Wednesday, April 9, 2008
CARROT WALNUT CAKE SUANSON!
The Amazing Carrot Walnut Cake
Aku ni bukanlah suka makan kek. Tapi kalau ice-cream kek tu aku memang suka. Nak jadi cerite, beberapa minggu yang lepas, masa ada departmental gathering, ada la satu akak ni bawa kek. Kek Carrot Walnut namanya. Aku tak pernah ambik pot sangat pun maklumlah, aku ni kurennnnnnng sikit bab-bab kek ni. So,aku pun makan le satu slice just untuk buat syarat. Tak makan nanti, kecik plak hati kama akak tu nanti. Budak-budak lain pun rasa la jugak.
Tah apa resepi dia pakai, aku pun tak tau nak cakap. Kek Carrot Walnut ni ya rabbi punyalah sedap....sedap yang amat.....ya...sangatlah sedapnya. Kalau aku dah tulis sedap sampai tiga kali, maknanya memang sedap sangat la tu. Semua orang cakap benda yang sama dan kiranya aku tak la 'exaggerate' benda alah ni. So kiranya, petang tu semua orang happy sangat dapat kek yang sedap.
Petang semalam, aku ada meeting ngan MATTA & Tourism Malaysia kat PWTC. Punyalah boring punya meeting, very the gomen style. Janji start pukul 2.30pm alih-alih pukul 3 lebih baru start. Pantang aku kalau tak tepati masa ni. Since agenda yang melibatkan Company aku tu tak banyak, so we all pun terus chow lepas tu. Dia orang mintak jugak we all stay sampai habis semua agenda tapi tak payah la aku nak stay kalau setakat nak membincangkan pasal "Pesta Tengok Burung, "Pesta Bunga" dll yang bagi aku very de out-of-date punya initiatives. Apa...dia orang ingat teruja sangat ke foreign tourists nak tengok benda-benda macam ni??
Habis aja meeting tu, tak semena-mena aku teringat dengan Kek Walnut Carrot ari tu. Aku ingat lagi akak kat opis tu cakap dia beli kek tu kat area Chow Kit Road. So, aku apa lagi, terus la call akak opis tu untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. Dia bagi telephone number dan aku terus call kedai tu. Cari punya cari dengan bantuan nyonya kedai kek yang amatlah ramah tu, akhirnya jumpa jugak sudahnya di celah-celah Lorong Haji Taib yang scarry tu. Biasalah, kawasan Chow Kit tu kan ke Red Light District sikit, so sempatlah jugak aku tengok gelagat beberapa 'ayam-ayam' yang awal-awal dah 'berniaga'.
Kedai yang jual Kek Carrot Walnut yang sedap ni namanya 'SUANSON'. Memang Carrot Walnut Cake adalah speciality dia. Kek yang lain biasa aje. Mempunyai 2 cawangan - satu kat Chow Kit Road dan satu lagi kat Bangsar.
SUANSON - SPECIALITY CAKE
Chow Kit Road Branch yang beralamat di No. 3, Lorong Haji Taib 4, off Jalan Raja Laut, KL. Tel: 03-4041 4214
Bangsar Branch kat 61, Jalan Bangkung, Bukit Bandaraya, KL. Tel: 03-20938811.
So, kalau korang nak rasa kek yang memang superb ni, trylah. Aku tak dapat apa pun promote kat sini tapi aku rasa benda sedap apa salah diwar-warkan?
Not to exagerrate macam aku cakap tadi, tapi korang cubalah.....MEMANG SUPERB CARROT WALNUT CAKE buatan Nyonya Suanson nih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
oh kek...sedap tu beb. sedap lagi ker dair secret recipe?...
oh tidakkkk!!!...
teruja nie...
Carrot Walnut dia memangggggggggg jauh sangat sedapnya dari CSecret Recipe....tak caya ko trylah...
adeh! terliur gak den kat sini hah! meh pos sket keki tu
amy.....memang sedapppppppppppppppp
Hi. I googled cari resepi carrot and walnut cake yang sedap and got your blog. Memang Suanson punye carrot cake sedaaaap lah sangat. Teringat masa zaman keje kat m'sia dulu, bila raya balik kampung mesti beli 2 3 bijik untuk nenek. Agak2nye, you ada tak resepi for this cake???
Post a Comment