Saturday, June 28, 2008

THE COOLEST MOVIE EVER - WANTED


Wanted

Malam ni aku balik kerja lambat. So, aku ingat lepas balik opis nak singgah kejap ke Sentral Festival Mall. Hajat hati mungkin nak tengok movie "Sex & The City" tapi nampak gayanya melepas le aku sebab dah habis tayangannya. Tapi nasib aku agak baik sebab malam ni jugak start cerite "WANTED" lakonan Angelina Jolie, Morgan Freeman & Jason McAvoy.

Cerita ni mengenai sekumpulan pembunuh professional ataupun dikenali sebagai "Fraternity of Assassins". Dari mula start sampai abis memang action 100%. Lakonan Angelina Jolie tersangatlah mantap sekali. Dah le lawa, lincah dan ada style plak tu dia ni sebagai pembunuh pro. Aksi-aksi dia agak brutal tapi cool giler.

The best part was the ending. Memang shocking giler. Tak disangka sama sekali dan brilliant sungguhlah pengarah dia. Tu yang buat lagi best tu.

Kalau dah main kat Malaysia, korang pergi la tengok. 100% berbaloi dan personally, this is the coolest movie ever selepas 'The Matrix" lakonan Keeanu Reeves dolu-dolu. Tapi mungkin kat Mesia kena censored kot sini sana sebab banyak aksi-aksi brutal dalam movie nih. Kat sini, semua lepas aje.

Next coolest movie yang aku nak tengok ialah 'HANCOCK' lakonan Will Smith. Tak tau lagi biler nak ditayangkan tapi tengok trailer dia memang teruja. Best siut!!


Hancock

Thursday, June 26, 2008

HARI LAHIRKU


Sumpah...ni bukan gambo aku!!

Hari ni 27 June. Hari ini adalah hari kelahiran aku. Aku pun sebenarnya tak ingat sebab memang aku bukan jenis yang celebrate birthday.

My old fren yang aku pun dah lama tak jumpa sent me an email. He wished me "Happy Birthday". Dia jugak attachkan 'Age Character Calculation' yang more less agak benar mengenai sifat-sifat aku. Thanks bro sebab ko ingat my birthday...aku pulak langsung tak ingat ko punye....minta maap ye banyak-banyak!

Daripada 'Age Character Calculation' tu, ni yang aku dapat:-

Age in days 13871
Age in hours 332893
Age in minutes 19973570
Age in seconds 1198414212
Age in Milli seconds 119841421181
Age in weeks 97094
You born on Saturday

Dan menurutnya lagi, orang yang dilahirkan pada 27 June, mempunyai sifat-sifat berikut:-

* Thinks far with vision
* Easily influenced by kindness
* Polite and soft-spoken
* Having lots of ideas
* Sensitive
* Active mind
* Hesitating
* Tends to delay
* Choosy and always wants the best
* Temperamental
* Funny and humorous
* Loves to joke
* Good debating skills
* Talkative
* Daydreamer
* Friendly
* Knows how to make friends
* Abiding
* Able to show character
* Easily hurt
* Prone to getting colds
* Loves to dress up
* Takes time to recover when hurt
* Brand conscious
* Executive
* Stubborn
* Those who loves me are enemies

Surprisingly, I HAVE ALL THAT CHARACTERISTICS......ermmmm, impressivelah "Age Character Calculation" nih!

So, aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat diriku sendiri....semoga hidup aku diberkati Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rejeki, dipertemukan jodoh dan senantiasa berbuat amal kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Amin!!!

Tak dilupakan ucapan terimakasih kat kawan lama aku di Amerika nun, si Mariah Karim ataupun nama glamer dia Maria Carey kerna sudi menyanyikan lagu Happy Birthday versi live buat aku. Thanks so much Cik Mar (nama masa sekolah dia dulu nih)sebab ingat jugak ko kat aku lagi yek walaupun ko dah glamer sekarang!! Ku terharu....


Ni pun bukan aku....ni JuOn la...

Wednesday, June 25, 2008

AKEDEMI FANTASIA 5 - SIAM VERSION

Tadi tengok tv kat umah...tukar channel sana sini alih-alih terbukak channel AF5 Thailand. La....tak sangka kat sini pun ada AF jugak rupanya. Tapi memandangkan satu habuk pun aku tak paham, so aku ignore ajelah AF5 Thailand nih. Tapi rasanye nak tengok konsert dialah malam minggu ni kat tv tuh...tah-tah lagi grande!


AF5 Siam version


Student le ni kot?

Monday, June 23, 2008

MICASA DEL PHUKET



Today is a very important day for me. Selepas 2 minggu aku terperok kat hotel je sampaikan aku naik rimas tengok dinding kiri kanan atas bawah, akhirnya kini pasti (wah...lagu Kak Nita nih), aku berpindah ke kediaman aku yang baru.

Thanks for my predecessor yang recommend tempat nih. A simple and cozy 2-bedroom apartment. Nice place, quiet dan yang paling penting, seberang jalan tu berlambak kedai orang Islam. Yalah, bukan senang nak cari makanan halal kat Phuket ni. Masjid pun ada kat sebelah tu aje. So, memang baguslah tempat nih.

So, tak nak cerita banyak-banyak sebab letih sangat angkut barang tadi. Rumah ni agak kosong lagi tapi slowly le aku akan mengdecoratenye mengikut citarasa aku yang agak kontemporary gitew. Wah....bukan main lagi berangan!!!!!!


Main Entrance


My Block - Baan Tongfah


Jom makan kat sini!!


Lepas makan jom naik bot?


My sofa - potentially my bed ler ni!


My Kitchen


Master Bedroom


Big Balcony - I like!!


Dining Hall - masih kosong


Living Hall


Main Bathroom

BERSANTAI DI PHUKET

Weekend yang baru ni, aku buat familiarisation trip kat Patong Beach. Saja melihat tempat ni maklumle senang kalau orang tanya. Memandangkan aku dah ada kereta, so aku pun melencong le sikit ke Karon Beach yang terletak tak jauh dari Patong Beach.

Sekarang di Phuket adalah low season period. So tak ramai orang. Immigration counter tak sesak. Airport tak ramai orang. Hotel pun tengah murah. Tapi ayam-ayam tetap banyak berkeliaran....paham-paham sendri le apa maksud aku!!

Aku ni bukannya suka pantai sangat...so for me takdalah menarik sangat Phuket ni. Tapi tak dinafikan yang Phuket amat sesuai untuk relax-relax, santai-santai dan kalau yang suka water sport tu memang best. Pantai dia agak cantik berbanding denagn Penang ataupun Langkawi. Kat sini terlalu banyak sangat pantai especially yang kawasan yang less commercial. Itu yang mat saleh suka dan buat banyak property investment kat sini.

So, enjoy le gambo-gambo Phuket ni buat tatapan kalian semua.


The Old Phuket at Karon Beach


Sepetang di Karon Beach


Elok-elok nanti tersangkut plak!!


Pantai yang agak sunyi


Seronok lepak atas nih.


Dolphins..

Wednesday, June 18, 2008

MY NEW OFFICE.

Hari ni baru sempat nak settle down kat office. Apa-apa hal ambik gambo dulu..pose sini sana mana yang patut.

So nilah dia tempat cari makan aku yang baru.....tak jauh mana pun dar Malaysia tapi kira oversea le jugak....


Senyum je la yope!!


Ofis aku yang baru.


Sambil posing sambil buat-buat menaip..boley??


Serius kah?

Tuesday, June 17, 2008

SIARAN LANGSUNG DARI PHUKET




Sawadeekap kapkhunkap....

First time aku bersiaran dari Pearl of Andaman Sea - apalagi Phuket la tu. Aku masih sibuk gilos sebab banyak sangat meeting kena attend kat KL. Baru nak bertapak kat sini dah kena balik semula ke KL. Itulah yang berlaku dalam masa 2 minggu lepas. Asyik KUL/BKK/HKT sajork. So, masih tak sempat lagi aku nak explore Phuket ni.

Banyak benda aku melepas kat sini. Lain sangat tak macam KL. Baru beberapa hari aku kat sini dah rasa rindu dah kat KL. Especially part makan, aduh rindu nya aku. Tak larat la nak makan tomyam ari-ari kat sini. dah le makanan halal payah nak dapat.

Anyway, kalau sempat aku akan bersiaran semula. Next week hopefully aku dah boleh pindah ke rumah sewa aku. Boring siut asyik dok hotel je. Tak larat....

Dah pindah nanti senangla aku nak berblogging nih!!!

Cauchinchau...