Monday, April 28, 2008

ISTANBUL TRIP

Flight MH030 KUL/DXB/IST yang membawa aku berlepas dari KLIA pada pukul 11.59 malam. Punyalah excited sebab memang dah lama aku nak ke sini tapi sekarang baru berkesempatan.

Pertukaran malam dan siang

Perjalanan dari KUL ke DXB mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kami transit di DXB dalam lebih kurang 1 ½ jam sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul. So sempat jugaklah aku merayau-rayau kat airport DXB menghabiskan masa.


Transit kat Dubai

Dalam pukul 8.00 pagi waktu tempatan, aku sampai kat Ataturk International Airport di Istanbul. Cuaca agak sejuk dan renyai-renyai. Nasib baik aku bawak jaket kalau tak merasalah kesejukan sorang-sorang kat sini. Dari airport, aku mengambil Metro menuju ke Stesen Zeytinburnu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Harga tiket adalah YTL1.30 ataupun lebih kurang dalam RM3.25.

Setibanya di Zeytinburnu, aku dikehendaki menukar kepada tram yang menghala ke Kabatas. Tambang yang sama dikenakan iaitu YTL1.30. Sultanahmed merupakan salah satu stesen diantaranya dan boleh dikatakan semua orang akan turun kat stesen ni. Tram yang pada mulanya agak kosong semakin penuh bersesak. Nasib baik aku dari stesen yang pertama, dapat gak la aku duduk.

Setibanya di stesen Sultanahmed, bak dijangka, ramai penumpang turun termasuklah aku. Sambil berpandukan alamat yang aku print dari Hostelworld.com, aku terus melilau mencari hostel tempat penginapan aku. Pusing punya pusing sambil tanya orang, akhirnya jumpa jugak aku dengan Metropolis Hostel – tempat penginapan selama aku berada di Istanbul ni. Ianya terletak di kawasan yang agak strategik iaitu di Sultanahmed berhampiran dengan Blue Mosque dan Hagia Sophiya. Kira tengah-tengah kawasan pelanconglah kaedahnya. Tempat penginapan aku memang telah aku booked dari Hostelworld.com dan seperti biasa aku akan memilih hostel yang terletak betul-betul ditengah pekan. Bukan apa, senang nanti nak bergerak kesana kesini dan bolehlah save cost sikit.

Lepas check-in, dan dalam pukul 1.00 tengahari, aku pun keluar dari hostel untuk mula mengexplore Istanbul sambil merayau cari kedai makan untuk melantak. Kedai kebab merata-rata kat sini dan harganya boleh tahan gak beb mahalnya. Malas nak pikir panjang, aku layan ajalah kebab ayam dia yang punyalah tak sedap dan berharga YTL5.00 termasuk satu coke. Perlu diingatkan, harga barang-barang kat sini agak mahal macam kat Europe pulak dan pilihan makanan amatlah terhad. So, sapa-sapa yang jenis memilih makanan, mintak mahaplah ya.

YTL = Turkish Lira

Friday, April 25, 2008

DAN KEMBARAKU PUN BERMULA...!!



Sekarang ni, aku tengah sibuk pack barang untuk perjalanan aku pada malam ni.
MH 030 KUL/IST 2359 - itinerary aku untuk malam ni. Of course aku excited sangat tapi at the same time berdebar-debar jugak maklumla aku akan buat solo expedition gitew....

So, once aku sampai, kalau internet connection ok, aku akan update kt sini.

Adios....

Sunday, April 20, 2008

HARI INI DAN SEMALAM

Yesterday was Saturday. I went out with my fren for makan-makan kat Pavillion and he did his shopping later that afternoon. We all makan, jalan then makan again sampai perut aku memboyot jadinya (memang dah boyot pun...haha). Then we all stop kejap kat Speedy dan he borong le segala cds yang ada. Aku pulak tangkap dvd cite "Anak Halal" yang aku suka sangat tu walaupun criteni aku dah tengok kat panggung ari tu.

On my way back home, aku singgah kejap kat Subang Parade. Motip??...aku nak ambik gambar pasport sebab untuk urusan visa aku yang aku perlukan sempena dengan tugasan terbaru aku macam yang aku cerita kat topic "Kezutan" ari tu. Lepas je amik gambo, aku menggatal jap pergi ke Rock Corner. Tengok punya tengok, terus aku terbeli cd terbaru Mariah Carey dan Leona Lewis. Puncanya sebab kedai tu pasang lagu tu masa aku datang dan sedap plak lagunye.

Today is Sunday. Seperti biasa aku bangun lambat... sebab... suka hati aku la kan?? Lepas bangun trus aku ke Carefour kononnya gi breakfast...tapi breakfast pukul 11.30 boley??? Lepas melantak sakan terus aku hantar baju-baju kat kedai Dobi akak Indon dekat area Gazebo tu.

Memandangkan aku ni cepat rimas kalau berambut panjang (walaupun bukannya panjang manapun rambut aku tu), terus je aku singgah kat kadai gunting rambut sebelah kedai dobi tu. Tak pikir panjang, terus aku cakap kat mamak tu, "Kasik mesin nombor satu mamak" maknanya memang pendek la jawapnya rambut aku nanti. Aku memang rasa rambut pendek ni lebih seswai buat aku sebab nampak macam brutal gitew....boley??? Maklumlah nak berhijrah ni so kenalah imej barukan???


Gambo syiok sendiri

Malam ni sepatutnya ada perjumpaan ngan kawan aku tapi clash plak tu ngan Anugerah Planet Muzik.....ermmm mintak2 meeting tu tak jadilah sebab line-up artis yang perform malam ni best bangat. So, aku tunggu je lah camana nanti.

Esok hari Senin...malasnya aku nak ke opis...Monday Blues katanya.

Thursday, April 17, 2008

TUGASAN DAN PERCUTIAN


Percutian konsep redah dan terjah


Percutian yang dirancang


Kawasan tugasan aku

Hari ini dengan rasminya aku mendapat Letter Offer untuk tugasan baru aku. So, dengan rasminya jugaklah kawan-kawan aku kat ofis manjadi kecoh disebabkan perkabaran baru ini.

So, dalam minggu ini sampailah tarikh yang berkenaan, aku akan menjadi teramatlah sibuknya. Masa yang diberikan agak singkat dan aku terpaksa berusaha untuk melengkapkannya jugak.

Untuk percutian pertama tu, ianya adalah impromptu dan tidak dirancang sama sekali. Ianya adalah lebih kepada "main redah dan terjah konsep" aje. As for percutian kedua, ianya memang telah dirancang sejak dolu-dolu lagi.

Korang tunggu ajalah gambar-gambar aku nanti dan kalau berkesempatan, aku akan post "live' dari sana....itupun kalau aku tak sibuk la.

So, tungguuuuuuuuuuuuuu!!!!

Tuesday, April 15, 2008

HINT! HINT! HINT!


Photo 1

Photo 2

Photo 3

Ingat tak kezutan yang aku cakap ari tu? Jawapannya ada dalam gambar-gambar kat atas tu. Sesuatu yang tersirat disebalik yang tersurat dan yang tersarut...boley??? Apa kaitannya antara ketiga-tiga gambar tu? Ermmmm.....itu kena tunggulah ye penjelasannya. Still too early to reveal.....hehehe!!!

Wednesday, April 9, 2008

CARROT WALNUT CAKE SUANSON!


The Amazing Carrot Walnut Cake

Aku ni bukanlah suka makan kek. Tapi kalau ice-cream kek tu aku memang suka. Nak jadi cerite, beberapa minggu yang lepas, masa ada departmental gathering, ada la satu akak ni bawa kek. Kek Carrot Walnut namanya. Aku tak pernah ambik pot sangat pun maklumlah, aku ni kurennnnnnng sikit bab-bab kek ni. So,aku pun makan le satu slice just untuk buat syarat. Tak makan nanti, kecik plak hati kama akak tu nanti. Budak-budak lain pun rasa la jugak.

Tah apa resepi dia pakai, aku pun tak tau nak cakap. Kek Carrot Walnut ni ya rabbi punyalah sedap....sedap yang amat.....ya...sangatlah sedapnya. Kalau aku dah tulis sedap sampai tiga kali, maknanya memang sedap sangat la tu. Semua orang cakap benda yang sama dan kiranya aku tak la 'exaggerate' benda alah ni. So kiranya, petang tu semua orang happy sangat dapat kek yang sedap.

Petang semalam, aku ada meeting ngan MATTA & Tourism Malaysia kat PWTC. Punyalah boring punya meeting, very the gomen style. Janji start pukul 2.30pm alih-alih pukul 3 lebih baru start. Pantang aku kalau tak tepati masa ni. Since agenda yang melibatkan Company aku tu tak banyak, so we all pun terus chow lepas tu. Dia orang mintak jugak we all stay sampai habis semua agenda tapi tak payah la aku nak stay kalau setakat nak membincangkan pasal "Pesta Tengok Burung, "Pesta Bunga" dll yang bagi aku very de out-of-date punya initiatives. Apa...dia orang ingat teruja sangat ke foreign tourists nak tengok benda-benda macam ni??

Habis aja meeting tu, tak semena-mena aku teringat dengan Kek Walnut Carrot ari tu. Aku ingat lagi akak kat opis tu cakap dia beli kek tu kat area Chow Kit Road. So, aku apa lagi, terus la call akak opis tu untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. Dia bagi telephone number dan aku terus call kedai tu. Cari punya cari dengan bantuan nyonya kedai kek yang amatlah ramah tu, akhirnya jumpa jugak sudahnya di celah-celah Lorong Haji Taib yang scarry tu. Biasalah, kawasan Chow Kit tu kan ke Red Light District sikit, so sempatlah jugak aku tengok gelagat beberapa 'ayam-ayam' yang awal-awal dah 'berniaga'.

Kedai yang jual Kek Carrot Walnut yang sedap ni namanya 'SUANSON'. Memang Carrot Walnut Cake adalah speciality dia. Kek yang lain biasa aje. Mempunyai 2 cawangan - satu kat Chow Kit Road dan satu lagi kat Bangsar.


SUANSON - SPECIALITY CAKE


Chow Kit Road Branch yang beralamat di No. 3, Lorong Haji Taib 4, off Jalan Raja Laut, KL. Tel: 03-4041 4214


Bangsar Branch kat 61, Jalan Bangkung, Bukit Bandaraya, KL. Tel: 03-20938811.

So, kalau korang nak rasa kek yang memang superb ni, trylah. Aku tak dapat apa pun promote kat sini tapi aku rasa benda sedap apa salah diwar-warkan?

Not to exagerrate macam aku cakap tadi, tapi korang cubalah.....MEMANG SUPERB CARROT WALNUT CAKE buatan Nyonya Suanson nih.

KEZUTAN PART 2!

Ingat lagi tak 'kezutan' yang aku cakap ari tu? Hari ini, seperti yang dinanti-nanti, aku telah dipanggil oleh big boss aku masuk ke bilik dia. Seperti yang ditunggu-tunggu, beliau mengumumkan perkabaran 'kezutan' tu pada aku. Dia 'mengconfirmkan' yang aku akan diberi satu 'tugasan' baru. Panjang lebar jugaklah penerangan dia kat aku. Tapi nasihatnya, don't too excited dan jangan bising-bising sampailah black and whitenya aku dapat. Aku paham dengan nasihat dia tu sebab macam aku cakap aritu, things can change by split second. But basically, benda tu telah pun disokong sepenuhnya oleh Big Boss, Super Big Boss dan beberapa pihak yang lain yang berkaitan. Cuma sekarang, tunggu clearance dari Super Super Super Big Boss aje. Kalau dia suka kat aku, inshaallah termakbul le 'impian elyana'.

Kalau benda ni jadi, aku terpaksa 'berkorban' sikit maklumlah benda tu perlu demi memenuhi tuntutan tersebut. Tapi bagi aku, aku tak kisah sangat sebab aku ni pun masih lagi penyanyi solo bukan nye dalam kategori 'duo atau berkumpulan' macam anugerah AIM tu. So, kira no hal la benda tu.

So, once aku dah dapat black white, aku akan update blog ni dengan hint-hint yang aku rasa korang akan sedikit sebanyak boleh teka la apa dia 'kezutan' yang aku cakap tu.

Ermmmmm......mintak2 termakbullah hendaknya. Amin!!!

Monday, April 7, 2008

KEZUTAN???

Sejak last week lagi aku telah 'dihint' about something oleh rakan-rakan opis aku. Ada satu perkembangan terbaru yang aku sendiri pun tak tau sejauh mana kebenarannya. Ahad lepas, aku dapat sms dari boss aku yang masa tu dia kat MES mengatakan benda yang 'sesuatuh' ni. Aku agak terkezut jugak tapi aku rasa mungkin dia main-main kot. Boss aku ni cakap, she is too excited bila diperkabarkan pasal benda nih dan dia mesti cerita jugak kat aku walaupun dia dah kena warning by Big Boss aku not to reveal this kat aku at this point of time. So, basically, dia kasi hint-hint aje la.

Last week jugak, rakan-rakan aku dari Indonesia yang tengah berkampung kat Kelana Jaya untuk "lab session" mengatakan benda yang sama. Still, aku buat macam biasa je sebab aku taknak 'meneka dalam kesamaran' bak kata Ibnor Riza gitu. The other colleagues pun dah mula hint yang sama mengenai benda ni pada aku.

Prinsip aku senang aje...selagi aku tak menerima 'perkabaran sahih' ini dari Big Boss aku dan selagi takda 'black and white', aku masih tak nak jadi too excited sebab dalam Company aku ni, decision can change in split second je.

Pagi ni, masa dalam meeting, another Big Boss aku kasi hint yang sama. Aku telah diamanahkan untuk melengkapkan satu projek and he keep saying, "make sure ko settlekan benda ni ya"...aku pun tercengang jelah.....kawan-kawan aku yang lain pun ramai yang macam terkezut jugak.

So, kalaulah benda ni betui-betui terjadi, aku rasa separuh daripada impian aku akan tercapai. Dan untuk menerima cabaran ini, aku rasa ianya satu penghormatan yang amat tinggi buat orang yang masih baru macam aku ni. Excited?? ....of courselah cuma aku taknak too excited sebab anything can happen.

Dan, kalaulah kezutan ini menjadi kenyataan, so 'Ke Sayup Bintang' lah aku bak kata Ning Baizura. Inshallah!!!

So, aku kena tungguuuuuuuuuuuuuu je lah!!!! Kan ke sabar tu separuh dari iman???