tu. So, sesapa yang datang Phuket, kalau tak tengok Phuket Fantasea ni memang rugi..sebab something different dan a must see show in Phuket.
Cantik...songbird luminard
Patung gajah lagik
Semuanya gajah-gajah belaka
Lampu yang cantik jugak
Carnivale Village
Cultural show
Tuan tanah dan Fahmi
Gambar ramai-ramai
Ikan-ikan kelaparan mintak makanan
Pintu Masuk
Tuan tanah dengan Family Fahmi
4 comments:
Zul... I dah pegi tempat nih... best memang best... alau kat Malaysia ni tentu dah macam macam diorang kata...
Err tak pegi ker Simon Cabaret... bestnya persembahan diorang...
bm...memang dalam plan tapi tak sempat lagi ke cabaret tu....
beshnyaa .. bila kita nak sampai phuket nih ..
sangat menarik .. lagi2 kalau malam ..
so kalerful ye bro
:)
Lily...memar kalerful sangat..Citrawarna Phuket katanye....
Post a Comment