Sunday, July 26, 2009
ALFATIHAH BUAT YASMIN AHMAD
#pic from The Straits Times, Singapore.
DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Berita mengejutkan yang aku cuma baca dalam internet mengenai permergian anak seni Malaysia yang paling berbakat, Yasmin Ahmad.
Walaupun aku bukanlah mengenali Yasmin secara peribadi, tetapi pengalaman bersembang dengan Yasmin didalam telefon selama 1 minit bulan lepas tetap menjadi ingatan.
Aku terbaca didalam blog dia mengenai lawatannya ke Vietnam. So, aku pun sebagai peminat dia memberi komen di dalam blog dia dan meninggalkan nombor telefon aku.
Tak lama selepas tu, aku menerima satu panggilan. Suaranya memang familiar dan terus aku meneka, Kak Yasmin ke ni? Betapa terkejutnya aku bila dia menjawap, "Asalamualaikum Orang Rawa....apa kabar? Masa tu punyalah aku teruja tak ingat....sampaikan dia sendiri ketawa mendengar betapa excitednya aku. Walaupun kami tak mengenali satu sama lain, tetapi she was soooooooo humble!! Macam tak percaya seorang star yang ternama begitu peramah, baik dan humble.
Perkara tersebut cumalah kecil tapi bagi aku ianya merumuskan betapa down to earth nya Yasmin Ahmad sebagai seorang insan yang begitu besar di arena seni kita tapi masih tidak berlagak sombong apatah lagi untuk membesarkan diri.
Buat Yasmin, moga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan didalam golongan-golongan yang dicintai ALLAH. Untuk keluarganya, moga kalian tabah menghadapi dugaan dan marilah kita bersedekah AL FATIHAH buat insan mulia yang bernama YASMIN AHMAD.
ALFATIHAH!
Sunday, July 19, 2009
HANTU ITU GEMBIRA JUGA KAH?
Friday, July 17, 2009
KL PULOK!!
Friday, July 10, 2009
Saturday, July 4, 2009
Farewell & Birthday Party @ My Avalon
Malam Jumaat lepas, kat umah aku ada buat makan-makan sikit. Sebenarnya, salah seorang kawan aku akan balik for good ke Malaysia. Dan secara kebetulan pulak, seorang lagi kawan aku sambut besday pada hari yang sama. So, dia orang ni pun plan la nak buat makan-makan. Memandangkan besday aku pun baru ke lepas beberapa hari, dia orang ajak le aku sekali celebrate sama-sama.
Malam tu, member aku si besday boy yang masak. Mamat ni memang terer masak dan lauk malam tu simple je, nasik tomato ngan ayam masak merah, acar buah, roti jala kuah kari daging dan beberapa lagi makanan yang tetamu bawak. Ramai yang dijemput sebenarnya tapi sebab ramai jugak yang balik ke Malaysia atas urusan kerja, so yang datang adalah dalam 30 orang kot.
Antara makanan malam tu:-
So,tengoklah gambar-gambar yang aku ambik malam tu. Seronok sebab dapat makan ramai-ramai dan makanan pun menyelerakan.
Farewell gift dari aku.
Norly posing ngan hadiah aku
So, to Norly, selamat berangkat semula ke Malaysia dan buat my fren si besday boy, happy besday buat ko.
Wednesday, July 1, 2009
BIRTHDAY CAKE
Subscribe to:
Posts (Atom)