Friday, January 15, 2010

SPAIN - PART 2



Oklah.....dah nak lapok pun cerita trip Barcelona aku nih. Baru la sekarang sempat aku nak post kat sini.

Anyway, aku lepak kat Barcelona ni selama 7 hari. Tempoh yang aku rasa just nice to explore bandar ni. First impression tentang Barcelona.......BEST GILER!!

Barcelona ni bagi aku memang tourist destination la sebab terlalu banyak benda boleh dilawati kat sini. Alhamdulilah, tempat2 yang aku plan nak pergi boleh dikatakan semua tercapai.

Untuk pengetahuan korang, Barcelona ni dibahagikan kepada 4 quarters yang dikenali sebagai Modernista, Gothic, Metropolitan dan Business area (tak silap aku la). Antara yang paling outstanding kat sini ialah Modernista dan Gothic sebab ianya menyerlahkan senibina lama dan unik terutama dari arkitek terkenal dia yang bernama Antonio Gaudi.

Kat Barcelona ni, aku duduk kat tempat yang agak strategic iaitu di La Ramblas....pedestrian street yang paling happening for tourist di sini. Aku duduk hotel murah je 1 star dalam EURO50 semalam. Keadaan hotel agak biasa je (murah le katakan) dan very the basic.....tapi lokasi dia memang tiptop. Sini juga merupakan pusat tourist sebab ianya terletak betul2 ditengah2 bandor Barcelona ni dan sepanjang-panjang La Ramblas tu semua shopping area! Best whoa!!!!


Sinilah aku stay!!

Antara gambar-gambar yang sempat aku amik kat Barcelona nih:-



Pagi-pagi di La Ramblas

La Ramblas Market

Port Barcelona

Depan HRC Barcelona

Aksi gangster kah?













Aku jugak amik kesempatan melawat L'Aquarium kat sini. Tak ingatlah berapa tambang masuknya.



L'aquarium

Kat La Ramblas ni ada plak kedai baju macam kat bawah ni. Kelllllasss gitu!!



Kedai baju Kuala Lumpur

OK....memandangkan aku tak nak pening kepala...aku pun ambik Barcelona Bus Touristic untuk pusing2 sekitar Barcelona. Agak murah dlm EURO21 untuk 2 hari. Bus double decker 2 tingkat ni akan bawak korang semua tempat tourist dan korang boleh hop on hop off je. Berbaloi-baloi pakai benda nih!! Dan korang jugak akan diberikan vouchers diskon untuk tempat2 yang nak korang lawati.




Bus Turistic

So, dalam masa hari pertama tu, nilah antara tempat2 yang aku lawati menggunakan Turistic Bus tu:-

Casa Mila or La Pedrera by Gaudi





Aku juga melawat tempat yang amat terkenal ni - namanya Park Guell by Gaudi













Aku jugak pergi tempat popular ni - La Sagrada Familia






Merasa jugak aku naik cable car kat sini:-






Juga aku pergi ke Stadium Barca yang terkenal tu:-











Aku jugak ambik kesempatan untuk try local delicacies:-




Orxata - a must try drink - sedap giler!!

Paela - nasi spanish

Aku jugak ambik kesempatan untuk menonton persembahan Spanish Guitar yang amat popular disini. Memang syahdu dan environementnya plak begitu menenangkan masa mendegar dendangan petikan gitar akustika nih. Tapi dia buat show ni dalam gereja la plak.....layan jelah ye!!




Spanish Guitar show - very nice!

Dan tak ketinggalan pertunjukkan Flamenco yang sepatutnya tak boleh ambik gambor tapi aku curik-curik amik:-








Kesimpulannya, Barcelona ni memang aku suka dari Madrid dan kalau boleh aku nak datang balik sini. Memang aku enjoy!!!

No comments: