Sunday, January 25, 2009

PARTY ORANG RAWA KAT ROYAL PHUKET MARINA



Malam Jumaat lepas aku saja buat makan-makan kat umah. Saja buat jamuan untuk kawan-kawan rapat dan staff aku. Untuk setengah orang, ini merupakan first time dia orang bertandang. Setengahnya plak dah pernah datang umah aku beberapa kali.

Untuk malam tu, seperti biasa masing-masing merindukan nasik lemak so aku pastikan nasik lemak sebagai menu utama kami. Caterernya seperti biasa aku upah wife dan sister-in-law Fahmi dari Tourism Malaysia. Memang we all tak pernah komplenlah sebab memang sedap masakan dia orang.

Selain dari nasik lemak, we all ada mihun goreng, ayam goreng, kari daging, nasi goreng by Dilla, sambal sotong, buah-buahan dan beberapa makanan lain. Penuhla meja makan umah aku tu dengan semua benda-benda makanan dan minuman malam tu.

Yang tak disangkanya, Dave bawak plak kawan French dia yang merupakan seorang magician join sekali malam tu. Gerard namanya dan merupakan seorang silapmata veteran dari Perancis dan sekarang ni tengah bercuti di Phuket. So, malam tu umah aku jadi gelanggang silap mata la kejap tapi menghiburkan. Budak-budak dan emakbapak budak berkurumun asyik memerhatikan trick yang dia buat. Satu rumah kena tipu termasuklah tuan rumah.

Inilah antara gambar-gambar we all malam tu semuanya enjoy sebab untuk 2009 nilah first time gathering we all kat umah aku.

Antara hidangan malam tu:-




Inilah dia Gerard si magician:-






Semua seronok makan, minum dan sembang-sembang.











Makan-makan we all ni abis dalam pukul 1 pagi kalau tak silap. Syok lepak-lepak kena teh tarik kat balcony ramai-ramai. Dan yang makanan lelebih tu aku tapaukan lah kat sapa-sapa yang balik malam tu.

So, memang best sangat malam tu dan sebelum aku meninggalkan Phuket hujung bulan Februari nanti, inshalah aku akan buat lagi sekali buat yang terakhir untuk kawan-kawan aku semua. Sedih plak rasanya nak meninggalkan kawan-kawan kat Phuket ni tapi nak buat camanakan dah tugas!!

4 comments:

lillies said...

waaahhh...!!!meriahnye.....!!!manyak makanan wooo....mesti sedap2 neh....jangan sedih2 eh....
ceria2 slalu...

orangrawa said...

Lilies....makanan malam tu memang sedap.....dalam sedey2 tu abis gak 3 pinggan!!

MOLY said...

wow .. sangat meriah !!!!
seronok kan bang bila makan ramai2 macam nih ..

siap ada silap mata pulak tuh ....
best besttt !!!!!

orangrawa said...

LIly.....spesel silap mata gitew!!