Saturday, June 28, 2008

THE COOLEST MOVIE EVER - WANTED


Wanted

Malam ni aku balik kerja lambat. So, aku ingat lepas balik opis nak singgah kejap ke Sentral Festival Mall. Hajat hati mungkin nak tengok movie "Sex & The City" tapi nampak gayanya melepas le aku sebab dah habis tayangannya. Tapi nasib aku agak baik sebab malam ni jugak start cerite "WANTED" lakonan Angelina Jolie, Morgan Freeman & Jason McAvoy.

Cerita ni mengenai sekumpulan pembunuh professional ataupun dikenali sebagai "Fraternity of Assassins". Dari mula start sampai abis memang action 100%. Lakonan Angelina Jolie tersangatlah mantap sekali. Dah le lawa, lincah dan ada style plak tu dia ni sebagai pembunuh pro. Aksi-aksi dia agak brutal tapi cool giler.

The best part was the ending. Memang shocking giler. Tak disangka sama sekali dan brilliant sungguhlah pengarah dia. Tu yang buat lagi best tu.

Kalau dah main kat Malaysia, korang pergi la tengok. 100% berbaloi dan personally, this is the coolest movie ever selepas 'The Matrix" lakonan Keeanu Reeves dolu-dolu. Tapi mungkin kat Mesia kena censored kot sini sana sebab banyak aksi-aksi brutal dalam movie nih. Kat sini, semua lepas aje.

Next coolest movie yang aku nak tengok ialah 'HANCOCK' lakonan Will Smith. Tak tau lagi biler nak ditayangkan tapi tengok trailer dia memang teruja. Best siut!!


Hancock

No comments: