Thursday, December 27, 2007

A TRIP TO PD

Petang esok aku akan ke ERRPD to attend one of the leadership trainings organized by UI2U. I am not really into this type of activity but considering I am trying to venture into a business partnership kind of thing, so I would love to try.

ERRPD is set amidst a rugged 28-acre surroundings with horse trails and live eagles soaring the skies, is the right place for leadership/teambuilding kind of activities. Despite the tight schedule which definitely make me occupied, I will try to find my time to update this blog at the same time.

Now, I need to pack and get ready for tomorrow. Oh by the way, these are the list of 'a must stuff 'that normally will join me when I am away:-

My Ipod - boleh curi2 dengar kalau training tu boring tak hengat
My Camera - boleh ambik gambo-gambo lepas tu post kat sini
My Oakley - boleh melaram.....
My Laptop - boleh update blog nih

Sehingga kita bertemu lagi.......

Tuesday, December 25, 2007

MERRY CHRISTMAS MY FRIENDS !



Dulu-dulu masa study, merasa jugaklah sambut Christmas.....sebab aku ada foster parents kat sana. Merasalah jugak 'makan besar' masa Christmas Eve dan dapat hadiah. Aku sekadar menghargainya aje since aku stay dengan dia orang masa tu. It was a great moment maklumle orang kampung sambut White Christmas kat rantau orang. Pengalaman yang takkan akan aku lupakan. Nasib baik aku tak nyanyi lagu Sudirman " Dari Jauh Ku Pohon Maaf" masa tu...kalau tak????


Marc - Cool Brother

Oakley Montefrio by Shaun White







Aku memang dah lama aim benda ni especially selepas Rayban aku hilang ari tu. Model ni diilhamkan oleh seorang snowboarder/skater yang paling ngetop kat USA, Shaun White. Design dia memang cool sesangat. It fits bigger than most Oakleys do so kira fit la ngan muka aku. Aku purposely pilih Olive Tortoise version sebab dia nampak lain dari yang lain. Mudah-mudahan tak hilang la lagi spec aku nih.

DEWA 19 - LIVE IN KUALA LUMPUR

Malam Sabtu lepas aku berpeluang tengok konsert Dewa 19 kat Stadium Negara. Ini kiranye konsert jelajah Malaysia dia orang dan Stadium Negara merupakan yang last sekali.

Kumpulan ni memanglah ngetop dan ramai peminat-peminatnye termasuklah aku (tapi takle hardcore sangat). Memandangkan aku tak pernah tengok dia orang ni perform live, so aku dengan berbesar hatinya meluangkan masa malam minggu aku untuk tengok dia orang....kira beri sokongan moral lebih kurang. Aku ni bukanlah Baladewa-Baladewi (Dewa Hardcore Fans) tapi aku rasa aku suka few lagu-lagu ngetop dia orang dan pasai tula malam tu aku tetap nak tengok konsert ni.

Kat luar stadium malam tu aku rasa macam kat Jakarta plak....ramai bebeno mat-mat Indon. Dressing dia orang waduhhhhhhhh....rock abis....ala-ala macam Kumpulan SYJ zaman-zaman Battle of The Bands dulu-dulu. Tak taula dari ceruk mana datangnya. Horror aku dibuatnya. Rambut masing-masing memang tak hengat la.....mostly panjang berketak-ketak......hehehe....memang horror!!

Dalam pukul 9.00 (tak silap aku), startlah konsert tu. Start aje opening act, masa ni lah mat-mat Indon mula naik syeih. Ramai-ramai dia orang rempuh pagar masuk kat tengah-tengah stage untuk terus lepak kat situ. Memang takda sivik betuila......kalau iye pun minat rilekla. Jangan ribut-ribut dong!!


Opening act


Ahmad Dhanie tengah goreng!


Penuh Stadium Negara dengan Mamat2 Indon

Banyak jugak lagu-lagu ngetop malam tu such as Dewi, Separuh Nafas, Roman Picisan, Arjuna, Pangeran Cinta, Pupus dan lain-lain lagi. Kiranye Stadium Negara malam tu bergaung la jugak dengan suara koir kebangsaan Malaysia ngan Indon. Cuma yang spoil malam tu sound system dia. Memang kurrrrrreng betuila. Takda plak inisiatif nak membetulkannye.......buang karan aje!!


Arjuna Dalam Dendangan

Malam tu Sheila Majid, Rabbani & Mulan Kwok jadi artis undangan. Aku rasa kombinasi ni macam tak kena aja sebab majority Mat-Mat Indon yang datang ni are rockers kapak,so in terms of appreciation tu kurrrreng kot!!


Guest Artist - Sheila Majid

Laskar Cinta Chapter 1 & 2 dendangan Rabbani dengan Dewa 19 ni aku rasa paling bestla sebab satu stadium bergema nyanyi ramai-ramai penuh semangat malam tu.


Laskar Cinta - Rabbani & Dewa 19


Laskar Cinta - Nyanyi ramai-ramai

Mulan menghangatkan malam tu dengan pakaian yang agak sexy dan bergelek sakan lagu favorite aku nih - "Sedang Ingin Bercinta".


Mulan & Dewa 19 - Sedang Ingin Bercinta

Overall, konsert ni kira oklah cuma aku tengok Dewa 19 ni tak banyak sangat berceloteh dengan penonton. Kira ambik microphone nyanyi lepastu cakap sepatah dua dan sambung nyanyi balik. Aku rasa Konsert Search ataupun Wings jauh lagi gempak.

Sebelum aku balik, aku pun singgah le kejap kat booth jual T'shirt dalam stadium tu. Aku pun sambar la satu Special Edition T'shirt dia yang aku rasa 'cool' sangat.


Baladewa Malaysia


T'shirt - Back


Dewa 19 Logo - Front


Cool T'shirt

Monday, December 17, 2007

WALIMATUL URUZ!!!


Simple Pelamin Tapi Ada Kelllas

Malam Sabtu lepas aku kena pergi ke Bukit Bintang for a wedding. Actually wedding anak pompuan Big Boss aku. Kiranye aku ni Committee Member la for this event. Aku ditugaskan untuk menolong apa-apa yang patut untuk memastikan upacara berjalan lancar.


Petugas-petugas Khas PBB Cawangan Manjoi

Pukul 7.30pm orang dah mula memenuhi dewan ballroom. Big Boss aku dan isteri dia sibuk melayan tetamu kat foyer mengalau-alukan kedatangan para jemputan. Berseri-seri muka Big Boss aku ni maklumle first time dapat menantu. Hadiah best-best pun banyak yang datang.

Malam tu banyak gak dif-dif kehormat yang datang. Maklumla Big Boss aku ni pun prominent figure jugak. Merasalah tengok orang-orang besar bergaya sakan malam tu. Yang perempuan bergaya abis dan tangan penuh dengan barang-barang kemas ala-ala Mami Jarum. Rambut dia orang diset ala-ala Gunung Semanggol pun ada. Melaram tak hengat la kiranya. Yang lelaki pun not bad gak. Kemas, bergaya dan penuh dengan semangat kesukanan.

Tugasan pertama aku malam tu mengiringi kedua mempelai untuk masuk kedalam dewan ballroom. Rombongan kami disertai oleh kedua mempelai dan family Big Boss aku dan diiringi dengan paluan kompang sebagai tanda kedatangan pengantin. Doa selamat dibaca sebaik sahaja pintu ball room dibuka. Cuma yang aku rasa kurang meriah tu sebab lagu Selamat Pengantin Baru dia orang tak mainkan.....tapi kedatangan mereka cuma diiringi oleh alunan intsrumental lagu jazz aje!

Actually aku pun takut jugak untuk bertugas untuk upacara besar macam ni. Maklumle selama ari ni setakat kenduri kat kampung aje....simple dan sempoi aje. Kat sini, semuanye kena ikut plan, kena ikut arahan dari Wedding Planners. Maklumle big event macam ni kena make sure segala-galanye berjalan lancar. Nasib baik takda rombongan Hindraf, kalau tak??????

Selepas upacara perkenalan oleh bapak pengantin pompuan (Big Boss aku), maka upacara santap-menyantap pun bermulalah.


Menu Card


Tengah Makan-makan


Buah Tangan Mempelai

Aku tak banyak sangat ambik gambar maklumla aku kan ke kena bertugas. Takkan la nak jadi cameraman plak. Tak pasal-pasal kena sembur nanti.Tapi dalam bertugas tu, aku snap la jugak few photos buat tatapan pembaca budiman.


Tarik Nafas Kempis Perut


Kumpulan Boria Sitiawan Pimpinan Orang Rawa

Alhamdullillah segalanye berjalan lancar malam tu. Kira lega la plak. Our Big Boss and his family were happy and thanked us for that night.


A Big Happy Family

Habis je wedding tu, we all pun lepak-lepak je kat depan Starhill minum-minum. Kiaranya dah lewat jugak la tapi as usual Jalan Bukit Bintang tetap busy dan jam macam tak hingat. KL....biasala kan??????




Post Party @ StarHill

Sambil korang baca ni, mainkan la lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Anita Sarawak nih ya!! Lagu favorite orang kawin aku ni!

WALIMATUL URUS!!




Special song untuk mempelai bertuah

Sunday, December 16, 2007

ME & MACAU - PART 5

Day 3 - Part

The last place yang we all lawat for this trip is called Macau Fisherman's Wharf. Kiranye Macau ni tiru SF Fisherman Wharf la kot. This is another MICE facility yang siap complete dengan big convention halls, shopping malls, casinos, hotels etc.

One landmark yang ada kat sini adalah 'The Volcano'. Korang tengoklah few photos kat sini yang aku ambik.


The Volcano

The Coleseum

The Dutch House

Bay Area

The Amphitheater

Malam tu, before we all depart back to KL, we have a great dinner kat Macanese (Macau + Portuguese) Restaurant called Restaurante Litoral. It serves the most "authentic" Macanese food in town.Semua traditional favorites are here termasuklah curry crab, curry prawns, African chicken, feijoada and minchi. Portuguese specialties pun ada jugak such as codfish baked with potato and garlic, roast Portuguese sausage and Portuguese green soup. Tapi as usual, aku ambik seafood dia aje.....confirm halal dan dijamin oleh JAKIM gitew!!

Menu card

Seafood Rice

African Chicken

Curry Crabs

At my side


At the other side


Paul & Edmund - Thanks for your hospitality

Overall, it was a great trip although we all letih giler. Aku rasa, if not because of this trip, maybe aku tak akan sampai ke Macau considering ianya tak pernah langsung termasuk di dalam 'my wish list'. Tapi itulah untungnya kerja aku nih.......mrasa jalan-jalan sambil bekerja gitu!!!

Begitulah seadanye..........

ME & MACAU - PART 4

Day 3 - Part A

Hari ini adalah hari terakhir. Itineraries today adalah 'Island Tour' which include Taipa & Coloane Islands, Coloane Village, St Francis Xavier Church, Lord's Stow Bakery (sedap beb tart dia), Karting Dome, Taipa Food Street (penuh ngan khinzir panggang je....eeii geli aku) dan lain-lain. Walaupun banyak yang aku pergi, tapi aku tak ambik plak gambar kat sini sebab nothing much yang menarik. Our trip ended kat satu Lebanese Restaurant for a group lunch all histed by the MGTO....kira makan free aje la....


Abis aje round-round tempat ni, we all dibawak semula untuk melawat few 5 stars hotels di Macau. Antaranye adalah Wynn Macau, The Grand Lisboa, MGM Grand dan Pousada de Sao Tiago dan The Crowne.


I tell you....hotel2 ni memang lavish giler. Bayangkanlah....dalam bilik boleh ada Bang & Olufsen home theather system, Hermes toiletteries (jangan tak caya), Ihome radio, designer's furnishing etc. Harganye nye pun.......sendiri mau ingatlah. One thing for sure, kat sini hotel-hotel dia macam berlumba-lumba mencanggihkan bilik-bilik dia orang untuk keselesaan orang yang duduk kat situ.


My personal favourites adalah The Crowne (6 star ko...terlopong wei tengok interior dia) dan Wynn Macau (swimming pool dia yang canggih-manggih) dan Pausada de Sao Tiago (built in fotress ko) .....pergh tempat ni memang best sangat....macam bukan kat Macau plak. Totally differentlah kalau masuk kat dalam hotel nih. Ternganga mulut semua orang.........very very very the impressive lah!


The Crowne - Paling favourite

Lobby The Crowne


The Grand Lisboa - Dalam canggih luar buruk

Grand Lisboa's Room


Wynn Macau - Meleleh beb...best giler!

Wynn's Room

MGM Grand - sooooooooooo lavish!!


Pousada de Sao Tiago - very de romantic

Entrance to Pausada de Sao Taigo

Overall, kira ari tu puaslah kita orang melawat hotel-hotel canggih nih yang entahkan bila agaknya akan dapat peluang stay kat sini....wallahuallam!!

ME & MACAU - PART 3

Day 2 - Part B

Letih melawat Museu De Macau & Ruins of St Paul tak habis, we were then escorted plak ke Macau Tower Convention & Entertainment Centre. By the tranquil Macau waterfront, Macau Tower Convention & Entertainment Centre, overlooks the panoramic view of the Pearl River Delta as well as the horizons of Macau city at 338 meters above the ground. Kira kat Malaysia, Macau Tower ni macam KL Tower la jugak cuma dia rendah sikit ketinggiannya.

Macau Towers ni adalah the 10th tallest freestanding tower in the world and the adjacent Convention & Entertainment Centre offers a variety of facilities; including exhibition and conference space, a 500 seat theatre, several restaurants, a shopping area as well as an outdoor plaza.

Among team building activities available here at Macau Tower are bungy jumping, mast climbing, sky jump and skywalk X. Our group were offered to try all of these activities but I guess we all semua penakut.....termasuklah aku. Anyway, 3 of us have decided to try Skywalk X - a thrilling walk around the outer rim of the tower at 233 meters above ground. I tell you, although this is consider activity yang tak le gayat sangat tapi aku masih tak berani nak buat dan surely benda ni takes the hair rising fun of skywalk to its limit.




Pemandangan dari atas Macau Tower ni memang menarik dan seluruh area Macau ni dapat dilihat dari atas nih. Sama macam KL Tower, dia pun ada Revolving Restaurant dan Observation Deck.





Kiranya trip we all ni memang a bit tight sebab we have to cover lots of places dalam masa yang agak singkat. The next place tempat yang we all lawati adalah the infamous Venetian Macao-Resort-Hotel yang merupakan one of Asia's most exciting entertainment destinations and preeminent convention and exhibition venues.

Tempat ini memang besar bangat dan large enough to hold ninety (90) Boeing 747 jumbo jets (no kidding man). Another thing is nowhere else in Asia will you find such a rare combination of facilities, attractions and amenities than at this 3,000 suite flagship property. Ambik ko!!!!

Kat sini ada more than 350 premium retail shops dibina begitu elegant dengan ciri-ciri macam kat Venice, Italy. Jugak kat sini ada over 100,000 square meters (1,000,000 square feet) of convention, exhibition and meeting facilities . Not to mention over 30 world-class restaurants, with award-winning chefs from every major culinary tradition creating dishes with flair and imagination . Last but not least ada 15,000 seat Venetian Arena that can be configured to hold events of any type. The latest was Konsert Beyonce......wadusss....yangtak jadi kat Malaysia tu lah!!




One thing yang aku tak suka kat The Venetian ni ialah ianye terlalu besarrrrrrrrrrrrrr sesangat dan letih dibuatnye berjalan dari sini ke sinun. Sampaikan we all rasa give-up sebab letih berjalan. Oh lupalak nak kasi tau. Kat Macau ni almost all hotels ada kasino dia orang sendiri. Kat The Venetian ni, kasino dia adalah yang terbesar di dunia......ahhhhh amik ko lagi sekali. Kiranya Kerajaan Macau ni mengadaptasi konsep "Macau Boleh" la kot......suma nye nak besar!!

Kerja kat Macau ni memang loaded maklumle gaji seorang driver bas pun dapat dalam RM9,000. Yang kerja kat kasino tukang carik-carik kad poker tu pun dia bayar RM10,000 bayangkan lah..........that's why ramai sangat bangsa-bangsa asing kerja kat sini...termasuklah Malaysians.

Letih pusing-pusing kat dalam ni, we all pun lepas tu dibawa ke hotel restaurant dia yang dipanggil 'The Bambu'. The makanan not bad dan seperti biasa aku pun terpaksala makan seafood aje.....maklumla yang lain-lain tu bukan nye halal pun. Tapi satu yang mengejutkan aku, kat area pastry dia boleh ada " Banana Fritters Malay Style aka Pisang Goreng dan Ondeh-Ondeh.....ni mesti chef dia dari Malaysia nih....kalau tak macam mana ada benda nih...kan???