Tuesday, July 8, 2008
TEMPAT JATUH LAGIK DIKENANG......
Visa aku akan lupus tarikhnya minggu depan. So, maknanya aku kena balik KL. Yes....best nye. Memandangkan pejabat konsulat Thailand kat KL cuma beroperasi dari Senin ke Jumaat, so maknanya aku pun akan bercutila minggu depan untuk menyelesaikan urusan nih.
Tak sabar rasanye nak tunggu Jumaat ni sebab malam tu aku akan balik ke KL. Tiket baru je dapat tadi dan boss aku yang kat Bangkok tu dah pun approve cuti aku untuk hari Senin dan Selasa depan.
Niat hati inshallah akan balik ke kampong hari Sabtu ni menjenguk ibu dan adik beradik yang lain. Tapi tak boleh lama le sebab Senin aku dah kena pegi settlekan visa aku KAT KL.
Camana agaknya umah aku kat SubangJaya tuh? Jadi tempat lepak kawan-kawan adik aku kah? Bilik mandi dan toilet bercucikah? Mintak-mintak semuanya ok le. Adik aku yang ditugaskan untuk tinggal dan menjaga umah aku tu pun tau aku akan balik minggu ni. So, kalau keadaan umah aku tu tunggang langgang dibuatnye memang adalah yang nak kena lahar nanti.
Ermmm....dah terbayang-bayang nasik lemak, teh tarik dan roti canai Malaysia. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagik dikenang, inikan pula tempat menangis?? (errr...ada nangis kah???)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
nak balik dah yeee
enjoyyyyyyyyyyy
;)
yezzzza.....best betui.
boleh kenalan??
sudi-sudikan.....anonymous
balik/..jgn lupa bgtau bila ek..sms bila dah smpai msia...
lama tak jumpa ko...hehe...
awie..aku dah kat kl sampai rabu...
Post a Comment