Wednesday, March 18, 2009

LAWATAN BERMAKNA KE HANOI

Hari Jumaat lepas terpaksa berangkut ke Hanoi sebab dapat jemputan untuk menghadiri Majlis Makan Malam dengan DYMM Yang Dipertuan Agong. Seronok rasanya sebab inilah first time dapat jumpa dengan our Agong dan first time jugak ke Hanoi.

Hanoi merupakan ibu negara Vietnam dan kalau naik flight cuma 2 jam dari Saigon. Bandarnya agak kecil dan sunyi kalau dibandingkan dengan Saigon tapi banyak bangunan-bangunan lama dan bersejarah kat sini.

Kat Hanoi, aku duduk kat Sofitel Plaza.....a very nice 5 star hotel bersebelahan dengan tasik. Aku suka hotel ni sebab very clean dan bilik dia chantek. Cuaca plak punyala best masa ni kat Hanoi dalam 17 darjah Celcius....sejuk dan berangin...aku suka sangat.

Dinner dengan DYMM dihadiri oleh rakyat Malaysia di Vietnam dalam lebih kurang 150 orang and by invitation only. So, memandangkan aku ni wakil Company aku di Vietnam, so dapatlah jemputan tersebut.

Inilah antara gambar-gambar yang aku ambik dan yang best sekali sebab dapat berjabat salam dengan DYMM. Baik dan senyum je our King dan sudah tentu Baginda berjiwa rakyat. Bangga rasanya!!


Senyum dalam kesejukan


Meja hidangan untuk para jemputan


Dengan pegawai-pegawai Konsulat




DYMM Yang Dipertuan Agong. Ampun Tuanku!


Dapat jugak ambik dari belakang


Dengan rakyat Malaysian yang lain


Bersama Duta Malaysia di Vietnam


Dengan staf-staff aku


Kad jemputan


Cenderahati dari pihak Istana

Keesokkan harinya semeentara menunggu flight petang, we all pun jalan-jalan lah kat pekan Hanoi tu. Best jugak dan meriah rasanya tengok kesebukan pekan kecik ni. Apa lagik....shopping la kami ari tu sebelum balik.


Kedai jual asam - ada lebih 50 jenis asam kat sini!


Makan mencangkung memang popular kat sini.






Kita orang pergi satu restoran Melayu kat sini atas cadangan kawan namanya Warung Seri Belango. Makanannya so so aje tapi sebab tak larat nak makan makanan Vietnam, so kira bersyukurlah dapat jumpa makanan Melayu.




So kesimpulannya aku rasa berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat berjumpa dan bersalam dengan Raja kita. Bestla!!

6 comments:

Ziana said...

diary songket!!
sgt cantik!!
:)

yeah! setuju!
Agong yg berjiwa rakyat!
:)

Mother of Two said...

tgg agung datang dubai plak...sbb nak dpt diari songket jugak..:)~

orangrawa said...

Ziana....memang baik dan hensem Raja kita!!

Sheila......hehehe....hadiah Agung tu....mesti simpan!!

MOLY said...

yes la bang
bukan senang nak dapat jumpa dengan raja kita kan

DAULAT TUANKU !!
:D

alang alang dah pergi jumpa raja, haruslah berjalan shopping skit kan bang ...

best pulak tengok suasana kat sana .. macam2 aktiviti ..

orangrawa said...

Lily...hanoi pun best dan ada 4 musim tu...

aminah said...

SALAMAT DATANG KE OPEN TOUR MINAH UNTUK ORANG MALAYSIA DI VIETNAM
hi saya aminah dari vietnam . ini blog saya buat tour untok ke orang malaysia dan indonesia di vietnam sila kan tengok dan send bagi kawan mana minat datang ke vietnam . thank you soo much http://wwwsinamalaysia-sina.blogspot.com/