Friday, March 27, 2009

TALENTIME - THE MOST BEAUTIFUL MOVIE!!!



Korang dah tengok filem terbaru Yasmin Ahmad's yang bertajuk Talentime tak?

Actualy hari ni 26MAR09 baru start dan aku punyalah excited nak tengok sampaikan terlupa start pukul brapa. Filem dah start 10 minit barulah aku masuk....janji dapat tengok!!

Cerita dia simple tapi penuh muhibbah. Yang penting buat kat Ipoh tu yope!! Seronok tengok filem yang very real,selamba dan banyak pulak lagu-lagu yang best tu. Bagi aku Yasmin tak pernah gagal dalam melahirkan kejujuran dalam karya-karya dia. Itu keistimewaan Yasmin dan gua salute sama lu.

Actually kisah dia cuma pasal pertandingan talentime kat sekolah sempena sambutan ulangtahun ke 7. Sempoi je storyline dia. So, sekolah tu pun buatlah pertandingan ni dan cuma 7 peserta je yang layak perform untuk final. Dalam masa audition tu nanti, korang mesti pecah perut tengok telatah students yang kurrrreng bakat tapi nak masuk gak. Adibah Noor jadi ketua juri dan cikgu sekolah tu dan dia lah yang 'menghidupkan' karekter masa ni.

Dalam kelakar tu, korang akan rasa sedih gak sebab salah seorang peserta dia si Hafiz sedang menghadapi saat-saat getir menanti kematian emak dia yang kena kanser. Another karekter, si Mahesh pulak bisu dan pekak tapi menaruh cinta yang tinggi dekat gadis berlainan agama dan bangsa, si Melur. Si Melur ni pulak dari benci menjadi simpati dan lepas tu fall in love plak dengan si Mahesh tadi.

So, cerita dia tak serabut tapi mendalam maknanya. Takda lawan tembak-tembak, takda lawak bodoh Senario, takda melalut-lalut sampai nak termuntah tengok - MEMANG TAKDA benda-benda ni dalam Talentime. Yang ada cuma simple dan selamba je!!

Banyak lagu-lagu best yang 'soothing' dalam filem ni dendangan Aizat dan Atilia. Dan satu lagu hindi yang sedap pun ada namanya 'O Re Piya'. Aku mintak adalah OST Talentime keluar nanti sebab memang best lagu-lagu dia.

Ramai pelakon berbagai bangsa dalam filem ni. Antaranya Adibah Noor, Syafie Mukhsin, Jaclyn Victor, Harith Iskander, Ida Nerina dan pelakon2 baru yang berbakat besar macam Pamela kakak Vince AF, Mahesh Jugal, Howard Hon Kahoe dll.

Korang tengoklah website dan trailer dia kat sini lepas tu lu pikirlah sendiri:-

http://www.talentimethemovie.com

So, apa lagik? Supportla filem Malaysia yang berjiwa Malaysia dan penuh dengan keselambaan dan REAL. Anyway, tahniah buat Yasmin Ahmad dan bertambahlah lagi koleksi original dvd filem-filem arahan Yasmin Ahmad kat umah aku nanti.

TALENTIME - memang bestttttttttttttttttttttt!!

4 comments:

are you said...

salam...

ayu suke filem2 yasmin ahmad. santai.

mcm ni kena g tgk ni. skrg jugak beli tiket...:)

orangrawa said...

areyou......memang best...rugi tak tengok.....cepat larik ke panggung....lol!!

Lily.Lulu said...

citer ni memang best bang !!
sangat sangat kannnnnnnn !!

suka sangat !!
:D

orangrawa said...

lily.....wah profile baru! Yes memang best giler !!