Sunday, July 6, 2008

COOL SUNDAY

Hari ni hari Ahad. Seawal pukul 10 aku dah bangun (awal ke tuh?). Malas aku nak keluar pergi breakfast so aku masak aje le burger. Nasib baik ada stock dalam peti ais. Air oren ari tu masih ada lagi so aku pun matchkan je lah untuk santapan pagi ni. American breakfast kononnya.

First time aku breakfast kat balconi aku. Not bad jugak sebab suasana dia agak nyaman. Sambil makan sambil aku bukak laptop check apa-apa yang patut. Senang kalau umah ada wireless nih.


Breakfast kat balcony aku - ngadap umah jiran


Pool ada kat belakang tu

Lepas makan dan lepak bagai, aku pun keluar. Ingatkan nak beli barang rumah sikit sebab maklumle umah aku masih kosong lagi. So, aku pun merayau le kat Central Festival saja carik apa-apa yang patut.

Mostly yang aku beli adalah barang keperluan dapur. Aku sambar rice cooker (kot2 nak masak le), pisau, kain lap mulut, tupperware buat isi makanan, sudu, garpu dll le. Senang sikit sebab aku mesti nak pakai benda-benda ni walaupun tak le selalu. Habis banyak jugak aku dibuatnya.

Habis je shopping, aku terstop plak kat satu kedai yang menjual barang-barang home spa "THANN". A well-kown brand dari Thailand dan agak terkenal disini. Kat Malaysia pun ada satu kedai dia kat One Utama.

Actually memang aku minat benda-benda camni almaklumle kat umah pun ada bathtub (wah gitew) so kiranye bolehlah berspa bagai nanti. Sembang punya sembang ngan salesgirl dia yang comel tu (tule sebenornye aku terstop tadi)dan dek terpujukrayu oleh kemanjaan dia yang begitu memberangsangkan minda aku, terussssssssssss aku terbeli.

Sebagai permulaan (nak mencuba katanye), aku beli Aromatherapy Shower Gel yang mengandungi campuran lime dan lemongrass oil yang boleh menyuntikkan 'Oriental Essence'. Sedap bau dia dan begitu refreshing sekali. Banyak jugak bauan lain yang aku test tapi yang satu-satu ni memang aku suka.

Dah dapat shower gel, mesti le kena try body scrub. So awek ni recommend kat aku suruh pakai Aromatherapy Salt Scrub yang mengandungi campuran mint, citrus dan nutmeg oil. Seminggu sekali katanya untuk dipakai untuk mencucikan kekotoran badan. Beria-ia dia menerangkan benda ni kat aku dan akhirnya aku akur untuk mencuba barangan ini.


Body Scrub

Lepas dah dapat shower gel dan scrub, tak cukup syarat kalau tak pakai Sea Foam - Rice Extract Body Milk katanya. Phuket panas dan elok kalau pakai body milk ni sebab ianya akan menyerlahkan kesegaran sipemakainya. Aku iyakan ajalah penerangan awek ni. Lepas try 2-3 jenis, aku pun tertarik dengan campuran mint, thyme, rosemary dan eucalyptus oil. Baunya agak nyaman dan menyegarkan. Senang deria aku menerimanya.


Body Gel & Body Milk

Tak cukup lagik, aku terbeli pulak aromatherapy burner dan minyaknye. Yang ni memang aku nak beli dari dulu sebab umah aircond taruk aromatherapy burner memang sedap. Aku ni suka sangat dengan bau lemongrass ni so aku pun sambar le satu. Berbau nyaman dan segar la rumah aku lepas ni.

So, end-up, aku terbeli 5 barang kat kedai THANN ni. Dapat le discount 5% tapi tak banyak manapun. Anyway, memandangkan benda ni lebih murah dari kat Malaysia, so aku rasa kira berbaloile jugak shopping kat sini.


Thann Home Spa Products

On the way balik, aku singgah kejap kat Index Mall. Kiranya ala-ala IKEA le ni. Barang-barang dia not bad jugak dan barang-barang deco umah memang banyak. Syok aku dibuatnya. Hajat hati aku cuma nak beli barangan untuk bilik mandi aku. Memandangkan aku ada 2 bilik mandi, so kenalah beli 2 set.


Barangan bilik mandi tuan tanah


Untuk second bathroom

Penuh boot kereta aku dengan barang-barang shopping. Dan banyak jugakle wang aku terburai ari nih.


Chantek tak plat kereta tuan tanah?

2 comments:

KNizam said...

perghhhh hebat la rumah neh. mmg cantek sangat dengan balkoni sekali. ngadap pool plak. tuh

orangrawa said...

oh terimasih ...meh le bfast pagi-pagi minggu.