
Beg-beg embroided
Shopping merupakan agenda utama orang Malaysia yang datang ke sini tak kiralah pompuan maupun lelaki. Aku tak pasti ngapa mungkin murah gamaknya. Mungkin ada benarnya tapi tak semua baranglah yang murah tu.
Sekarang aku nak cerita plak tempat yang selalunya orang Melayu kita ni pergi untuk bershopping di Saigon.
a)Bent Thanh Market - top in the list

Bent Thant Market

Lacquerware
Tempat ni kalau tak jejak kiranya lawatan korang tu tak sah lah ye. Sebuah bazaar yang padat dengan macam-macam benda - korang cakap ajelah semua ada. Barang rumah, souvenir, lacquer products, kain-kain, baju, durian, manggis segala ada. Kiranya masa korang tu akan habis kat dalam tu ajalah dari satu kedai ke kedai lain. Perlu diingatkan bahawa kat dalam ni kena bargain....dalam 50% gitu. Tapi mana yang dah murah tu kalau mintak tawar jugak maunye dibalingnye korang dengan penyapu kot.
Pasar ni bukak dari pukul 7 pagi sampai pukul 6 petang aje. Kat dalam ni jangan terkejut kalau budak2 tu cakap Melayu ...abang..kakak...murah-murah....standardlah tu.
b)Kedai Baju Hong Anh
Kedai yang sentiasa jadi tumpuan akak-akak dan makcik-makcik yang giler dengan baju kurung, telekung, tudung, fabrik dan segala macam. Pakaian lelaki pun ada. Orang Melayu yang duduk sini selalunya beli Baju Melayu kat sini je.
Kedai ni ada 2 cawangan:-
1) 110 Nam Ky Khoi Nghia St, District 1 - paling besar dan banyak benda
2) 75 Ly Tu Trong St, District 1 - kedai kecik
Tempat ni punyalah popular sampaikan Permaisuri Agong, Dato' Siti Hasmah, aruah Datin Endon dan ramai lagilah datang shopping sini. Tak caya, masa korang pergi sana nanti, tengoklah segala gambar VIPs shopping kat dalam tu.
Ramai gak orang datang sini borong dan buat bisness kat Malaysia....ramai sesangat.
So far, setiap kali aku lalu depan kedai ni, tak pernah miss orang Malaysia kat dalam tu....gerenti ada especially weekend.
c)Small butik kat Dong Khoi St, District 1
FYI Dong Khoi St merupakan kawasan paling mahal sekali dan berprestige kat sini. Sewa kedai kecik sebulan dalam USD5,000 keatas. Kat sinilah ada butik LV, Lacoste dll. So, tak payah belilah sebab barang2 branded ni Malaysia lagi murah.
Tapi kalau nak tengok2 butik yang banyak jual baju2 perempuan yang lawa-lawa dari silk etc, memang kena datang sini.
Actually kat Saigon District 1 ni terlalu banyak kedai. Kedai-kedai dia kecik je sebab sewa mahal tapi pelbagai benda ada dijual. Kalau nak beg tangan yang chantek dan berembroidery tu memang sinilah tempatnya. Nak tengok crystal bohemian, kat sinilah jugak. Nak beli kain ela lawa-lawa, kat sinilah jugak - so korang kena banyak berjalan dan explore. Tu yang orang pompuan suka datang sini. Sini pun kena bargain.
d)Sports Centre
Sini plak tempat tumpuan orang lelaki Malaysia yang kaki bisnes. Selalunya barangan sukan dari jersey, kasut sukan, sport equipment bags dll. Kat sini barangan bukan nya original tapi quality memang bagus dan look real. Murah plak tu. Still, kena bargain.
So, itulah aku rasa yang selalunya orang pergi kalau datang ke Saigon. Ala kat dalam Bent Thant Market tu pun korang dah letih sebab banyak benda boleh beli.
Untuk pengetahuan semua, kat sini urusniaga dalam USD dan Vietnam Dong. Tapi kalau nak untung pakai USD je sebab dia akan quote dalam USD dan lepas tu kalau dia convert dalam VND punyalah rendah rate dia. Rugi lorrr!!!
Next entry yang terakhir plak aku akan cerita benda2 yang harus korang try kalau ke Saigon. Tunggu!!!