Wednesday, August 13, 2008

ME @ BANGKOK - PART 2

Petang tu masa aku berwindow shopping kat Central World, aku nampak meriah sangat kat sebelah luar tu. Ropa-ropanya ada Anime Contest yang mana budak-budak ni akan memperagakan kostum diaorang yang berdasarkan anime characters....ala popular among japanese teenagers tu.

So, aku pun nyebuk2 le snappy sana-sini. Ada yang ok tapi banyak jugak yang macam tahpahapa tah....






Lepas je tengok benda tu, aku pun menuju ke Suan Lum Night Bazaar..satu lagi market yang aku suka sangat pergi. Bazaar ni bukak malam je...yelah dah nama dia pun Night Bazaar kan?


Bazaar yang macam-macam ada


Pintu Gerbang Suan Lum Night Bazaar

Monday, August 11, 2008

FROM BANGKOK WITH LUST...OPPPS...LOVE!

Jam menunjukkan pukul 1.20 pagi waktu Bangkok ataupun kalau kat Mesia pukul 2.20 pagi la ni. Aku la ni kat Bug & Bee, sebuah cafe yang betul-betul kat depan Hotel Regent at Silom, tempat kediaman aku di Bangkok. Sebuah hotel budget yang amat strategik sebab betul2 depan BT Station Saladeng yang akan menyenangkan pergerakan aku kesini dan kesinun.

Memandangkan perut aku rasa agak lapar yang hamat sangat maka aku pun lepakla kat sini. Tambahan plak kat sini plak ada wifi so chentek sesangat la tu. Malam ni merupakan malam terakhir aku kat sini dan pagi esok aku akan check-out dari Hotel Regent Silom nih.


Nasi goreng sotong dan jus mangga - memang sodap

Ok...nak intro sked. Tujuan aku ke Bangkok ni bukan apa...saja-saja je dan niat aku cuma nak ke Chatuchak Market sebab aku memang suka tempat tu. So memandangkan cuti panjang sampai Selasa so aku pun datanglah sini.


TG202 HKT/BKK


TG Business Class meal - tak cukop siut..nak lagik!


Dalam flight pun pakai spek...boley?

Aku sampai kat Bangkok dalam pukul 11.00 pagi. Tanpa membuang masa terus aku carik taksi dan menuju ke hotel untuk check-in segala. Tak boleh buang masa sebab aku plan nak pergi Chatuchak Market tu tengahri ni gak.

Alamak...mengantuk le plak. Esok je la aku sambung yek.....kalau rajinle!!!

Saturday, August 9, 2008

LAGU SIAM YANG MENUSUK KALBUKU

Tadi masa aku tengah packing barang nak ke Bangkok esok, tiba-tiba terkeluar satu video clip ni. Terkezut aku kejap dek kesedapan lagu nya walaupun satu haram pun aku tak paham. Tapi...music bukan ke universal...so tak paham pun takpa janji sedap. Tak gitew??

Lagu ini dinyanyikan oleh TOL AF4 Thailand (bukan TOI AF6 yek) didalam album terbarunya yang bertajuk THE DESTINATION. So, apa lagik cepat dapatkan dipasaran uolls sebelum kehabisan..

Agak-agak kalau lagu ni dialihsuarakan ke dalam bahasa Melayu mesti bestkan? Sapa le yang seswai menyanyikannye.....rasa-rasanya kalau Taufiq Batisah bawak sure malatops punya.

So dengarkanlah dan hayatilah senikata dia kat bawah nie.....(macamle paham!!!)


เกิดรักในหัวใจ เกิดมีใจให้เพื่อนที่ใกล้กัน ทนเก็บมาแสนนาน จึงต้องบอกเทอไป
แต่คำที่พูดไป กลับทำลายทำร้ายความสัมพันธ์ ไกลห่างขึ้นทุกวัน คำว่าชั้นรักเทอ

แค่อยากให้รู้ว่ารัก อยากให้เทอเข้าใจ กลับต้องเสียเทอไปเพราะคำๆนั้น
แค่คำพูดสั้นๆ........ว่ารัก

อยากจะเดินกลับไป ย้อนเวลากลับไป เก็บคำว่าเพื่อนที่ดีนั้นไว้
พูดคำว่ารักแค่ในหัวใจ...แค่นั้น

หากปากไม่พลั้งไป เรายังคงได้ใกล้ได้พบกัน
ดูแลเทอทุกวัน ชั้นก้อคงสุขใจ

แค่อยากให้รู้ว่ารัก อยากให้เทอเข้าใจ กลับต้องเสียเทอไปเพราะคำๆนั้น
แค่คำพูด..สั้นๆ...ว่ารัก
อยากให้รู้ว่ารัก อยากให้เทอเข้าใจ กลับต้องเสียเทอไปเพราะคำๆนั้น
แค่คำพูดสั้นๆ ว่ารัก...
อยากจะเดินกลับไปย้อนเวลากลับไป เก็บคำว่าเพื่อนที่ดีนั้นไว้
พูดคำว่ารักแค่ในหัวใจ ..แค่เท่านั้น

ชั้นคงไม่เสียใจ.....

Friday, August 8, 2008

MEH KITE KE BANGKOK



Malam ini aku sebuk berkemas sebab aku nak ke Bangkok esok pagi. Memandangkan hari Selasa depan pulak public holiday kat sini so akupun mengambil cuti hari Isnin. Maknanya aku ada 4 hari free untuk bercuti.

Nanti aku akan ambik gambar dan post kat sini perjalanan aku di Bangkok ittew. Tungguuuuuuuuuuu!!!

Wednesday, August 6, 2008

MAKAN-MAKAN LAGIK!

Baru-baru ni kita orang buat makan-makan lagik. Saje je sebab ramai yang kempunan nak makan nasik lemak ari tu. Kali ini ada tetamu dari KL yang kebetulan tengah bercuti kat Phuket so we all pun ajak le sekali.

Malas nak tulis banyak-banyak...korang tengok je la gambor-gambor yang ada yek?


Lilin tu hiasan aja.


Jamuan sudah terhidang


Bergedik santai katanya!!


Pekena teh tarik uolss....sedap sangat


Adik-adik manis


Makan sambil pose gitew


Santai bersantai


Tukang masak dan tukang makan (tuan tanah le)


Sikecil molek


Tuan tanah melengkor kekenyangan

Friday, August 1, 2008

KOH SAMUI TRIP



Minggu lepas, aku dan seorang staff aku berada di Koh Samui untuk pertama kalinya. Ada tugasan sikit kat sini. Aku memang agak teruja dengan tempat ni. Bermula dari airport nya yang agak unik sampailah hotel kediaman aku. Perjalanan kami dari Phuket ke Koh Samui menaiki Bangkok Airways...sebuah boutique airline beribupejabat di Bangkok.


Bangkok Airways


Special shuttle untuk passengers

Koh Samui Airport merupakan antara airport yang mesra alam dan tersempoi yang pernah aku jumpa Kira dah banyak jugaklah aku merasa pelbagai airport didunia ni tapi Koh Samui Airport aku paling suke. Konsepnya yang agak open dan ala-ala Bali tu menjadikan kita rasa bersantai sangat.


Toilet siap ada aquarium lagik!


Balai Ketibaan Domestic


Salah Satu balai ketibaan


Kat check-in counter


Waiting area


Waiting Hall


Satu lagi toilet yang cantik


Shopping Area


International Check-in area

Koh Samui merupakan sebuah pulau yang agak kecil dari Phuket didalam daerah Surat Thani. Surat Thani bermaksud 'A city of the Good people'. Walaupun kecil, kat sini ada lebih kurang 500 buah hotel pelbagai...banyak giler siut. Kalau nak diikutkan, perbelanjaan disini agak mahal dari Phuket sebab biasalah yang datang sini kebanyakkannya mat saleh aje. Tapi disebabkan tugas, kenalah datang jugek!!

Aku memilih Kandaburi Resort & Spa di Chaweng Beach sebagai tempai kediaman kami. Sebuah resort yang agak chantek dan penuh kehijauan. Sekarang kat Koh Samui adalah peak season so harga bilik-bilik hotel kat sini.ya rabbi....mahal nak mampos!! Tapi, demi tugasan yang mesti disempurnakan, terpaksalah jugak pergi.

Korang tengok le sendiri gambar-gambar yang aku snappy kat hotel kediaman aku ni.


Pool Tepi Pantai


Pool Atas Bukit


Bilik-bilik hotel


Nyaman sesangat!


Kasi pose sikit!

Sunday, July 20, 2008

JEJAK KASIH & MAKAN-MAKAN KAT RPM

Hari ini hari Ahad. Ada la sikit jamuan kecil-kecilan yang aku buat kat umah. Sebenarnya kita orang ada perjumpaan dengan other Malaysians yang tinggal ataupun bekerja kat Phuket pukul 3.00pm nanti. Ini merupakan kali pertama dilakukan dan aku amat excited maklumle nak jumpa lain-lain orang Malaysia yang sebelum ni tak kenal. So, sementara menantikan pukul 3, we all decided to lepak-lepak kat umah aku dulu.

Jamuan KFC ni ditambah pulak dengan nasik goreng dan buah-buahan yang dibawak oleh Fahmi dan Sumoon. Sama je crowd nye macam malam semalam punya barbeque kat rumah Mdm Ruby.


Jamuan rengan sajork


Keluarga Fahmi


Tuan Tanah dengan kengkawan


Makan ramai-ramai


Lepak-lepak kat balcony

Lebih kurang dalam pukul 3, we all pun semua turun kat bawah ke Les Anges Restaurant dalam kawasan rumah aku ni. Mdm Ruby dah buat appointment dengan Dave Chang dan Mr Fu, two Malaysians yang dah tinggal di Phuket lebih dari 10 tahun. Dave mempunyai bisnes yang bersangkutan dengan event di Phuket manakala Mr Fu pulak mempunyai seafood restaurant dan hotel di Phuket.

Selepas berkenalan dengan Dave dan Mr Fu, few other Malaysians pulak datang. Kali ni berkenalan dengan Mr Raymond yang mempunyai business didalam kitchen supplier, Mr Boon yang mempunya kilang fish ball di Phuket, Mr Low yang merupakan Director untuk Tropical Living Magazine dan Shafar sekeluarga yang baru sahaja berpindah ke Phuket sebulan yang lepas. Shafar merupakan Director of Sales & Marketing untuk Hilton Hotel & Spa Resort di Phuket.

Dave merupakan orang yang bertanggungjawab meng'organize' first gathering ni dan katanya few more Malaysians yang bekerja di dalam bidang perhotelan yang sepatutnya join gathering ni tapi tak dapat datang.

Seronok dapat berkenalan dengan other Malaysians maklumla kalau kat tempat orang nih, penting untuk kenal mengenali antara satu sama lain. Banyak jugaklah kita orang bersembang dan rata-rata gumbira dan mahu menjadikan ini sebagai acara bulanan.

So sekarang, aku dah mula rasa seronok sebab dapat lagi berkenalan dengan kawan-kawan baru di Phuket.


All Malaysians for One di Les Anges


Seronok jumpa for the first time


Sembang sambil berkongsi pengalaman


Dave the organizer yang berbaju biru