Wednesday, October 28, 2009
SPAIN - PART 1
Salam dari Saigon.....
Apa kabar semua? Punyalah payah aku nak hapdet blog nih. Disamping terlalu banyak sangat kerja ujung2 tahun ni, internet koneksi kat umah aku ni plak macam hampeh. Tak stabil gayanya....kejap-kejap putus...kejap-kejap ada balik....macam biskut chispmore tu (alasan le nih!!!)
Ok.....kali ni aku nak cerite sikit pasal trip aku ke Spain aka ke Madrid & Barcelona. Aku rasa 'picture speaks thousand words' so tak payah la aku tulis banyak-banyak tapi gambar je penuh. Anyway, apa-apa tips akan aku kongsi jugak ye!!
OK....aku start journey aku dari Madrid dan kemudian barulah ke Barcelona naik LCC bernama Vueling Airlines. Tak banyak yang boleh aku cerita kat Madrid ni sebab aku rasa ianya kureeeeng menarik...bagi aku la dan aku sekadar jalan-jalan tengok sini sana aje masa kat Madrid ni.
Secara jujurnya, aku tak minat ngan Madrid ni. Walaupun ianya sebuah bandar yang agak moden dan sibuk tapi contruction in progress merata-rata especially kat tempat tourist. So banyak le tempat2 best yang aku malas nak amik gambor sebab potong stim je tetiba nampak plak tractor, kren dan buruh kasar bagai. Kat sini jugak banyak museum so aku ni bukan nya minat sangat pun tempat2 macam nih!
Ok....kat madrid ni senang nak bergerak sebab ada train so aku pusing ajalah merata. Antara tempat yang aku lawati adalah seperti Puerta Del Sol, Plaza Mayor, Plaza De La Villa, Gran Via dan lain-lain.
Hajat hati nak melihat bull fighting tak tercapai sebab masa tu takda so tengok stadium je lah dari luar. Memang ada plan nak masuk tour dalam stadium bullfight tu tapi dua kali aku terlepas....sampai-sampai dah tutup....itulah akibat tak plan betul-betul.
So, nikmatilah gambar-gambar kat bawah ni....
Hasrat hati nak tengok Real Madrid Stadium tercapai jugak dan aku pun amiklah stadium tour dia yang berharga EUR15.
Real Madrid Stadium Tour
Plan nak tengok bull fight tak menjadi sebab takda perlawanan masa aku disana. Aku plak cuma dapat pergi kat luar stadium Plaza De Toros tu untuk amik gambar....jadilah kan!!
Stadium Bull Fight
Berjalan-jalan diwaktu malam di Madrid agak chantek sebab lampu liplap merata-rata especially kat bangunan-bangunan lama dia. So, aku pun amik la gambar sana sini buat kenangan terindah gitu!!
Madrid at night.
Selama 4 hari 3 malam tu aktiviti aku selain jalan-jalan ada le jugak aku gi shopping. Ada satu factory outlet yang aku pergi kat sini namanya Factory San Sebastian de Los Reyes....kena naik train lepas tu menapak dalam 1 batu dari train station situ. Tidak semenarik factory outlet di USA tapi boleh lah......harga tak berapa murah sangat sebenarnya. Kat sini ada gak aku shopping sikit especially brand Massimo Dutti pasal harga dia jauh lebih murah dari KL..maklumlah ni kan ke Spain punya brand. Memandangkan harga agak mahal, save lah jugak duit aku kat sini.....kalau tak, rabak dibuatnya poket ku!!!
So selepas beberapa hari di Madrid, aku pun amik LCC namanya Vueling Airlines ke Barcelona. Harga yang aku bayar cuma EUR100....kira murah tu!! Aku depart dari Terminal 4 dia yang agak chantek....kaler kuning...aku suka la airport ni!!
T4 Madrid Airport
So macam tulah serba sedikit pengalaman aku kat Madrid. Tak banyak nak cerita sebab kurang menarik dan tak banyak tempat aku pergi.
Tunggulah trip ke Barcelona aku yang lebih menarik......memang best!!
So, tungguuuuu!!!!!!
Wednesday, October 21, 2009
SALAM SEMUA.....
Salam semua...
Lama betul aku tak hapdet blog ni....sebuk memanjang dan mood pun lepas cuti ni malas sikit.
So, korang sure nak tau apa yang aku buat kat Spain ari tu kan? OK nanti aku cerita secara ringkas dan gambar-gambar aku taruk kat sini JUGAK nanti.
Ada 2 lagi entry aku nak masukkan jugak selain dari Spain trip tu...satu masa raya dan satu lagi pasal open house raya kat Saigon.
So, tunggu sat no........tengah nak buat ni!!!
Lama betul aku tak hapdet blog ni....sebuk memanjang dan mood pun lepas cuti ni malas sikit.
So, korang sure nak tau apa yang aku buat kat Spain ari tu kan? OK nanti aku cerita secara ringkas dan gambar-gambar aku taruk kat sini JUGAK nanti.
Ada 2 lagi entry aku nak masukkan jugak selain dari Spain trip tu...satu masa raya dan satu lagi pasal open house raya kat Saigon.
So, tunggu sat no........tengah nak buat ni!!!
Monday, October 5, 2009
LETIH TAK ABIS DAH KENA.....
salam...
Baru je balik dari Spain semalam....pagi ni sampai Saigon dah dapat call esok kena ke Hanoi ada meeting......aduhhhh.....capek pak....letih tak abis dah kena meeting.
Lepas tu plak hari Khamis balik KL sampai ahad dan balik semula ke Saigon pagi isnin next week.
Gambar2 dan cerita Sepanyola aku tu tungguuuuuuu!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)