Last week, aku dan kawan-kawan kat sini amik kesempatan untuk try Mekong Delta Tour. Mostly tourists ke Saigon kena try benda nih. Harga tak mahal cuma USD11 seorang termasuk bus, lunch dll. Kami amik package ni dari SinhCafe, tour company yang paling terkenal kat sini yang terletak di backpacker area di District 1.
Semua penumpang akan berkumpul di depan ofis SinhCafe pad pukul 8.30 pagi. Perjalanan mengambil maa selama 2 jam. Dalam bas ni, tour guide dia akan ceritala serba sedikit tentang tempat ni.
Norly, Zee & Freddie
Bas yang ami naik ini penuh tapi selesa dan beraircond. Kalau tak, alamat cairla la kepanasan. Dalam bas tu, amik gambar le jugak.
Aku & Freddie
Zee & Norly
Sampai je kat Mekong Province, bot ni dah menunggu kami semua.
Bot kita orang
Aku dan Zee
Inilah destinasi pertama kami iaitu sebuah kampung dimana kami ditunjukkan cara-cara membuat kulit popiah. Kat sini very tradisional kaedahnya...very the old style. Macamla aku tak pernah tengok........
Sampai ke destinasi pertama
Nak jugek try!!
Lepas siap, kertas popiah tu di jemur tengah panas terik.
Kertas popiah dijemur
Disini juga merupakan destinasi kami untuk lunch. Dah sedia dah kedai dia so kenalah bayar kalau nak makan. Tapi we all dah siap bawak makanan sendiri sebab biasalah kan lagi senang bawak makanan sendiri, dah tentu tau halalnya.
Aku kekenyangan
Lepas tempat ni, we all naik bot lagi untuk ke tempat seterusnya iaitu sebuah kampung untuk makan buah-buahan. On the way ke tempat ni, kita orang melalui kebun buah-buahan. So, sempatla jugak aku mencilok buah-buah jambu air yang masak ranum itu.
Dalam bot ramai-ramai
Penumpang2 dalam bot kami
Berhenti makan buah
Sambil makan dihiburkan ngan artis Vietnam
Lepas makan, kami berjalan lagi didalam kampung tu untuk melihat tempat ternakan madu lebah la plak. Untuk kesini, kena naik kereta kuda. Satu kereta kuda muat 6 orang walaupun kudanya agak kecik tapi masih mampu menarik kami yang berat-berat ni. Tahniah sang kuda!!
Kereta kuda menanti kami
Atas kereta kuda
Ramai-ramai kat kebun lebah
Aksi over
Kami jugak dibawak melawat kilang candy yang dibuat dari kelapa. Tak le sedap sangat candy dia tapi productionnye punyalah banyak.
Kat kilang candy
Lepas kat sini, kami berjalan lagik ke sebuah sungai untuk menaiki sampan kecik. Sampan ni muat 4 orang saja dan tukang kayuhnya pulak seorang makcik. Bayangkan betapa susahnya mengayuh sampan melawan arus. Tahniah jugak untuk makcik ni sebab mampu membawa kami yang agak berat ini. Ini merupakan destinasi terakhir trip ni.
Dalam bot kecik plak
Nak jugek kayuh sampan
Sampan kecik ni menghantar kami ke bot besar yang mula-mula tadi untuk mengangkut balik kami semua ke bas.
Atas bot pose kejap
So, basically, oklah trip ni sebab menarik jugak cuma yang tak tahan punyalah panas. So make sure korang bawak topi dan spek gelap. For USD11 seorang, aku rasa berbaloi lah jugak trip ni.
6 comments:
steady je kat atas sampan tu...
ooo syok jugak yer..tak sangka byk gak tempat menarik kat sana. em... luasnya dunia yg dah di teroka. kata nak dtg dubai?
memang murah bang kalau dah USD11
berbaloi dengan xtvt yang disediakan tu
tengok best, menarik aje !!
:D
cantik baju
cam kenal la .. heheheh ~
KakLin...maintain tu....bot kecik ni kena duduk elok2 nanti terbalik!
Sheila....inshallah one day sampai...nak shopping sana la!
Lily...murah trip ni...next time kesini harus coba...hehehe..kenangan phuket uolls!!
Salam, tumpang celah.
macam mana la keadaan masa tentera mekong berkuasa dulu ek...
just imagine masa tengah berbot dicelah pokok nipah tu tiba2 muncul......hehehe tak de apa2 la
ur face ada iras2 cik tepak la...
fuzzy..kalau ada kesempatan lawat Chu Chi tunnel...lagi syahdu tgk camana tentera mekong ni pertahankan tanahair diaorang dari tentera usa. Ye ke ada iras2 rush? tak kot...dia lagik hensem!!
Post a Comment