Monday, December 17, 2007

WALIMATUL URUZ!!!


Simple Pelamin Tapi Ada Kelllas

Malam Sabtu lepas aku kena pergi ke Bukit Bintang for a wedding. Actually wedding anak pompuan Big Boss aku. Kiranye aku ni Committee Member la for this event. Aku ditugaskan untuk menolong apa-apa yang patut untuk memastikan upacara berjalan lancar.


Petugas-petugas Khas PBB Cawangan Manjoi

Pukul 7.30pm orang dah mula memenuhi dewan ballroom. Big Boss aku dan isteri dia sibuk melayan tetamu kat foyer mengalau-alukan kedatangan para jemputan. Berseri-seri muka Big Boss aku ni maklumle first time dapat menantu. Hadiah best-best pun banyak yang datang.

Malam tu banyak gak dif-dif kehormat yang datang. Maklumla Big Boss aku ni pun prominent figure jugak. Merasalah tengok orang-orang besar bergaya sakan malam tu. Yang perempuan bergaya abis dan tangan penuh dengan barang-barang kemas ala-ala Mami Jarum. Rambut dia orang diset ala-ala Gunung Semanggol pun ada. Melaram tak hengat la kiranya. Yang lelaki pun not bad gak. Kemas, bergaya dan penuh dengan semangat kesukanan.

Tugasan pertama aku malam tu mengiringi kedua mempelai untuk masuk kedalam dewan ballroom. Rombongan kami disertai oleh kedua mempelai dan family Big Boss aku dan diiringi dengan paluan kompang sebagai tanda kedatangan pengantin. Doa selamat dibaca sebaik sahaja pintu ball room dibuka. Cuma yang aku rasa kurang meriah tu sebab lagu Selamat Pengantin Baru dia orang tak mainkan.....tapi kedatangan mereka cuma diiringi oleh alunan intsrumental lagu jazz aje!

Actually aku pun takut jugak untuk bertugas untuk upacara besar macam ni. Maklumle selama ari ni setakat kenduri kat kampung aje....simple dan sempoi aje. Kat sini, semuanye kena ikut plan, kena ikut arahan dari Wedding Planners. Maklumle big event macam ni kena make sure segala-galanye berjalan lancar. Nasib baik takda rombongan Hindraf, kalau tak??????

Selepas upacara perkenalan oleh bapak pengantin pompuan (Big Boss aku), maka upacara santap-menyantap pun bermulalah.


Menu Card


Tengah Makan-makan


Buah Tangan Mempelai

Aku tak banyak sangat ambik gambar maklumla aku kan ke kena bertugas. Takkan la nak jadi cameraman plak. Tak pasal-pasal kena sembur nanti.Tapi dalam bertugas tu, aku snap la jugak few photos buat tatapan pembaca budiman.


Tarik Nafas Kempis Perut


Kumpulan Boria Sitiawan Pimpinan Orang Rawa

Alhamdullillah segalanye berjalan lancar malam tu. Kira lega la plak. Our Big Boss and his family were happy and thanked us for that night.


A Big Happy Family

Habis je wedding tu, we all pun lepak-lepak je kat depan Starhill minum-minum. Kiaranya dah lewat jugak la tapi as usual Jalan Bukit Bintang tetap busy dan jam macam tak hingat. KL....biasala kan??????




Post Party @ StarHill

Sambil korang baca ni, mainkan la lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Anita Sarawak nih ya!! Lagu favorite orang kawin aku ni!

3 comments:

Shah said...

Kelasssss sgt org KL kan kenduri kahwin kat Marriot lagi... Ko lepas kenduri tu terus gi clubbing kat situ le agaknya ye. Hehe...

orangrawa said...

Aah...tapi aku lagi suka kalau kat kampung punya kenduri....lagi meriah aku rasa.

Anonymous said...

ter surf plak blog nie..
sebenarnye tgh cari ilham nak wat pelamin..
memang chantek & "Simple Pelamin Tapi Ada Kelllas" tuh..
post la lagi gambar pelamin tuh..
or sent to my email at affasent@yahoo.com
TQ