Saturday, January 24, 2009



Wishing all our Chinese friends "Gong Xi Fa Cai".
Jangan lupa kasik angpao!!!

Tuesday, January 20, 2009

RASMINYA BARACK OBAMA SEBAGAI PRESIDENT USA YG KE 44



Waktu Thailand sekarang pukul 10.54 malam bersamaan dengan 10.59 pagi waktu USA. Sekarang ni aku tengah tengok CNN sebab ada live event pertabalan Barack Obama sebagai President USA yang ke 44.

Upacara yang penuh bersejarah ni tak boleh dilepaskan maklumlah Obama merupakan President kulit hitam USA yang pertama-tama kalinya dalam sejarah dia orang. Mana sangka ye sebab selama ni semuanya kulit putih aje.

Sekarang kat tv tengah tunjuk semua pemimpin-pemimpin tengah berdiri memberikan penghormatan buat Obama di Bangunan US Capitol untuk upacara mengambil sumpah sebagai US President terbaru. Joe Biden akan angkat sumpah dulu sebagai Vice President. Teringat plak zaman2 study dulu pernah gak melawat US Capitol ni amik gambor sakan dengan Zana, Syer, Ina, Bard, Mubarak, Alin, Ani, Apek dll. We all buat rombongan Cik Kiah travel pusing beberapa state kat sana. Memori daun pisang plak rasanya mengimbau kenangan silam. Best sesangat masa tu.

Juga kelihatan semua bekas US President yang masih hidup (takkan la yang dah mati pun nak join???) berada di platform untuk memeriahkan lagi pertabalan president baru ni. Aku tunggu le jugak kot-kot Rihana ke, Beyonce ke tak pun Mariah Carey buat show menyanyikan lagu national anthem dia orang, The Star Spangled Banner tapi takda la plak. Kalau ada mesti best kan???? Tapi yang ada cuma legendary singer, Aretha Franklin yang menyanyikan lagu "My Country Tis of Thee" (tahpahapa lagu ni!!!)

US Constitution mengatakan bahawa walaupun Obama masih belum mengangkat sumpah sebagai President tapi secara otomatisnya dan bukan manual ianya telah pun menjadi President tepat pada pukul 12 tengahari pada 20 January.

Cuaca masa ni kat Washington DC memang tengah sejuk dan berangin menurut laporan kaji cuaca dia orang. Tapikan, ianya langsung tak melemahkan semangat rakyat America untuk bersama-sama memeriahkan upacara ni. Bersemangat betui dia orang ni. Lintas langsung jugak dibuat di beberapa tempat seperti NYC, LA dll yang penuh dengan manusia untuk menjadi sebahagian darpada sejarah baru USA.

So, sekarang dia tengah angkat sumpah tu. Tergagap dia kejap maklumla nerbes tu uolss. Dan secara rasminya jadilah Barack Obama sebagai President USA yang ke 44 dan merupakan yang pertama dari golongan kaum minority masyarakat America. Memang bersejarah uolsss!!! Bersejarah sesangat!!

So, kita tengoklah nanti apa susulan tindakan Obama ni pasal kes Palestine yang tengah kecoh sekarang. Moga-moga akan ada angin perubahan dari President USA terbaru ni.

Monday, January 19, 2009

LAGU UNTUKMU - MEET UNCLE HUSSIN - ANUGERAH JUARA LAGU 23


Lagu UntukMu - Meet Uncle Hussin


Sampai Syurga - Faizal Tahir

Yezza....malam ni we all lepak at umah Mdm Ruby sebab nak tengok Anugerah Juara Lagu 23. Sambil tengok sambil makan nasi goreng dan cekodok pisang panas dan teh tarik. Best giler!!

Tapi yang paling best sebab Meet Uncle Hussin (MUH) telah dinobatkan sebagai Juara Lagu keseluruhan dengan lagu dia orang yang best dan unik giler, "Lagu Untuk Mu". Lagu ni memang kawkaw punya indi rock dan sora vocalist dia perghhh mantap dan spesel beb!!

As expexted, Faizal Tahir plak sapu 3 hadiah untuk vokal, showmansip dan lagu dia yang best tu, "Sampai Syurga". So personally, aku memang pusa hati kali ni.

Malam ni show memang better than last year. Showmanship banyak yang best selain dari MUH dan Faizal seperti Stacy & Ziana Zain. Different genre tapi superb performance. Estrange nye lagu 'Yang Pernah" tu best tapi performance plak macam tak best. Same goes to Spider, lagu best tapi macam nak tido punya performance.

Anyway, this time Meet Uncle Hussin telah menempah satu lagi history sebab another indi group menang untuk AJL just like Estranged did last year.

Bravo Meet Uncle Hussin dan Faizal. Memang power uolss!!

Thursday, January 15, 2009

KAWAN ANIAYA KAWAN



Apa perasaan korang kalau kawan yang ko sangka baik sudah kasi naya sama korang? Geram tak? Bengang tak? Tension tak? Aku rasa segala macam perasaan tu ada dalam diri aku sekarang.

Kadang-kadang aku ni senang sangat percaya kat orang. Ye lah....kalau niat tu nak menolong orang lain especially apabila dikaitkan untuk menolong keluarga, apa salahnya kan? Tapi akibahnya...diri sendiri teraniaya.

So, nak tak nak akulah yang terpaksa menanggung bahana dek buatan orang lain. Tak pasal-pasal je spoil tahun 2009 aku ni.

Buat si mamat yang bernama H^^Y^^ tu, mamat yang menganiaya aku tu, aku nasihatkan kat ko, you BETTER come and see me to solve problem yang ko sendiri create. Kalau ko masih buat dunno je, ko akan tau lah lepas ni langit tu tinggi atau rendah. Tahap sabar aku ada hadnya. Dan doa orang teraniaya ni selalunya termakbul. Inshallah.

Tuesday, January 13, 2009

BUSY GILER!!

Dua tiga menjak ni punyalah busy giler...tak sempat pun nak jengok-jengok blog. Banyak sangat benda nak kena buat. Sekarang ni kena berkampung kat KL ada meeting. Banyak benda nak kena settle sebelum kena pindah ni.

Nantilah kalau sempat aku akan hapdetkan mana yang patut sebab banyak entry tertangguh. Tunggu yek!!!

Tuesday, January 6, 2009

SHOCKING NEWS!!



What a start of a new year for 2009 buat aku bila masuk je kat opis semalam dapat satu surat dari Management dan email susulan dari HR. Yap....aku telah pun diberi tugasan baru yang akan bermula tidak berapa lama lagi.

Perasaanku.....mixed feelings....ada sedih, ada suka dan macam-macam lagik. Sedih sebab aku rasa aku suka dengan apa yang aku kecapi sekarang dan terpaksa melepaskannya. Sedih jugak sebab aku rasa aku masih lagi baru sesangat kat sini. Bak kata orang, kalau pompuan mengandung tu, tak sempatpun nak beranak lagik.

On the ther hand, rasa gembira plak sebab aku rasa ianya merupakan satu cabaran baru buat aku. Ialah, aku ni pun masih setahun jagung tapi kalau diberi kepercayaan untuk menanggung satu tanggujawab yang agak besar, kiranya satu penghormatan besar buat aku.

Anyway, aku take it as a positive move. Inshallah, rezeki ada dimana-mana. Yang penting, aku mesti buktikan yang decision dia orang adalah betul dan tepat setepatnya. Inshallah.

So, kengkawan-kengkawan, tak lama lagi, Orang Rawa kana bersiaran dari tempat lain lah pulak ye.

Tunggu!!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009 - LIVE DARI SYDNEY la plak!!

Assalamualaikum semua,

Orang Rawa ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua. Malam tadi aku adalah antara orang yang pertama sekali sambut tahun baru sebab perangai giler aku yang tak semena-mena terbang ke SYDNEY le plak. Nyambut tahun baru ngan kawan-kawan katanya.

Ok....nanti bile sempat nanti aku akan postkan gambor-gambor yang aku amik malam tadi kat Darling Harbour. Ramai orang bagai nak giler tapi seronok sebab so happening. Kalau kat KL ni tak kuasa aku nak menempoh jem giler tu ke KL dan as usual, aku just stay kat umah amik gambor dari balcony ngadap Sunway Pyramid tu aje.

So, tunggu ya gambor-gambor tu!!!