Flight MH030 KUL/DXB/IST yang membawa aku berlepas dari KLIA pada pukul 11.59 malam. Punyalah excited sebab memang dah lama aku nak ke sini tapi sekarang baru berkesempatan.
Pertukaran malam dan siang
Perjalanan dari KUL ke DXB mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kami transit di DXB dalam lebih kurang 1 ½ jam sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul. So sempat jugaklah aku merayau-rayau kat airport DXB menghabiskan masa.
Transit kat Dubai
Dalam pukul 8.00 pagi waktu tempatan, aku sampai kat Ataturk International Airport di Istanbul. Cuaca agak sejuk dan renyai-renyai. Nasib baik aku bawak jaket kalau tak merasalah kesejukan sorang-sorang kat sini. Dari airport, aku mengambil Metro menuju ke Stesen Zeytinburnu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Harga tiket adalah YTL1.30 ataupun lebih kurang dalam RM3.25.
Setibanya di Zeytinburnu, aku dikehendaki menukar kepada tram yang menghala ke Kabatas. Tambang yang sama dikenakan iaitu YTL1.30. Sultanahmed merupakan salah satu stesen diantaranya dan boleh dikatakan semua orang akan turun kat stesen ni. Tram yang pada mulanya agak kosong semakin penuh bersesak. Nasib baik aku dari stesen yang pertama, dapat gak la aku duduk.
Setibanya di stesen Sultanahmed, bak dijangka, ramai penumpang turun termasuklah aku. Sambil berpandukan alamat yang aku print dari Hostelworld.com, aku terus melilau mencari hostel tempat penginapan aku. Pusing punya pusing sambil tanya orang, akhirnya jumpa jugak aku dengan Metropolis Hostel – tempat penginapan selama aku berada di Istanbul ni. Ianya terletak di kawasan yang agak strategik iaitu di Sultanahmed berhampiran dengan Blue Mosque dan Hagia Sophiya. Kira tengah-tengah kawasan pelanconglah kaedahnya. Tempat penginapan aku memang telah aku booked dari Hostelworld.com dan seperti biasa aku akan memilih hostel yang terletak betul-betul ditengah pekan. Bukan apa, senang nanti nak bergerak kesana kesini dan bolehlah save cost sikit.
Lepas check-in, dan dalam pukul 1.00 tengahari, aku pun keluar dari hostel untuk mula mengexplore Istanbul sambil merayau cari kedai makan untuk melantak. Kedai kebab merata-rata kat sini dan harganya boleh tahan gak beb mahalnya. Malas nak pikir panjang, aku layan ajalah kebab ayam dia yang punyalah tak sedap dan berharga YTL5.00 termasuk satu coke. Perlu diingatkan, harga barang-barang kat sini agak mahal macam kat Europe pulak dan pilihan makanan amatlah terhad. So, sapa-sapa yang jenis memilih makanan, mintak mahaplah ya.
YTL = Turkish Lira
No comments:
Post a Comment