Thursday, December 18, 2008

NAFSU SERAKAH TERRRRRRSHOPPING!!!

Oklah.....dah abis pun cerita jenjalan 3 negara aku tu. Sekarang sebagai episode finale (macam yo yo je), aku nak kongsi ngan korang apa yang aku perabiskan duit masa trip aku tu.

Tujuan aku cerita ni bukan nak menunjuk-nunjuk tapi saja je nak share ngan korang. Lagipun ada gak few friends yang tanya aku apa yang aku borong kat sana. So, korang nak tau yek.......dengarlah ini cerita!!

Sejujurnya, trip ni aku tak plak nak shopping apa pun sebab London kan ke mahal dan GBP tinggi beb rate dia kalau nak dicomparekan dengan MYR. Nak dijadikan cerita, disebabkan masalah ekonomi yang melanda seluruh dunia ni, maka untuk menjana semula ekonomi di London, beberapa shopping mall disana dan kedai-kedai telah mula start buat sale. Selalunya sale besar-besaran cuma selepas Boxing Day (lepas Krismas) je sebab nak mengabiskan stock sebelum mulanya tahun 2009. Tapikan, sebaliknya plak yang terjadi. Kat London tu, sale memang tak hengat giler.

Aku yang tak nak shopping ni tapi disebabkan nafsu Normadiah yang telah merasuk aku, tershopping la jugak sudahnya. Bukan kemahuan fikiran tapi "TERRRRRRRRRR" yang membawa maksud dengan tidak disedari terlaku perbuatan tersebut.

Mana taknye aku "TERRRRRRRSHOPPING" kalau barang yang dijual tu jauh lagi murah kalau nak dibandingkan dengan kat Malaysia. Dan aku memang terkejut giler tengok harga runtuh yang aku dapat tu. Kalau tak caya korang tengok lah antara yang aku "TERRRRRRRRRBELI" selepas dirasuk ari tu:-

Actually ada lagik beberapa barang yang teramat bagus dealnya yang aku beli tapi tak sempat ambik gambor lagik sebab tumpang luggage Rasydan sebab aku dah terexcess baggage giler.

Dipersembahkan barang-barang good deal yang aku dapat masa kat London ari tu:-


Kasut Clarks at GBP25 aje


Jaket at Primak - GBP6 aje


Best Deal - Zara sunglass at GBP9 sajor di Zara Regent St


Beg tu GBP6 dan bracelet tu GBP1.46 each kat Primak untuk emak dan kakak2 aku


Best Deal - Speedo Swimming Trunk at GBP1 each (yes 1 paun je)kat Lilywhites sports shop. Kat sini jersey England dia jual GBP4 each. Aku borong 7 helai untuk abang adik aku semua. Nafsu tak terkawal dah!! Persoalannya, masa bila plak aku nak swimming nih?


Airwalk T'shirt at GBP5 each - aku borong 4-5 helai kat Lilywhites untuk anak buah aku.


HRC Ipod radio - GBP12 je kat HRC


Londsdale hood jacket untuk budak - sehelai GBP6 at Lilywhites untuk anak buah aku.


Office shirts Marks & Spencer - 3 set at GBP15 semuanya


Thomas Pink casual shirt - GBP45
Korang tengok kat Pavillion brapa harganya


Semua perfumes ni less than GBP45 kat Parfumes Oxford St


Set Azzaro - GBP12 kat Parfumes Oxford St


Zara Vertiver (50ml) & Sandalo (100ml) & Shower Gel - GBP21 kat Zara Regent St


Terre Hermes (100ml), Hermes Eau de Orange Verte (100ml) & free gift - GBP76
Kalau korang tengok kat KLCC korang taule brapa banyak giler aku save bila beli kat sini.


2008 Edition Travel Guides - GBP6.99 je satu kat Harrods
Yang Lonely Planet tu beli satu second half price.


The Best Deal - Lacoste Shoes at GBP10 (yes 10 paun je) - old stock katanya kat The Office.

So, kalau korang ke London dalam masa terdekat ni, antara tempat shopping aku yang dapat good deal tu ialah:-

a)Zara kat Regent St - banyak choice dan tetiba ada good deal. Branch lain tak banyak choice
b)Primak - memang murah giler.
c)Clarks - memang discounts up to 70%
d)H&M - good deals dan murah giler
e)John Lewis - ada additional 20% discount lagik on top good price
f)Liliwhite kat Piccadily Circus - I mean really murah giler kat sini untuk barang sports.

So, tak ke best deal tu? Itu yang TERRRRRRRRRBELI tu. Nak buat camano, bukan kemahuan fikiran bak kata Fauziah Latiff tapi biler tengok harga runtuh tu, tak tercapai dek akalku bak kata elyana plak. Lagipun, bukan selalu aku shopping nih...sekali-sekala apa salahnya....kan??? Dan mostly aku beli untuk seisi family aku yang ramai tu dan bukan sekadar untuk aku sorang je. Rezeki murah harussss dikongsi bersama. Tak gitu???

JENJALAN KE HARRODS & COVENT GARDEN



Lepas je melawat sakan banyak tempat, aku pun jalan-jalanlah kat kota London yang sejuk tu. Seronok sebenornya walaupun sejuk sebab ye lah Malaysia kan ke panas dan tak sesuai nak jalan-jalan pakai baju kot bagai. Aku main hentam keromo je dan takda tujuan pun sebab memang aku nak explore London ni tanpa memikirkan hala tuju sesangat.

Tapikan....end-up aku terpergi balik semula ke Harrods, tempat shopping yang glamour tu. Masa ni aku ingat nak le jugak beli satu dua benda buat kenang-kenangan. Aku tau tempat ni memang ramai orang especially pelancong luar yang begitu kagum dengan kehebatan pusat shopping nih.

Aku pun amik kesempatan snappy sana-sini sebab aku tengok ramai jugak yang amik gambor. Tempat ni memang chantek dan begitu lavish sekali. Dia punya egyptian escalator tu memang chantek macam jalan kat Mesir la plak rasanya.

Antara gambar kat dalam Harrods yang aku ambik hari tu:-








Kalau korang nak tau, kat tingkat bawah Harrods ni, ada satu kawasan yang dijadikan sebagai tempat memperingati pasangan romantis yang mati terbunuh accident yang telah menggegarkan satu dunia sedikit masa dulu. Ye.....kawasan pengabdian kenang-kenangan untuk Lady Diana & Dodi Al Fayed (anak lelaki tokey Harrods yang kaya raya ni). Di abadikan jugak dalam pyramid kaca sebutir cincin berlian lambang cinta abadi dia orang.


Potret Lady Diana & Dodi Al Fayed


Cincin berlian dia orang



Lepas tangkap gambor, aku pun terbelilah biscuit dan English coffee dia yang terkenal tu. Sebenarnya tujuan aku beli sebab aku minat sangat dengan packing kotak dia yang kaler hijau tu bukannya isi kandungannye sangat. Itu jelah yang aku beli yang yang lain-lain tu pokcik tak mampu. Pakcik bukan berduit pun.....!!!

Keluar dari Harrods aku pusing lagi kat area tu. Hari dah mula gelap padahal belum pun pukul 5 petang lagik. AKu amik jugak beberapa gambor on da way aku nak balik tu kat area Covent Garden.





Itu jelah penutup lawatan aku untuk ari tu!!

MENYEMBAH RATU DI ISTANA BUCK


Buckingham Palace

Kalau ke London, orang kata tak sah kalau tak ke Buckingham Palace. Tempat ni merupakan kediaman rasmi Ratu Elizabeth dan keluarganya. Orang cakap kalau bendera kat luar tu nun dipuncak, maknanya Ratu Elizabeth ada kat dalam. Kalau setengah palang je bendera tu, maknanya dia takda kat situ. Masa aku pergi tu, bendera penuh dipuncak. Aku jenguk-jenguk jugaklah celah pagar tu kot-kot nampak kelibat Ratu Elizabeth tapi nan ado. Tengah breakfast la kot sebab masa aku datang tu kira awal pagi jugak.

Menurut ceritanya, Buckingham Palace ni ada 775 bilik yang termasuk 19 State rooms, 52 Royal dan bilik tidur tetamu, 188 bilik untuk staff dia, 92 biji office dan 78 bilik air. Untunglah yek staff dia sebab dapat tidur dalam istana....mesti glamour tuh!!

Tujuan orang ramai datang sini sebab nak tengok upacara rasmi pertukaran pengawal (changing of guards) yang amat famous tu. Bukan setakat tukar pak guard aje, siap ada alunan kompang dan paluan gendang lagi kabornya.

Hari we all pergi tu, punyalah lama tunggu dan berasak-asak ni nak lepak depan pagar tu. Aku siap tolak-tolak lagi dengan pelancong Jepun yang asyik nak potong view aku je dengan kemera bagak dia. Geram siut aku dibuatnya sebab tempat aku landing tu memang baiknya spot kalau nak snappy.

Tengah dok sibuk tu, alih-alih ada sorang polis pompuan ni cakap, "Sorry guys, there will be no changing of guards today, please come tomorrow at twenty past eleven".

Apa raaaa.......letih je we all tunggu....patut tak keluar-keluar pak guards tu. Yang kita orang dapat tengok cuma perarakan polis berkuda yang masuk kedalam istana tu aje. Itupun dia orang ikut pintu belakang tanpa melalui main entrance tempat ramai pelancong berkumpul tu.

Ni je lah gambor-gambor yang aku amik kat sini:-










Akhirnya, we all pergi je la souvenir shop kat sebelah istana tu. Namanya The Queen's Gallery. Sini banyak souvenirs dia jual dan segala benda yang berkaitan dengan istana siap pinggan mangkok lagik. Siap je la duit ye kawan-kawan kalau nak shopping sini.



So, kira melepas lah we all nak tengok pagi tu. Takpalah kan.....sebab rasa malas plak nak datang keesokan paginya. Banyak tempat lain nak kena lawat lagik!!

Wednesday, December 17, 2008

TOWER BRIDGE & TOWER OF LONDON


Tower Bridge

Lawatan seterusnya ke Tower Bridge & Tower of London. Korang ingatkan kagu, London Bridge is falling down....?? London Bridge tu dimaksudkan Tower Bridge nilah kalau aku tak silap.

Untuk kesini, kena turun kat tube station Tower Hill. Aku sepatutnya datang malam sebab chantek kawasan ni dek lampu-lampu tapi tak sempat la plak. So, pagi-pagi lagi aku dah kesini just untuk amik gambor.

So inilah dia yang dipanggil Tower Bridge tu. Satu icon yang synonim dengan London. Tambang masuk cuma GBP6 je tapi time ni dia tengah buat restoration works so pelancong tak dibenarkan untuk naik keatas. So, aku tengok dari bawah je lah ye!!







Ni plak dipanggil Tower of London. Ianya merupakan tapak tinggalan sejarah yang amat penting di London. Tempat ni jugak dipanggil sebagai "Palace People" dan terkenal dengan cerita-cerita hantu di dalamnya. Tambang masuk dalam GBP16 untuk dewasa dan aku tak kuasa nak masuk kedalam. Tengok dari luar kat tube station Tower Hill tu kira cukuplah untuk aku.




So next time kalau korang ke London cubalah masuk sini dan lepas tu meh cerita kat aku plak apa ada kat dalam tu! Share jangan tak share, okay???

nota kaki:- Sorry yek...salah info pasal tower bridge tu...ianya tak sama dengan london bridge. Mintak mahap salah kasi info. Jangan saman occay???

BIG BEN, PARLIAMENT HOUSE & WESMINSTER ABBEY


Big Ben

Ok....sekarang aku nak cerita pasal lawatan aku ke Big Ben, Parliament House & Wesminster Abbey la plak. Dekat je dengan London Eye tempat-tempat ni dan tempat ni memang biasalah tempat yang dipenuhi dengan pelancong dari merata tempat. Antara gambar-gambar yang aku amik kat sini:-










Tempat ni memang kena pergi tengok especially Big Ben tu sebab landmark ni memang popular sangat dikaitkan dengan bandaraya London nih!