Saturday, March 22, 2008

RM20 SEHARI!!

Seorang ibu pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat beg ibunya, si anak itu bertanya kepada ibu.

Anak: Ibu...ibu.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ibu : Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ibu...berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Ibu : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ibu mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ibu.... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ibu sejam di
pejabat? Si anak mula merayu pada ibunya.
Ibu : 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ibunya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ibu.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari Ibu?

Si ibu mula menjadi berang dan berkata:-
Ibu :Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ibu? Kamu nak buat apa dengan
duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ibu penat-penat kerja
cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya. Sudah, pergi masuk bilik tidur!
Dah pukul berapa nih...!!

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ibu duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ibu kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ibu melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

Ibu : Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni. Si ibu mengeluarkan
sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
Anak: Terima kasih banyaklah ibu! Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan
sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal. Bila
ternampak duit itu, si ibu kembali berang.
Ibu : Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan
dari mana kamu dapat duit tu??

Si anak tunduk. Tak berani dia merenung ibunya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan:-

Anak : Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ibu bagi hari-hari. Amin minta
lagi 10 ringgit kat ibu sebab Amin tak cukup duit..."
Ibu : Tak cukup duit nak beli apa?? Jerkah ibunya lagi.
Anak : Ibu.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit. Nah..ibu ambil duit ni. Amin nak
beli sejam dari masa ibu di pejabat tu. Amin nak ibu balik kerja awal esok.
Amin rindu nak makan malam dengan ibu. Jelas Amin tanpa memandang wajah
ibunya.

Si Ibu hanya terpana mendengar kata-kata anaknya yang baru sahaja berumur 7 tahun tapi memahami erti kasih sayang yang amat mendalam.

Pikir-pikirkan lah!!

4 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

Sedih juga memikirkan kalau kita tak der yg tersayang nak dibelai dan dimanja kan Zul... apa lah nilai duit sebesar tu kalau dibandingkan dgn gaji kita sekarang... kasih sayang sangat mahal harganya... walau kita mampu membayarnya, belum tentu kita mampu mendapatkannya..

orangrawa said...

betultu....especially kalau melibatkan keluarga....mcm cerita cerekarama malam sabtu lepas....pasal anak yg dah kaya tapi lupakan emak sendiri....syahdu sangat dan penuh pengajaran.

Shah said...

Nak menitis air mata baca cerita ni... Memang sayu betul...

orangrawa said...

cerita baik kita jadikan teladan....especially yang melibatkan keluarga..