Wednesday, October 28, 2009
SPAIN - PART 1
Salam dari Saigon.....
Apa kabar semua? Punyalah payah aku nak hapdet blog nih. Disamping terlalu banyak sangat kerja ujung2 tahun ni, internet koneksi kat umah aku ni plak macam hampeh. Tak stabil gayanya....kejap-kejap putus...kejap-kejap ada balik....macam biskut chispmore tu (alasan le nih!!!)
Ok.....kali ni aku nak cerite sikit pasal trip aku ke Spain aka ke Madrid & Barcelona. Aku rasa 'picture speaks thousand words' so tak payah la aku tulis banyak-banyak tapi gambar je penuh. Anyway, apa-apa tips akan aku kongsi jugak ye!!
OK....aku start journey aku dari Madrid dan kemudian barulah ke Barcelona naik LCC bernama Vueling Airlines. Tak banyak yang boleh aku cerita kat Madrid ni sebab aku rasa ianya kureeeeng menarik...bagi aku la dan aku sekadar jalan-jalan tengok sini sana aje masa kat Madrid ni.
Secara jujurnya, aku tak minat ngan Madrid ni. Walaupun ianya sebuah bandar yang agak moden dan sibuk tapi contruction in progress merata-rata especially kat tempat tourist. So banyak le tempat2 best yang aku malas nak amik gambor sebab potong stim je tetiba nampak plak tractor, kren dan buruh kasar bagai. Kat sini jugak banyak museum so aku ni bukan nya minat sangat pun tempat2 macam nih!
Ok....kat madrid ni senang nak bergerak sebab ada train so aku pusing ajalah merata. Antara tempat yang aku lawati adalah seperti Puerta Del Sol, Plaza Mayor, Plaza De La Villa, Gran Via dan lain-lain.
Hajat hati nak melihat bull fighting tak tercapai sebab masa tu takda so tengok stadium je lah dari luar. Memang ada plan nak masuk tour dalam stadium bullfight tu tapi dua kali aku terlepas....sampai-sampai dah tutup....itulah akibat tak plan betul-betul.
So, nikmatilah gambar-gambar kat bawah ni....
Hasrat hati nak tengok Real Madrid Stadium tercapai jugak dan aku pun amiklah stadium tour dia yang berharga EUR15.
Real Madrid Stadium Tour
Plan nak tengok bull fight tak menjadi sebab takda perlawanan masa aku disana. Aku plak cuma dapat pergi kat luar stadium Plaza De Toros tu untuk amik gambar....jadilah kan!!
Stadium Bull Fight
Berjalan-jalan diwaktu malam di Madrid agak chantek sebab lampu liplap merata-rata especially kat bangunan-bangunan lama dia. So, aku pun amik la gambar sana sini buat kenangan terindah gitu!!
Madrid at night.
Selama 4 hari 3 malam tu aktiviti aku selain jalan-jalan ada le jugak aku gi shopping. Ada satu factory outlet yang aku pergi kat sini namanya Factory San Sebastian de Los Reyes....kena naik train lepas tu menapak dalam 1 batu dari train station situ. Tidak semenarik factory outlet di USA tapi boleh lah......harga tak berapa murah sangat sebenarnya. Kat sini ada gak aku shopping sikit especially brand Massimo Dutti pasal harga dia jauh lebih murah dari KL..maklumlah ni kan ke Spain punya brand. Memandangkan harga agak mahal, save lah jugak duit aku kat sini.....kalau tak, rabak dibuatnya poket ku!!!
So selepas beberapa hari di Madrid, aku pun amik LCC namanya Vueling Airlines ke Barcelona. Harga yang aku bayar cuma EUR100....kira murah tu!! Aku depart dari Terminal 4 dia yang agak chantek....kaler kuning...aku suka la airport ni!!
T4 Madrid Airport
So macam tulah serba sedikit pengalaman aku kat Madrid. Tak banyak nak cerita sebab kurang menarik dan tak banyak tempat aku pergi.
Tunggulah trip ke Barcelona aku yang lebih menarik......memang best!!
So, tungguuuuu!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
akak rasa awak tak explore betul Madrid.. Madrid besttt..akan duduk sana 3 tahun dik.... ampunnnnnn seronok sangat...
Rasanya akak betul.....sebab saya ni memang main redah je....tu yang tak jumpa tempat yg best....lagi pun 3 days tu rasanya rushing sikit!!
Akak ada tips ke Rome or Paris? Kalau jadik ujung tahun ni ke sana plak!!!
abang pegi sn sorg2 ke?sape amikkan gmbr kt stadium tuh?
wahh...bestnya.
Ni pakai kamera yg baru beli tu ke? Pi sorang2 ke?
Tapi my trip nanti tak singgah sini pun.
Kerol..aah pergi sorang....main suruh je tourit lain tolong amikkan.
Leez...aah pakai kamera baru tu...aah pergi sorang je....kawan2 lain semua nya asyik ada hal je!!
akak ni seluruh europe taula jgk sb akak duduk europe tu dekat 20 tahun dik... skrg je akak sekeluarga dah ada di KL. akak dah bosan dah duduk negara orang. hubby akak pon dah bersara.. rome dan paris tu senang je dik...tk susah pon
Post a Comment