Saturday, August 29, 2009

NEXT TRIP......

Sekarang ni tengah busy nak buat persediaan untuk berjalan bulan depan. Inshaalah kalau diijinkan Tuhan, raya ketiga aku dah terbang dah makan angin sambil melihat tempat orang.

Sbenarnya last minute punya plan sebab mula-mula ari tu ingatkan nak ke Jepun tapi rasanya trip ke negara matahari terbit tu kena postpone la dulu. So, aku tukar plan la sudahnya.

Spain merupakan destinasi terbaru aku....MADRID dan BARCELONA ada dalam plan sekarang. Tiket kapal dah beli cuma tengah surf internet nak cari tempat tinggal. Aku ni hostal pun jadi janji murah.....so boleh la guna duit yang lain buat shopping ke etc. Hostel/hotel tu untuk tido je......tak yah nak buang2 duit duduk tempat mahal-mahal..





So, mudah-mudahan semua OK dan berjalan lancarlah hendaknya...

Thursday, August 27, 2009

HARD ROCK CAFE SAIGON - SOON!!

Tak lama lagi kat Saigon akan dibuka

HARD ROCK CAFE SAIGON



Lokasinya di bangunan Plaza Asiana Kumho dan dijangkakan akan dibuka pada bulan October nanti.

Tungggggguuuuuu!!!!!!!

TEH TARIK SELEPAS TARAWIKH @ SAIGON



Salam semua.

Dah lama tak hapdet blog ni. Malas pun ada.....taakda benda nak cerita pun ya jugak.

Anyway, sajalah nak berkongsi aktiviti di bulan Ramadhan di Saigon ni. Alhamdulillah so far Tarawikh tak tinggal lagi....mudah-mudahan bertahan.

Dan seperti menjadi kebiasaan kawan-kawan sini, lepas Tarawikh kita orang ramai-ramai lepak pekena teh tarik.

Best sebab rasa macam kat Malaysia rasanya....cuma teh tarik dia tu kureeeeeeng kow sikitla dari teh tarik mamak Malaysia.

Saksikanlah.......














Itulah aktiviti kami.....

SALAM RAMADHAN DARI SAIGON



Kedatangan nya dinantikan semoga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini!

Sunday, August 9, 2009

BUSY GILER!!

Sekarang ni tengah busy giler sebab next week kena berkampung kat Subang ada regional meeting. Banyak benda kena buat maklumlah staff aku tengah cuti so terpaksalah boss dia yang kena buat semua.

Tahap busy aku memang giler sampaikan......................



Tension....tension...tension!!!

Wednesday, August 5, 2009

BERBALOI TAK BERBALOI



Minggu lepas masa balik KL ada tengok Konsert Search Di Awan Biru. Konsert tajaan Celcom ni memang kutunggu-tunggu maklumlah aku ni memang peminat tegar rock kapak.

Konsert berlangsung di Bukit Qiara dan aku beli tiket rega macam kat bawah ni. Malas nak citer panjangla sebab upset dengan konsert yang diwar-warkan sebagai antara terbaik ni. Baru lagu kedua dah blackout sOund system dia. Apa ke halnye yope sampai begitu sekali. Lepas tu sound system dia terus jadi hampeh.....spoilt giler rasanya.



Satu lagi aku kurang puas hati sebab pilihan lagu2 malam tu kurang menarik.Banyak lagu2 ngetop Search takda....lagu2 baru yang kurang popular plak banyak.

Beberapa gambar aku ambik tapi lokasi aku kurang menarik so tak banyak gambar best aku dapat.



















Search should do better on their next concert....kalau tak jadila TAK BERBALOI BALOI!!!

Saturday, August 1, 2009

MENCARI DI AWAN BIRU



Bulan madu diawan biru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu diatas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang suci tak terbanding
Sesuci embun pagi

Yeah.....saat yang kutunggu.....jumpa disana disana disana!!!