Last week, aku dan kawan-kawan kat sini amik kesempatan untuk try Mekong Delta Tour. Mostly tourists ke Saigon kena try benda nih. Harga tak mahal cuma USD11 seorang termasuk bus, lunch dll. Kami amik package ni dari SinhCafe, tour company yang paling terkenal kat sini yang terletak di backpacker area di District 1.
Semua penumpang akan berkumpul di depan ofis SinhCafe pad pukul 8.30 pagi. Perjalanan mengambil maa selama 2 jam. Dalam bas ni, tour guide dia akan ceritala serba sedikit tentang tempat ni.

Norly, Zee & Freddie
Bas yang ami naik ini penuh tapi selesa dan beraircond. Kalau tak, alamat cairla la kepanasan. Dalam bas tu, amik gambar le jugak.

Aku & Freddie

Zee & Norly
Sampai je kat Mekong Province, bot ni dah menunggu kami semua.

Bot kita orang

Aku dan Zee
Inilah destinasi pertama kami iaitu sebuah kampung dimana kami ditunjukkan cara-cara membuat kulit popiah. Kat sini very tradisional kaedahnya...very the old style. Macamla aku tak pernah tengok........

Sampai ke destinasi pertama

Nak jugek try!!
Lepas siap, kertas popiah tu di jemur tengah panas terik.

Kertas popiah dijemur
Disini juga merupakan destinasi kami untuk lunch. Dah sedia dah kedai dia so kenalah bayar kalau nak makan. Tapi we all dah siap bawak makanan sendiri sebab biasalah kan lagi senang bawak makanan sendiri, dah tentu tau halalnya.

Aku kekenyangan
Lepas tempat ni, we all naik bot lagi untuk ke tempat seterusnya iaitu sebuah kampung untuk makan buah-buahan. On the way ke tempat ni, kita orang melalui kebun buah-buahan. So, sempatla jugak aku mencilok buah-buah jambu air yang masak ranum itu.

Dalam bot ramai-ramai

Penumpang2 dalam bot kami

Berhenti makan buah

Sambil makan dihiburkan ngan artis Vietnam
Lepas makan, kami berjalan lagi didalam kampung tu untuk melihat tempat ternakan madu lebah la plak. Untuk kesini, kena naik kereta kuda. Satu kereta kuda muat 6 orang walaupun kudanya agak kecik tapi masih mampu menarik kami yang berat-berat ni. Tahniah sang kuda!!

Kereta kuda menanti kami

Atas kereta kuda

Ramai-ramai kat kebun lebah

Aksi over
Kami jugak dibawak melawat kilang candy yang dibuat dari kelapa. Tak le sedap sangat candy dia tapi productionnye punyalah banyak.

Kat kilang candy
Lepas kat sini, kami berjalan lagik ke sebuah sungai untuk menaiki sampan kecik. Sampan ni muat 4 orang saja dan tukang kayuhnya pulak seorang makcik. Bayangkan betapa susahnya mengayuh sampan melawan arus. Tahniah jugak untuk makcik ni sebab mampu membawa kami yang agak berat ini. Ini merupakan destinasi terakhir trip ni.

Dalam bot kecik plak

Nak jugek kayuh sampan
Sampan kecik ni menghantar kami ke bot besar yang mula-mula tadi untuk mengangkut balik kami semua ke bas.

Atas bot pose kejap
So, basically, oklah trip ni sebab menarik jugak cuma yang tak tahan punyalah panas. So make sure korang bawak topi dan spek gelap. For USD11 seorang, aku rasa berbaloi lah jugak trip ni.