Hari ini first day aku kat Bangkok. Sesampainya aku di airport, aku telah dijemput oleh Mr Leo untuk dibawa ke Unico Leela Hotel yang terletak di Sukhumvit Soi 3, salah satu kawasan yang amat busy giler di Bangkok. Tempat hotel aku tinggal di penuhi dengan kawasan Pak Arab....kiranya makanan halal tak menjadi masalahlah.
Macam tak sabar-sabar, lepas je aku check-in, terusssssssssss je aku keluar. Aku terpaksa mengambil motor (yang memang banyak kat sini) ke BTS Station (LRT)terdekat iaitu Nana Station. Tambang motor dari hotel aku ke Nana Station ni cuma THB30 ataupun RM3 aje.
Destinasi pertama aku adalah MBK..sebuah shopping mall yang memang terkenal kat sana. Kiranya Bukit Bintang dan Sg Wang kat KL memang tak boleh lawanla MBK ni. Apa yang korang nak semua ada dan yang paling best boleh tawar menawar plak tu.
Tujuan aku kesini sebab nak tempah seluar. Kalau korang nak tau, pakaian ofis ke, suit ke memang berpatutan kat sini. Dan yang paling impressive tu dia orang boleh siapkan dalam masa 24 jam. Dan siap dihantar ke hotel lagi. Memang bagus service dia orang.
Tailor Shop yang aku pergi ni namanya 'Men's Ex' dan ini merupakan lawatan kedua aku. Aku memang puas hati sangat masa aku tempat suit dan baju tahun lepas dan disebabkan itu aku datang balik kat sini. Mr Lucky merupakan salesman yang mengambil tempahan aku dan dia masih ingat lagi lawatan pertama aku dulu.
Mr Lucky
Aku memang berniat nak buat 2 helai seluar kerja aje dan memang itupun yang aku buat. Material yang aku pilih amat puas hati dan kalau kat KL, senang-senang je dalam RM300-RM350 sehelai harganya. Kat sini, cuma RM157 sahaja sehelai. Terus terang aku cakap kat KL ni dengan material yang sama, jangan haraplah nak dapat bawah RM250 sehelai. Itu aku boleh gerenti.
Lepas je aku pergi MBK, aku pun jalan-jalan ke shopping mall yang terdekat. Kat Bangkok ni, banyak sangat mall dan antara yang terkenal i.e. Siam Paragon, Siam Centre,Central World dll.
Siam Paragon
Siam Centre
MBK
Disebabkan aku dah kelaparan yang amat, aku pun lepaklah kat food court Siam Paragon. Memandangkan choice makanan halal agak terhad, so aku pun terpaksalah layan seafood aje. One thing for sure, Thai food memang best dan apa yang aku order kat food court tu memang simple tapi sedap giler.
Seafood Curry
Telur Dadar bunga....cantik gorengnya!
Manggo Puding...ermmm yummy!!
Lepas je makan, aku pun pergi ke Central World. Sebuah bangunan moden yang agak besar dan terdapat banyak barang-barang trendy especially fesyen untuk muda-mudi. Dalam jalan-jalan kat dalam Central World ni, aku tertarik dengan replika anjing2 cute yang memang creative dan comel.
Kebetulan pada hari tu ada pasar petang la kiranya yang dipanggil 'Indy In Town'. Ianya merupakan himpunan pereka-pereka muda yang menghasilkan barang-barang kreatif buatan sendiri dan dijual kepada umum. Walaupun most of stuff yang dijual adalah aksesori pompuan tapi aku respek dengan level creativiti mereka sebab semuanya budak-budak muda dan dia orang ni berbakat besar. Agak meriah jugak petang tu dan memang ramai orang yang datang.
Kiranya Bangkok ni memang meriah le dan penuh dengan aktiviti yang menarik.
6 comments:
naik plane apa p sana?
MH? TG? LH? IC? FD? AK?
aku gi naik MH ari tu
Kitorang ni dah bertahun-tahun nak gi cuti kat sana tapi tak pegi-pegi jugak. Tahun depan kena pegi la. Cam best je tempat2 yang kau pegi ni.
Shah, Bangkok destinasi yang harussssssss pergi sebab terlalu banyak sangat tempat yang boleh diexplore dan yang penting tak mahal sangat. Aku rasa kalau ko pergi Chatuchak Market tu, mesti tak nak balik. Memang best.
kami bulan lepas sewa hotel kat depan MBK tu, tetiap hari ke shopping mall tu buat foot massage.
chibi....tak try facial sekali ke? murah jugak sepackage ngan massage.
Post a Comment