Tuesday, March 11, 2008

Jalan-Jalan Cari Pengalaman

Penghujung Tahun 2007 membawak ke 2008 ni merupakan "Tahun Melawat Banyak Tempat" bagi aku. Kira-kira pengembaraan aku tu lebih kurang macam nilah:-

Dec 2007 - Macau (urusan kerja aje Part 1)
Jan 2008 - Jogjakarta (urusan kerja aje Part 2)
Feb 2008 - Singapura (urusan kerja aje Part 3)
Mar 2008 - Bangkok (business with pleasure gitu)
Apr 2008 - Club Med Cherating (pleasure-pleasure aja)
May 2008 - Jakarta tapi clash la pulak ngan Frangipini Langkawi (ruginye)
May 2008 - TBA (klimaks for Q2 travelogue aku - mana? ermm tengah confuse ni)

Memang aku tak nafikan aku agak beruntung sebab bekerja didalam industry ni. Ianya memberikan aku banyak peluang untuk melawat ke negara orang. Tak kira la urusan kerja ke pleasure ke asalkan sampai kenegeri orang. Tapi kalau korang tengok travelogue aku tu, mostly Regional destinations. Reason being - memang aku incharge kawasan ASEAN - kira portfolio aku le tu.

Dalam banyak-banyak destination kat atas tu, aku paling teruja bulan May nanti sebab ianya merupakan annual priviledge aku - maknanya aku boleh pilih mana-mana destinasi yang aku hendak pergi free of charge. Cuma kena cari tempat tinggal dan bawak duit belanja je.

So far, dengan annual priviledge aku, aku dah merantau ke Amsterdam, Belgium, Luxemburg dan Frankfurt dan yang terlatest San Francisco & Los Angeles. Semuanya aku buat solo backpacker je - senang dan tak payah nak menyusahkan orang. Aku just check-in kat backpacker hostel, share dorm ngan yang lain-lain dan lepas tu aku layan je la trip aku tu.

Memanglah tak semua orang suka stay kat backpacker hostel, tapi bagi aku motip aku cuma nak melihat negara orang, merasai pengalaman di negara orang lain dan cari kawan-kawan baru. Itu lagi penting bagi aku. Daripada aku habiskan duit kat hotel best, baik aku gunakan duit aku untuk shopping dan enjoy benda-benda lain kat sana.

So, back to my plan this May. Aku tak decide lagi nak kemana tapi dalam list aku yang teratas adalah Istanbul dan Spain. Especially Istanbul sebab aku teruja sangat tengok documentary dalam Discovery Channel ari tu. East meets West kaedahnya. Very exotic dan penuh misteri tempat-tempatnya.

Aku dah check dalam sini dan ada banyak hostel yang bagus kat Istanbul dan Spain dan kosnya pun taklah mahal sesangat. Tu yang aku lagi teruja tu.

So, plan jangan tak plan, mudah-mudahan tercapailah impian aku untuk menambahkan lagi pengembaraan perjalanan aku. Bak kata pepatah, "Jauh berjalan luas pemandangan", tak gitew?????


Istanbul


Spain

2 comments:

awieworld said...

wah, byknnyer,,,,,,,,

kalu la aku macam ko, mmg manyak syiok giler...mau terkinja2 aku..:P

janji, ko enjoy tak?..

orangrawa said...

awie...memang betui tu...yg penting kena enjoy....