Monday, September 7, 2009
Hola España….Estoy viniendo. ¡Espera para mí ya!
Dalam sebuk nak beraya ni, aku pun sebuk dengan benda lain. Yalahkan....lepas raya nanti aku akan berangkat ke Spain....inshallah kalau diizinkan Tuhan. So, sekarang tengah sebuk la buat research pasal hotel/hostel, flight, tempat-tempat nak pergi dan lain-lain lagi lah. Masa dah singkat so kelam kabut jugak aku dibuatnya.
Antara persiapan yang aku dah buat:-
Flight Tickets:-
Aku akan menaiki Qatar Airways dari KL ke Doha. Flight aku ni pukul 3.35 pagi dari KL dan dijangkakan sampai ke Doha pukul 6.00pagi hari yang sama. Dari situ, aku kena pulak menunggu flight ke Madrid yang akan berangkat keesokan paginya pukul 1.15pagi. Mungkin aku akan keluar kejap kot jalan-jalan kat bandar Doha tu tengok apa yang patut.
Tiket dari KL ke Madrid
Pergh...lama tu dalam 20 jam aku lay over. Alamat melepak lamalah aku kat Doha Airport tu. Sure bosan giler.
Penantian itu penyiksaan
Ni plak tiket yang aku beli dari dari Vueling Airlines (LCC kat Spain)dari Madrid ke Barcelona. Tiket dia semua sekali berharga EUR117. AKu dah check dah ia nya antara yang termurah. Kalau aku naik speed train AVE, harga nya plak EUR160 dan ambik masa 3.5 jam. Naik flight ni 1.5jam aje. Jimat masa aku...jangan jadi delay macam Air Asia sudah!!
Ticket dari Madrid ke Barcelona
Sampainye di Madrid, aku akan stay kat pension/motel di area city centre dia. Aku masih memilih lagi sekarang mana nak stay sebab harganya agak mahal. Website hostelworld.com menjadi rujukan aku. Inshallah dalam 2-3 hari ni aku akan dapatlah.
Mintak mahap encik...hotel ni mahal...mampu ke?
Manakala di Barcelona pulak, aku dah confirm tempat tinggalnya. Aku dapat a very good offer dari Casanova Home Bed & Breakfast yang terletak kat Eixample, the shopping district katanya yang cuma 5 minit berjalan kaki ke tempat-tempat utama di Barcelona. So, aku dah kompirm dah tinggal sini. Ok ke tak, nanti bila aku dah stay aku akan share ngan korang yek.
Untuk trip ke Spain ni, aku dah plan dah benda-benda yang aku nak tengok dan buat. Antara top things in my list ialah:-
a)Menonton tarian Flamenco
Oit...tangan ko baik-sikit ya...jangan menggatal!!
Ini memang kena tengok sebab Flamenco memang terkenal di Spain. Flamenco ni selalunya persembahan tarian solo yang banyak tepuk2 tangan ala pok amai-amai tu beserta hentakan kaki berirama dan digabungkan dengan pemain guitar dan sedikit nyanyian. Memang lainlah dari dangdut yang kita selalu tengok kat Malaysia tu. Lain sesangat.
b)Melihat bullfighting
Ermm....buat korban Raya Haji ok gak nih!
Aktiviti ni sebenarnya menjadi kontroversi sikit sebab melibatkan penyeksaan ke atas binatang tapi di Spain, ianya merupakan 'traditional games'. So, kena tengok ni dan experiance ambiance di dalam stadium lawan lembu ni.
Bogel OK...bunuh lembu NO...ada paham?
c)Menjejak Kilometer Zero
Ianya terletak di Puerta del Sol di Madrid dan dikatakan tempat noktah dimana semua tempat di Spain disukat dari situ. Tempat ni agak terkenallah jugak dan aku rasa worth seing and visiting. Ala-ala pechinta sejarah katanya.
d) Naik Cable Car di Teleferico, Madrid
Cable car Langkawi dah naik, naikla plak kat Madrid...kan?
e)Melawat Avila
Avila merupakan sebuah bandar kecil tak jauh dari Madrid yang diishtiharkan sebagai World Heritage site. Ianya terkenal dengan bangunan medieval lama bersejarah dan harus dilawati. Aku suka tegok castle lama ni macam kat Scotland dulu.
f)Melawat Segovia
Segovia pun merupakan satu lagi pekan kecil tak jauh dari Madrid. Ianya jugak terkenal dengan bangunan lama yang masih kukuh dan bersejarah seperti monumen Aquaeduct dan AlCazar.
Untuk pengetahuan korang, package day trip dari Madrid untuk twin cities Segovia dan Avila ni cuma berharga USD90. Trip ni akan pergi waktu pagi dan balik petang. So, a must daily trip thing to do kalau ke Madrid. Haris berbaloi baloi Celcom.
g) Park Guell, Barcelona
Park Guell merupakan satu tempat yang harus dilawati di Barcelona. Ianya merupakan satu taman dia atas bukit yang yang dipenuhi dengan senibina manarik lagi tertarik. Ianya diilhamkan oleh Antoni Gaudi (arkite terkenal Spain)dan dibina dari tahun 1900 to 1914. Mak oi...lama tu. Ianya jugak merupakan UNESCO Heritage site.
h)La Sagrada Familia di Barcelona
Satu lagi ciptaan terkenal Antoni Gaudi (wah...ngetop betui dia ni)yang begitu terkenal. Ianya dikata sebagai satu landmark penting yang kat mana-mana di Barcelona tu korang akan nampak punya. Gereja ni punyalah tinggi dan begitu berseni. Memang kena tengok ni.
i)La Pedrera Barcelona
Satu lagi tempat yang agak unik senibina dia. Memang terkenal dan harus ambik gambor pose baik punya kat depan bangunan ni. Tunggu!!!
j)Try makan Paella
Paella
Paella merupakan makanan tradisi Spain yang dibuat dari nasi. So, bolehlah aku try seafood paella nanti. Jangan rasa dia macam palat sudah.
k)Melawat Real Madrid & Barcelona Stadium
Real Madrid Stadium
Barcelona Stadium
Ini memang kena pergi lawat. Kalau dulu kat Manchester aku pergi Old Trafford, so kenalah melawat stadium terkenal ni. Mana tau kot-kot nampak star-star dia ke. Kalau tak pergi, mau kecik hati si Ronaldo & Thierry tu kat aku nanti.
Lu jangan tak datang bro....
Ronaldo kat jenguk...aku camana plak bro?
l)Hard Rock Cafe Madrid & Barcelona
HRC Madrid
HRC Barcelona
Ini memang wajib memandangkan aku ni kan ke Duta HRC? Haruslah beli T'shirt ataupun souvenir dia. AJ....ko nak bear HRC tak?
Dan yang paling last sekali yang aku WAJIB buat kat Madrid & Barcelona ni tak lain tak bukan SHOPPING. Kan ke ZARA brand dari Spain? Haruslah murah giler especially kalau tengah SOLDE (sales la tu). Tak sabar ni.....tapi shopping ciput-ciput je la....ikut budget. Dapat 5-6 helai cukuplah....boley???
Mintak seposen nak shopping ZARA?
ZARA made in Spain
So, itulah perancangan awal aku apa yang aku nak buat kat Spain nanti. Ini cuma perancangan aja, ketentuannya dari Allah Taala kalau iaNya mengizinkan. Inshallah!!
Hola España….Estoy viniendo. ¡Espera para mí ya! (korang googlela maknanya ye!!)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Kat Barcelona nanti naik Bus Turistic tu, ada 3 line
Salam, spain..hmmm...looks such an interesting trip..maybe one sweet day.
nak tanya sket. me and my fren ada intention nak ke vietnam mungkin bulan sepuloh. saje nak ringan2kan otak dalam 2 3 hari.
any tips?
Salam Bro...
sah2 you dah x ader feeling2 raya kan?..feeling2 Sepanyol gittew...
my big kisses for Thierry Henry hokeh...heheheh...
Ano...memang kena trip tu...memang suka sgt naik double decker ni.
Fuzzy...tips banyak...nak makanan halal ke, tempat shopping ke etc?
Nor...tu la...sekarang pun dah selang seli dengar lagu raya dan lagu spanish...excite ni!
alaaa..jelesnya. I gi coti-coti lambat lagi. Gi solo ke?
bole tolong email tak tips utk hotel and halal food kat ho chin min city plus the sight seeing. Budget sederhana ajer. Yg ringkas2 ajer.
might p lepas raya. sbb so sudden my fren byk bz bulan seploh onward.
email to fadzylah@yahoo.com
Thanks in advance.
wahh nama hotel tak tahan... Casanova. selamat berjalan-jalan dan selamat berhari raya abg zul
ai kejelesan.
Leez..pergi solo dan di madrid maybe join my frens dari qatar...tapi itinerary ia terlalu banyak..i nak stay 1-2 tempat je relax2.
Fuzzy...inshallah nanti saya emailkan.
Sepul...thanks...kelalllas nama aje..tapi hotel murah. Selamat hari raya jugak.
Siti....one day try le!!
abg..
samat terbang..
ehh, nih kira dah smpi sana dah laa kan..
enjoy..!!
beshnyaaaaaa ....
murah rezeki bang zul
pesan hrc !!
:D
aduhh.bestnye jalan2x...
saya tengah menghitung tahun nak grad ni.. nak pi jalan2x jugakk..
Post a Comment