Tuesday, April 21, 2009

AKU TENSION!



Beberapa hari yang lepas ni aku agak tension sikit dek bebanan kerja. Few entries terpaksa tertangguh sebab kepala aku rasa naik bengong. Inshallah, aku akan sambung balik menulis kat sini bila segala dah reda.

Sunday, April 12, 2009

A NEW DAY!



Ok....forget about the cancellled trip...life must go on as usual. Ala....kejap je aku frust lepas tu I'm back to normal as usual. Aku ni memang jenis camtu...cepat sejuk!!

Anyway, sekarang busy balik sebab lepas balik meeting kat KL last week, teruk kena bambu sebab business getting tougher dan demand makin teruk, so kenalah perah otak to improve the revenue. It is not easy to work in this industry especially kalau yang lain-lain tu dah mula buang orang etc.

Being a new guy in a new place dan aku pun tak sampai 2 bulan kat sini so memanglah aku struggle giler. Communication is always a problem sebab mostly local here cannot speaking so nak tak nak most of the time kenalah bawak staff aku sekali untuk meeting, close deals etc. But that's the challenge and I like that.

Hujung bulan ni pulak ada public holiday dan ingatkan nak le lari mana-mana kejap. Masalahnya semua flight penuh la pulak.....so tengah pikir ni mana nak pergi. Taknak aku dok sini 3 hari doing nothing.....sure bosan giler.

Anyway, now I am back dengan semangat baru. Rasanya nak ke gym kat bawah tu jap untuk kempiskan perut ku yang semakin memboroi ni. TUMMY TRIM takda plak jual kat Vietnam ni....kalau tak.....boleh le jugak sapu-sapukan. Lepas tu terus cakap, "Lihatlah perut ku....ramping kan???"

Tak gitew kawan-kawan???


Amaran! Ini bukan perut aku occay??

Tuesday, April 7, 2009

GERAM - TAK JADIK LAGI!!!



Malas nak cakap tapi tahap bengang aku memang tinggi. Again and again for the THIRD TIME, my trip to Jakarta has been cancelled sebab MEETING. Tak boleh cuti katanya walaupun 2 hari je.

Now aku nak mintak endorsement dia orang to change my travel date. Hangin satu badan aku bila dapat call tengahari tadi.

Hangin.....hampes.....macam sialllllll!!!!

Tuesday, March 31, 2009

MINTAK-MINTAK JADIK YA PAK!!



Kalau jadik, aku akan ke Jakarta dalam masa terdekat nih. Ni pun tak sure sebab ada plak meeting kat KL 2 hari sebelum tu.

Kalau tak jadik jugak, masuk ni dah 3 kali aku cancel Jakarta trip aku disebabkan MEETING. Tiket dah beli dari tahun lepas lagi ni......

Mana nak stay? Apa nak buat? Apa yang best kat sana? Wallhuaallam.....main redah je lah! Tengah sibuk surf ni untuk cari info.

Mintak-mintak jadilah......

Friday, March 27, 2009

TALENTIME - THE MOST BEAUTIFUL MOVIE!!!



Korang dah tengok filem terbaru Yasmin Ahmad's yang bertajuk Talentime tak?

Actualy hari ni 26MAR09 baru start dan aku punyalah excited nak tengok sampaikan terlupa start pukul brapa. Filem dah start 10 minit barulah aku masuk....janji dapat tengok!!

Cerita dia simple tapi penuh muhibbah. Yang penting buat kat Ipoh tu yope!! Seronok tengok filem yang very real,selamba dan banyak pulak lagu-lagu yang best tu. Bagi aku Yasmin tak pernah gagal dalam melahirkan kejujuran dalam karya-karya dia. Itu keistimewaan Yasmin dan gua salute sama lu.

Actually kisah dia cuma pasal pertandingan talentime kat sekolah sempena sambutan ulangtahun ke 7. Sempoi je storyline dia. So, sekolah tu pun buatlah pertandingan ni dan cuma 7 peserta je yang layak perform untuk final. Dalam masa audition tu nanti, korang mesti pecah perut tengok telatah students yang kurrrreng bakat tapi nak masuk gak. Adibah Noor jadi ketua juri dan cikgu sekolah tu dan dia lah yang 'menghidupkan' karekter masa ni.

Dalam kelakar tu, korang akan rasa sedih gak sebab salah seorang peserta dia si Hafiz sedang menghadapi saat-saat getir menanti kematian emak dia yang kena kanser. Another karekter, si Mahesh pulak bisu dan pekak tapi menaruh cinta yang tinggi dekat gadis berlainan agama dan bangsa, si Melur. Si Melur ni pulak dari benci menjadi simpati dan lepas tu fall in love plak dengan si Mahesh tadi.

So, cerita dia tak serabut tapi mendalam maknanya. Takda lawan tembak-tembak, takda lawak bodoh Senario, takda melalut-lalut sampai nak termuntah tengok - MEMANG TAKDA benda-benda ni dalam Talentime. Yang ada cuma simple dan selamba je!!

Banyak lagu-lagu best yang 'soothing' dalam filem ni dendangan Aizat dan Atilia. Dan satu lagu hindi yang sedap pun ada namanya 'O Re Piya'. Aku mintak adalah OST Talentime keluar nanti sebab memang best lagu-lagu dia.

Ramai pelakon berbagai bangsa dalam filem ni. Antaranya Adibah Noor, Syafie Mukhsin, Jaclyn Victor, Harith Iskander, Ida Nerina dan pelakon2 baru yang berbakat besar macam Pamela kakak Vince AF, Mahesh Jugal, Howard Hon Kahoe dll.

Korang tengoklah website dan trailer dia kat sini lepas tu lu pikirlah sendiri:-

http://www.talentimethemovie.com

So, apa lagik? Supportla filem Malaysia yang berjiwa Malaysia dan penuh dengan keselambaan dan REAL. Anyway, tahniah buat Yasmin Ahmad dan bertambahlah lagi koleksi original dvd filem-filem arahan Yasmin Ahmad kat umah aku nanti.

TALENTIME - memang bestttttttttttttttttttttt!!

Tuesday, March 24, 2009

BACK TO KL



Best...tak sabar nih.....barang dah siap semua dan tengahari ni fly back to KL sebab esok ada meeting. Yang penting balik ni akan stock-up makanan banyak-banyak dan bawak sini segala.

So, dalam masa seminggu ni, aku akan terlepas kejap dari:-




Tak sabar nak balik!!

Sunday, March 22, 2009

MY HOUSEWARMING



Baru je hari Senin lepas aku pindah masuk ke apartment aku dan malam ni aku dah buat housewarming. Cepat gitu sebab next week aku dah kena balik KL seminggu dan sesetengah kawan-kawan baru aku kat sini plak ramai yang akan bercoti. So, apa lagi....malam minggu yang afdal nilah aku buat. Meriah sikit!!

Nak menyenangkan kerja, aku upah catering je. Kawan-kawan aku ni nak makan Thai food so aku pun orderlah makanan dari Thai Basil - sebuah restoran Thai kat Saigon ni. Memandangkan tokey Siam ni dah kenal orang Malaysia, so senanglah sikit dan yang penting tu HALAL.

Antara menu yang diorder ialah ikan kerapu goreng, kailan ikan masin, somtham, tomyam udang, kari hijau & telur bistik. Air plak dihidangkan Thai Ice Tea (my favourite) dan pencuci mulut plak sticky rice dengan durian dan manggo. Pergh.....meletops siut sedapnya!

So, aku cuma jemput yang terdekat je sebab aku pun masih tak kenal ramai orang lagi kat sini. Sambil makan tu sambil dia orang check-it-out lah rumah baru aku ni. Oklah....simple dan aku tak nak serabut sangat janji konsep umah aku moden kontemporari.









So, we all lepak-lepaklah kat umah aku dan budak-budak plak dengan meriahnya pergi ke swimming pool kat tingkat 14 tu sebab dia orang nak mandi. Tuan rumah pun masih tak sempat nak try lagik sebab sibuk memanjang.





Anyway, it was a good party dan inshallah next time boleh buat lagik. Korang tengoklah gambar-gambar kat bawah ni buat tatapan.




















Dan akhir sekali dari tuan rumah untuk kawan-kawan yang datang:-


Terimakasih dauN keladi....next time kita buat lagi!!