Sunday, September 13, 2009

SATU CERITA LAMA YANG PANJANG!!!



Pagi tadi tengah aku mengemas barang-barang maklumlah minggu depan dah nak balik dan lepas tu nak ke terbang plak, so aku terjumpalah satu benda ni.

Sesuatu yang amat bererti bagi aku dan aku anggap sebagai salah satu pencapaian perbadi. Dan ianya juga merupakan satu pengorbanan besar ataupun 'big decision' yang terpaksa aku buat demi masa depan aku.

Ya....sebenarnya aku pernah diterima masuk dan ditawarkan sebagai Pegawai Tadbir Diplomat (PTD)di dalam agensi Kerajaan. AKu rasa korang taukan apa PTD ni....kalau tak tau tu.....takpa no problem.

Percubaan pertama yang aku buat untuk memasuki PTD ni sebenarnya atas suka-suka je sebab ikut kawan-kawan lain. Kalau korang yang pernah merasa korang taulah betapa siksanya untuk mendapat tawaran ni. Mula-mula kena amik test - test dia aku tak ingat la tapi tak silap aku ada BM, English, Math, Ketatanegaraan dll. Masa tu aku ingat lagi aku ambik test kat Melaka sebab tengah outstation masa tu (curi larik kejap).

Pemohonnya punyalah ramai....beribu kao!!! Test ni dibuat di banyak tempat seantaero Malaysia. Lepas 2-3 bulan kot (tak ingat dah), result akan keluar dalam JPA website. Punyalah suspen sebab semua nama seluruh pemohon di Malaysia akan dipublishkan.

Second stage plak, lepas test kena plak amik 3-4 days ujian kat INTAN KL. Kat sini lagi susah sebab setiap orang akan ditest dari segi public speaking in Malay & English, debate dll termasuk ujian kecergasan fizikal. Tak salah aku kena lari 1.7km (tak silap akula)dan beberapa aktiviti kecergasan lain.. Kalau fail alamat bungkus la jawabnya. Masa kat sini, kami akan digroupkan dan masa nilah kenal ramai member-member baru. Ramai yang telah bekerja dan ada gak la yang fresh grad tapi tak ramai rasa aku. Jangan tak caya, antara yang datang tu, ramai jugak yang dah cuba 4-5 kali tu....ermmm memang nak masuk sesangatlah kot PTD nih!!

Dari beribu-ribu pemohon tu, hanya yang bernasib baik je dipilih untuk ke stage terakhir iaitu interview kat Putrajaya. Masa ni aku dengar yang dishortlisted dalam beratus jugak dan semua dikumpulkan di Putrajaya. Interview diadakan beberapa hari sebab ramai tu yang dipanggil.

Aku ingat lagi aku upah satu abang regular taxi driver aku untuk bawak interview ke Putrajaya. Maklumlah masa tu kereta pun tak mampu nak beli dan aku pun tak pernah sampai Putrajaya. Aku upah dia dari Pandan Jaya (umah aku) dan kenalah jugak berpuluh ringgit. Untuk interview ni kenalah pakai smart-smart - kena pakai tie, kot segala. First impression itu penting maklumlah nak jadi pegawai atas kerajaan.

Aku sampai agak lewat dan lepas register, aku kena masuk dalam satu dewan. Bukak je pintu, terkujat aku dibuatnya sebab punyalah ramai yang dah datang dan semua tengah tunggu untuk nama dipanggil. Kat dalam tu ada lebih kurang 15-17 bilik interview dan satu bilik tu akan ada 2 panel interviewers yang terdiri dari JPA Directors dan orang-orang kuat Gomen la. Giliran aku, aku diinterview oleh seorang Melayu dan seorang Singh. Muka garang giler dan interview was conducted in English. Aku rasa interview agak OK cuma dia orang banyak tanya pasal hal-hal negara, pendapat tentang isu semasa dll. OKlah...aku quiet confident dan masa tu macam boleh rasa dapat.



Selepas beberapa bulan, result pun keluar. Aku dapat registered letter besar bagak dan tebal. Letter of Offer dan details semua ada dalam tu. masa tu syoknya tak terkira. Maklumlah akunya first attempt dan terus sangkut. Member-member lain yang aku kenal masa stage 2 ada yang dapat dan ramai yang tak dapat actually. Sedey.....dan aku dengar dalam 20 orang je yang ditawarkan dari beratus yang attend interview tu. Memang rezeki aku lah tu!!



Surat tawaran JPA - Pegawai Tadbir Diplomat

Dan nak dijadikan cerita, masa ni jugaklah aku dapat offer dari Company aku sekarang. Wah....double offers nih....pening aku dibuatnya. Tawaran dari Company aku ni agak OK jugak dan yang best tu ianya memberi peluang aku untuk berjalan-jalan. Part ni yang aku nak sesangat sebab memang aku suka benda tu. So, mulalah aku dalam dilema....mana satu nak pilih. Tanya gak member2 kamcheng dan sedara mara. Macam-macam reaksi tapi aku must make-up my own mind sebab yang nak kerjanya aku bukan dia orang. Selepas fikir habis-habis, aku dengan cara baik dan profesionalnya menolak tawaran dari pihak JPA tu. Yalah....dah le susah nak dapat alih-alih dah dapat reject plak.


Feninglah ana...mana satu nih??

Alhamdulilah ada hekmatnya sesuatu yang terjadi itu. Aku memilih untuk bekerja di sini dan so far aku happy dengan apa yang aku buat. Hasrat aku nak keluar merata tempat hampir tercapai walaupun belum semuanya. At least kata orang kayuh plan-plan. Ada rezeki adalah tu........dan kalau tak kerana Company aku skarang, mungkin aku pun tak merasa untuk mencari pengalaman bekerja dan tinggal di negara orang....so far di Phuket dan Saigon. Lepas ni plak kalau ada rezeki, ke tempat lain la plak.....inshallah mudah-mudahan!!


Dunia dalam genggaman?

So bukan nak berbangga dan masuk bakul angkat sendiri tapi bagi aku ini merupakan kejayaan peribadi aku walupun ianya tak direliasasikan. Begitulah alkisahnya........

5 comments:

[siti] said...

kawan saya pun ramai try ptd, ade yang berulang2 kali tak dpt. ade sorang tu 2 kali try baru dpt. skrg dah masuk office la, tak susah nk buat keputusan since previous employer die mmg tak best. hehe.

orangrawa said...

Siti....memang rezeki masing2lah kan?

Mother of Two said...

takde rezeki nak kerja ngan Gomen namanya tu.. anyway susah jugak yer byk kali kena interview

orangrawa said...

Sheila...memang susah sebab PTD tu kan ke ramai yang nak masuk....tapi tak kesahlah kan...aslakan bahagia ngan apa yg dibuat skrg!!

orangrawa said...

Sheila...memang susah sebab PTD tu kan ke ramai yang nak masuk....tapi tak kesahlah kan...aslakan bahagia ngan apa yg dibuat skrg!!