Sunday, July 26, 2009
ALFATIHAH BUAT YASMIN AHMAD
#pic from The Straits Times, Singapore.
DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Berita mengejutkan yang aku cuma baca dalam internet mengenai permergian anak seni Malaysia yang paling berbakat, Yasmin Ahmad.
Walaupun aku bukanlah mengenali Yasmin secara peribadi, tetapi pengalaman bersembang dengan Yasmin didalam telefon selama 1 minit bulan lepas tetap menjadi ingatan.
Aku terbaca didalam blog dia mengenai lawatannya ke Vietnam. So, aku pun sebagai peminat dia memberi komen di dalam blog dia dan meninggalkan nombor telefon aku.
Tak lama selepas tu, aku menerima satu panggilan. Suaranya memang familiar dan terus aku meneka, Kak Yasmin ke ni? Betapa terkejutnya aku bila dia menjawap, "Asalamualaikum Orang Rawa....apa kabar? Masa tu punyalah aku teruja tak ingat....sampaikan dia sendiri ketawa mendengar betapa excitednya aku. Walaupun kami tak mengenali satu sama lain, tetapi she was soooooooo humble!! Macam tak percaya seorang star yang ternama begitu peramah, baik dan humble.
Perkara tersebut cumalah kecil tapi bagi aku ianya merumuskan betapa down to earth nya Yasmin Ahmad sebagai seorang insan yang begitu besar di arena seni kita tapi masih tidak berlagak sombong apatah lagi untuk membesarkan diri.
Buat Yasmin, moga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan didalam golongan-golongan yang dicintai ALLAH. Untuk keluarganya, moga kalian tabah menghadapi dugaan dan marilah kita bersedekah AL FATIHAH buat insan mulia yang bernama YASMIN AHMAD.
ALFATIHAH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
AlFatihah. Moga rohnya tenang bersemadi, Amin.
AlFatihah. wahhh dapat cakap dgn Y.A. best tuuuuuuu ;)
wahh..bestnya dapat bercakap dgn arwah. So humble.
Al-Fatihah untuk arwah.
Berita yg begitu mengejutkan dalam industri hiburan negara.
Bro Zul, Insya Allah offroad ada next week. Nanti sampai Kl you message me.
Al-Fatihah untuk kak Yasmin. Dan apa yang Kosmo lakukan sehari selepas pengebumian kak Yasmin memang patut Kosmo memohon maaf.
Wassallam.
Siti/Sepul/Leez....moga rohnya di cucuri rahmat. Amin.
Ano....yap, tak patut buat camtu..kesian dia dan keluarga dia. KOSMO tak patut!
Leez...ari Sabtu I sms u ye.
Post a Comment