Monday, September 14, 2009

SAIGON - PART 1


Xin Chao all - saya lulu Miz Vietnam

Asalamualaikum semua.

Posting kali ni macam ala-ala Lonely Planet la aku nak cerita sikit pasal Saigon Vietnam ni. Bukan apa, ada gak kawan-kawan dan pembaca blog aku tanya pasal Saigon - mana nak cari makanan halal, shopping kat mana best, hotel murah stay mana etc so aku pun rasa apa salahnya berkongsi informasi....tak luak pun kan?

So, aku akan ceritakan serba sedikit mengenai Saigon dengan cara yang agak simple dan mudah dipahami. Tapi kena lah buat few entries sambung-sambung.

a)Taxi Dari Airport Saigon

Sampai je korang kat International Airport Saigon ni,sila keluar dari bangunan tu dan menghala ke main road untuk mencari taxi. Dalam arrival hall tu memang ada jual tiket taxi tapi mahal. Lepas je keluar dari bangunan tu (masa ni orang ramai kat luar), korang belok kiri dan terus berjalan kedepan. Dalam 20 meter akan ada satu terminal taxi kecil dimana semua taxi berbagai jenis menunggu penumpang.


Mai Linh Taxi - kaler putih dan hijau

Nasihat aku korang amik 2 Company taxi aje iaitu Mai Linh ataupun Vinasun. Ini antara taxi yang reliable. Yang lain-lain tu kadang2 meter dia macam air....overcharge le jawapnya walaupun pakai meter. Korang cakap je Malinh or Vinasun nanti staff dia akan approach korang. Tambang dari airport ke city centre dalam VND70,00 - VND100,000 or less aje.

VND10,000 = RM2

b)Hotel di Saigon

Hotel di Saigon agak mahal especially international chain hotels. Tetapi, local hotels yang agak berpatutan harganya pun melambak-lambak. Kalau local hotels, lokasi dia merata-rata especially kat shopping area di Dong Khoi St dan Bent Thanh Market area. Harganya untuk satu superior single or double dari USD25 onwards. Segala keperluan asas ada dalam hotel ni i.e. own bathroom/toilet, tv, aircond, wireless etc. Not bad dan selesa cuma taklah glamer hotel ni macam Hyatt, Sheraton, Caravelle etc.

Antara hotel-hotel murah tapi ok ialah rangkaian A&EM Hotels yang terletak di merata-rata lokasi. Very afforadable dan convenient dan ramai orang Malaysia duduk sini. Antara hotel lain plak ialah Asian Ruby Hotel . Kat sini,agak mahal sikit tapi checkout inernet offer dia...kalau ada promo memang murah. Lagi satu korang boleh try Saigon Hotel kat Dong Du St (opposite masjid). Hari tu kawan aku stay sini double bed untuk 2 orang cuma USD37 je. Lokasi paling tiptop kat Dong Khoi area.

c)Makanan Halal di Saigon

Kat sini, makanan halal tak susah jumpa dan ada lebih kurang at least 7 restoren halal yang terletak betul-betul di tengah District 1 ni. District 1 merupakan the main area where all shoppings, hotels, happening places etc.

Antaranya:-

1)Halal@Saigon - 31 Dong Du, District 1, HCMC.


Halal@Saigon - dari jaffpoint's blog

Lokasi dia berdekatan dengan Hotel Sheraton dan opposite dia ada Masjid Jamek Dong Du. Kat sini makanan yang diserve adalah makanan halal Melayu dan Vietnam. Kalau rindu nasik lemak, mee mamak, teh tarik memang boleh jumpa kat sini. Makanan Vietnam halal memang banyak jugak seperti 'Pho' dll. Ownernya seorang wanita India bernama Dr Shimi.


Pho

2)D'Anjung @ Parkson Le Than Thon/Dong Khoi St, Disrict 1 - Food Court 4th Floor

Kat sini makanan disajikan adalah makanan nasik campur Melayu. Ownernya nama Kak Hazel. Nasik lemak, kueh melayu dan teh tarik pun ada kat sini. Satu set nasik lemak dengan lauk ayam dalam VND50,000 ataupun RM10. Dari sini ke Halal@Saigon dalam 5 minit jalan kaki. Parkson ni sebelah Hotel Continental/Opera House/Eden Mall. Sure jumpa punyalah.

3)Bombay Restaurant - 59 Dong Du St, District 1, HCMC.



Ini restoren Indian muslim yang serve nasik briyani, roti canai, teh tarik dan ada jugak goreng-goreng. Kedai ni betul2 opposite Sheraton Hotel dan satu baris dengan Halal@Saigon. Satu briyani ayam dan teh tarik dalam VND100,000 or RM20.

4)4 Seasons Restaurant/Bon Mua - 2, Thi Sach St, District 1, HCMC.


4 Seasons Restaurant - dari rezafaizal's blog

Kat sini ada makanan Melayu dan Vietnam. Teh tarik, roti canai, roti telur pun ada sini. Try nasik ayam dia, aku suka sebab sedap....pada lidah aku la. Lokasi dia jalan kaki je dari Sheraton Hotel dan sebelah Disco Apokalips.

5)Curry House - belakang Masjid Jamek Dong Du - opposite Halal@Saigon


Masjid Jamek Dong Du - dari jaffpoint's blog

Kat sini korang kena gunakan masjid entrance dan kemudian pergi ke belakang masjid tu. Makanan adalah kari ayam, kambing, udang dll. Simple tapi ramai gak orang makan sini termasukla omputih. Hari Jumaat selalu full house especially sebab orang akan makan dulu sebelum pergi sembahyang Jumaat.

6)Tandoor Restaurant - 103, Vo Van Tan Street, Dist 3, Saigon

Ini restaurant Indian food dan terletak betul2 disebelah kiri Hotel Park Hyatt Saigon. Kat sebelah restoran ni ada KFC (tak halal). Dari sini ke Parkson dalam 5 minit jalan kaki je. Walaupun alamat dia di District 3, tapi sebenarnya dalam District 1 jugak.

7) Lion City Halal Restaurant - 98,Le Lai St,Ben Thanh Ward, District 1, HCMC.

Satu lagi restorant halal tapi jangan salah masuk sebab dia ada 2 lagi cawangan yang tak halal. So, yang address ni yang halal punya. Milik warga Singapore dan makanan halal disupply oleh Ustaz Yusuf.

Perlu diingatkan bahawa harga makanan halal di Vietnam adalah agak mahal dan memang korang takkan dapat punya harga makanan Malaysia. So, janganlah terkejut plak ya!!!

Next entry pasai shopping plak ye!!!!

7 comments:

Norr said...

Assalamualaikum w.b.t;

Bro - since campaign "Sweeping Malaysian" by Indons...so kena ubah destinasi ke Saigonlah pulak. interesting info....

Selamat Berpuasa...

orangrawa said...

Nor...ya betui...tak payahla ke Indon skrg...bahaya!!

sepul said...

emm saye dah beli tiket ke Jakarta this november. tataulah mcm mana. emm ala apa susah agak2 tak jumpa kedai makan halal ni call je abg zul gi makan kat rumah dia boleh? heheheh

[siti] said...

last time ke sana kami ada pegi makan di kedai ni, nama dia sate house kalau tak silap. ownernya Malaysian. Tak tau la ade lg ke kedai tu.

orangrawa said...

Sepul...boleh je call kalau sesat.

Siti...Satay House dah pindah ke VSIP...dah jauh dari District 1. Tokey dia muallaf my friend.

NN said...

ok..
good info abt halal food..
how mahal is mahal..??

ard RM30 per meal..??
mcm kat HK..??

kira byk la jugak ehh halal food sana..ok, xrisau sangat..

MOLY said...

woww .. ini sudah bagus bang ...
thanks for sharing
i loike !!
:D