Friday, February 8, 2008

YOGYA TRIP - DAY 1


Photo session

Awal-awal lagi aku dah ada kat KLIA. Ditangan aku ada lebih kurang 55 tiket yang aku dah pre-check-in untuk memudahkan inaugural delegates aku. Dalam lebih kurang pukul 7.30am, boleh dikatakan semua delegates aku dah check-in dan diarahkan untuk terus ke holding gate G2 untuk send-of ceremony.


Seperti biasa, super big boss aku akan memberikan ucapan kata alu-aluan diatas kesemua penumpang untuk inaugural flight ini. Dalam trip ini, kita orang ada menjemput para-para media seperti RTM dan TV3 serta few other journalists dari local newspapers. Selepas ucapan, almost everybody was given an inaugural certificate untuk acara bersejarah ni.

Perjalanan ke Yogyakarta mengambil masa lebih kurang 2.5jam. Nasib baik cuaca agak ok dan tidak ada delay. Kami diberitahu pesawat AK hari sebelumnya terpaksa diarahkan mendarat di Solo disebabkan oleh cuaca yang buruk. Lebih kurang pukul 11.50am, pesawat pun selamat mendarat di Adisujipto Airport Yogyakarta. Ketibaan kami disambut dengan penuh tradisi dan teramat meriah. Tarian tradisional menyambut penumpang-penumpang yang tiba dan setiap seorang diberi sehelai kain batik sebagai tanda cenderahati.


Airport reception di Yogyakarta

Traditional Welcome Dance

Setelah urusan imigration dan bagasi diselesaikan (walaupun agak kelam kabut sikit), kesemua delegasi dibawa ke Rumah Makan Ayam Nyonya Suharti untuk jamuam makan tengahari. Hidangan yang diberi agak sedap cuma yang tak syok tu makanan abis tak direplenish.....dahla perut lapar......tak reti-reti dia orang ni nak kasi nasik dan lauk tambah??

Selepas makan, kami semua dibawak dengan 2 bas ke Hotel Mercure untuk acara Buyers Meet Sellers session.


Delegates busy tengah buat deal


Business baik ni..

2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

bestnya ker Jogja... aku paling suka ke sana... kenangan mmg indah indah kat sana.. kenangan tak indah takmo ingat...dah lupa pom... best best jogja

orangrawa said...

memang best cuma tak sempat nak tengok Prambanan...tu yang aku frust tu.

Anyway, Shah dah ok ke? Kalau dah ada kat umah aku datang melawat nanti bawak selipar jawa tu