Tuesday, March 25, 2008

SEARCH LIVE at PLANET HOLLYWOOD

Petang tadi aku sempat ke Subang Parade saja je jalan-jalan sebab boring dok kat umah. Biasalah hari Ahad petang selalunya aku akan keluar ambik udara sikit. Kalau kat Subang Parade ni, tempat yang memang aku akan pergi ialah Rock Corner. Aku suka tengok koleksi cd/dvd dia yang banyak, up-to-date dan boleh discount lagi.

Plan asal memang takda nak beli apa-apa tapi aku ternampak la satu DVD ni, 'Search - Live at Planet Hollywood'. Aku memang suka Search. Sejak zaman aku kat ITM dulu lagi memang aku minat abis. Aku memang minat dengan Search sejak first album dia dulu lagi. Bagi aku this is the number one rock group di Malaysia. Always the number one. Wings maybe in the second place..in my opinion la.

Banyak lagu-lagu best yang ada dalam DVD ni. Antara my favourite, Isi dan Kulit, Pelesit Kota, Fenomena, Pawana, Emanuelle, dan tak ketinggalan slow number dia orang yang ngetop sangat macam Isabela dan Mentari Merah Di Ufuk Timur. Cuma yang aku ralat tu lagu favouite aku Fantasia Bulan Madu boleh takda...frust betul.

Baru-baru ni kat Sunburst KL tak berkesempatan nak tengok konsert dia orang so DVD konsert pun kira oklah kan? Hopefully akan adalah konsert Search tak lama lagi so boleh la aku layan balik group yang aku minat ni.

Yang pasti, aku gerenti tak nyesal punya beli DVD Konsert Seach - Live at Planet Hollywood ni. Gerenti punya!!

6 comments:

awieworld said...

la, boleh plak tak d lagu fantasia tu. aku pun suka lagu tu...hampeh tol...lagu tu killer tu..!!

HIROSHIMA AND AMY SENSEI said...

Nice to read your blog! may I put yr link at my blog?

orangrawa said...

cik hiroshima, sudi-sudikan. Can I put ur link to mine also?

awie, tu la yg frust tu. Nasib baik lagu2 lain best jugak.

Kema said...

salam,

tumpang baca blog buleh?

HIROSHIMA AND AMY SENSEI said...

sure..arigatou ne!

orangrawa said...

amy sensei, thanks... i will link urs jugek.

kema...silakan...silakan...buat macam umah sendiri.