Saturday, January 15, 2011

CUTI-CUTI HAWAII - PART 4 (PEARL HARBOUR)



Kalau ke Honolulu, Hawaii, tak akan lengkap trip korang kalau tak pergi ke Pearl Habour.

Mula-mula aku pun malas nak pergi tapi lepas sembang2 ngan receptionist hotel aku yang lawa tu, terus aku nak pergi. Pandai betul dia ngayat aku.....

Tempat ni masuk free tapi agak jauh sikit dari Waikiki Beach.....so nak senang ambik package je.....tak mahal pun!! Dinasihatkan kalau nak pergi awal2 pagi sebab orang beraturnya punyalah panjang.......popularlah katakan!!

Sebenarnya, ini adalah tempat bersejarah buat orang Amerika......ingat tak movie Ben Affleck berlakon "Pearl Habour" tu? Haaaa....inilah tempat real dan asalnya kejadian tu. Tempat dimana kapal2 perang USA kena bom ngan tentera Jepun......ramai mati!!


USS Arizona Memorial

Pearl Habour yang aku pergi ni dilokasi kapal perang asal yang dipanggil USS Arizona Memorial........tempat yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong di Honolulu......memang bersejarah sangat.


Cantik kawasan Pearl Habour ni!

Kat sini,korang akan nampak simbol utama Pearl Habour yang dipanggil 'Tree of Life' (kalau tak silapla). Ada cerite disebalik benda ni tapi......ada aku kesah??


Tree of Life - simbol Pearl Habour

Kat sini nanti mula2 kita akan masuk tempat penerangan dia.....macam2 sejarah dalam ni boleh baca.....lepas tu ada pulak tayangan dokumentari asal yang ditunjukkan.......aku tengok ramai orang sedih....aku pun sebak le sikit!! Oh ya, security amatlah ketat dan beg tak boleh bawak masuk.....camera no problem!!


Tengok dokumentari kat sini






Dalam muzium Pearl Habour


Kat luar muzium

Lepas abis movie dalam 15 minit, semua orang akan naik satu bot panjang .....akan dibawa ketapak kapal USS Arizona tu yang dah tenggelam.....dan kat atas kapal tu sendiri ARIZONA MEMORIAL dibina.......penuh dengan bunga dan nama2 askar US yang mati. Tempat ini adalah tempat penghormatan buat hero-heroin USA masa perang tu.


Dalam kapal nak ke Arizona Memorial


Kami semua dalam kapal


Menghampiri USS Arizona Memorial

Kalau korang tengok kat bawah memorial tu, masih ada minyak2 yang keluar dari serombong kapal tu......dan rangka dia masih ada dan boleh nampak clear... scarry jugak dibuatnya!


Dalam Arizona Memorial (atas air ni)


Bawah tu kapal USS Arizona


Dalam Memorial


Serombong kapal perang


Peta USS Arizona Memorial


Pose kejap


Nama-nama yang terkorban


Kat dalam memorial


Antara kapal perang yang masih ada


Signage kat luar ambik masa nak balik!!

So ingat, kalau ke Honolulu Hawaii....korang mesti lawat tempat bersejarah ni....kalau tak.....kira kurang lengkap katanya!!

CUTI-CUTI HAWAII - PART 3

Saja nak kongsi ngan korang gambar2 yang diambil masa trip ke Hawaii bulan December itu.

Sangat menarik mengabadikan keindahan Hawaii dan banyak giler gambar2 aku ambik.

Enjoy ye.....

























Wednesday, December 29, 2010

BALIK & MAKAN...dan makan..dan makan!!



Dah lama tak balik KL, 31hb ni aku balik....besttt!!

Banyak benda nak buat ni:-

a)First sekali - nak tengok wayang Hantu Mak Limah Balik Rumah....orang cakap best..mintak2 ada la lagi kat panggung.

b)Pekena nasik ayam kat Restoren Bawang Merah kat SJ...sedap gilerr!!

c)Order Domino Pizza kat SJ....aku suka pizza dia....sedappp!

d)Pergi pasar malam cari keropok lekor dan apam balik.....mantappp!!

e)Makan dan makan dan makan.!!

So aktiviti makan la sebenarnya yang banyak sebab nak termuntah dah aku makan makanan kat Vietnam ni!!

Shopping sempena Year End Sales.....tak main....sebab aku dah pokai giler sekarang sebab balik cuti Hawaii ari tu!!

Ohhh......tak sabarnya nak makan!!!

pst# gambar kat atas tu sekadar hiasan aje yek..tak relevant pun ngan entry nih...kan??

Saturday, December 18, 2010

CUTI-CUTI HAWAII - PART 2


LEI - traditional greeting from Hawaii

OK....apa kata aku sambung balik kisah cuti-cuti Hawaii baru-baru ni.

Kalau ke Honolulu, salah satu tempat yang wajib kena pergi ialah PCC (Polynesian Cultural Centre). Tempat ni the most visited by tourist katanya dan ianya merupakan satu pengalaman yang best untuk mengetahui sejarah dan kehidupan orang2 Polynesia.


Polynesian Cultural Centre

Polynesian Centre ini akan menunjukkan aktiviti di 6 perkampungan - Hawaii, Tahiti, New Zealand, Tonga, Fiji dan Samoa.




Ada banyak package kalau nak kesini....start dari USD40 (untuk show 'HA' aja) ataupun lain-lain. Aku ambik A'ali Luau Package yang termasuk transport, lunch, dinner dan 'HA' show. Semua sekali package aku bayar ni dalm USD120 la. Package aku ni termasuk guided tour yang akan bawak kami orang semua satu kampung PCC ni. Amatlah besar tempatnya dan kalau nak cover kesemua 6 perkampungan Polynesia ni...letih jugak beb!!

Sesampai je kat sini, setiap orang akan di kalungkan dengan 'LEI'....bunga yang kat gambar atas tu. Ini memang tradisi Hawaii dan kalau tak pakai ni...kira tak Hawaii la gamaknya.


Ambik gambar dulu ngan awek Polynesian

Kita orang jugak dibawak naik canoe untuk pusing2 kawasan kampung ni lepas tu stop kat setiap checkpoint untuk melihat aktiviti dia orang.


Lain-lain pelancong yang dalam canoe aku


Aku dalam canoe pusing2 kampung.


Perkampungan PCC


Ni dalam Rumah New Zealand


Aotearoa atupun New Zealand


Pahlawan FIJI


Rumah FIJI

Salah satu acara yang mesti ditonton adalah Canoe Pageant dimana 6 perkampungan ni akan buat show atas canoe masing-masing. Dia orang ni akan menari2 bagai atas canoe tu tapi takla plak terbalik canoe tu.Badan masing2 boleh tahan tapi dah memang terer agaknya tu yang ok je.


Pembukaan Canoe Pageant


Team Tahiti


Team Tonga


Team Hawaii


Team Fiji


Team Samoa


Team New Zealand

Kami sampai di PCC ni tengahari dan sampai lah kemalam sebab finale sekali yang kena tengok ialah show 'HA'. Agak menarik sebab dipenuhi dengan tarian, nyanyian, lakonan, makan-makan api dll. Sesuatu yang harus ditonton dan memang best.

Sebelum start persembahan 'HA', acara tradisi Pesta Luau diadakan dimana KHINZIR BESOR akan dibakar didalam tanah dan lepas tu dihidangkan buat semua untuk santapan. Seriauuu aku dibuat nya sebab KHINZIR BAGAK ni betul2 diletakkan kat meja dua selang dari tempat aku duduk. Sabar je lah......



Upacara Luau - Mari Makan Khinzir Bakar


Ramai giler manusia

Lepas makan, kami semua beransur masuk staium indoor dia un tuks show 'HA. Show nipenuh warna warni dan chantek sangat. Kat bawahni aku share gambar2 masa persembahan 'HA' tu. Ini adalah acara finale untuk malam tu:-















Banyak lagik gambar sebenornya tapi letih nak mengdaunloadnye.....slow hampeh internet kat sini...so aku tunjuk tu je lah ya!!

Kesimpulannya memanglah menarik dan harus korang lawat PCC ni. Walaupun agak mahal tapi berbalaoi-baloi bak kata Celcom. Ticket package yang aku beli ni membolehkan aku datang lagik untuk kali kedua...FOC..tak payah bayar.

Nanti aku cerita plak aktiviti lain aku yek!!