Monday, January 26, 2009

SENJAKALA DI PHUKET



Petang Sabtu lepas, saja la aku explore kawasan Phuket ni untuk ambik gambar. Maklumlah, masa aku kat sini dah semakin singkat dan rugi rasanya kalau aku tak explore sepenuhnya (walaupun memang tak sempat nak cover).

So, petang tu, aku pergilah area Patong Beach sebab nak ambik gambar matahari terbenam. Kawasan ni kat hujung Patong Beach menghala ke Kamala Beach.

Antara percubaan merakam senjakala aku kat Phuket macam kat bawah ni ha:-











Sampai je kat umah malam tu, aku lepak jap kat swimming pool. Saje je amik gambar kat sini sebab waktu malam memang best swim kat sini sebab very the sunyi dan privacy gitu!!






Lengkaplah malam minggu Orang Rawa malam tu!!!I am gonna miss all these stuff......sedey betui la!!!

BLACK & WHITE COLLECTION 2

Ini plak sebahagian gambor-gambor black & white yang aku ambik masa kat Zermatt, Switzerland masa bulan December tahun lepas.









Rasa macam zaman dolu-dolu plak kan???

Sunday, January 25, 2009

PARTY ORANG RAWA KAT ROYAL PHUKET MARINA



Malam Jumaat lepas aku saja buat makan-makan kat umah. Saja buat jamuan untuk kawan-kawan rapat dan staff aku. Untuk setengah orang, ini merupakan first time dia orang bertandang. Setengahnya plak dah pernah datang umah aku beberapa kali.

Untuk malam tu, seperti biasa masing-masing merindukan nasik lemak so aku pastikan nasik lemak sebagai menu utama kami. Caterernya seperti biasa aku upah wife dan sister-in-law Fahmi dari Tourism Malaysia. Memang we all tak pernah komplenlah sebab memang sedap masakan dia orang.

Selain dari nasik lemak, we all ada mihun goreng, ayam goreng, kari daging, nasi goreng by Dilla, sambal sotong, buah-buahan dan beberapa makanan lain. Penuhla meja makan umah aku tu dengan semua benda-benda makanan dan minuman malam tu.

Yang tak disangkanya, Dave bawak plak kawan French dia yang merupakan seorang magician join sekali malam tu. Gerard namanya dan merupakan seorang silapmata veteran dari Perancis dan sekarang ni tengah bercuti di Phuket. So, malam tu umah aku jadi gelanggang silap mata la kejap tapi menghiburkan. Budak-budak dan emakbapak budak berkurumun asyik memerhatikan trick yang dia buat. Satu rumah kena tipu termasuklah tuan rumah.

Inilah antara gambar-gambar we all malam tu semuanya enjoy sebab untuk 2009 nilah first time gathering we all kat umah aku.

Antara hidangan malam tu:-




Inilah dia Gerard si magician:-






Semua seronok makan, minum dan sembang-sembang.











Makan-makan we all ni abis dalam pukul 1 pagi kalau tak silap. Syok lepak-lepak kena teh tarik kat balcony ramai-ramai. Dan yang makanan lelebih tu aku tapaukan lah kat sapa-sapa yang balik malam tu.

So, memang best sangat malam tu dan sebelum aku meninggalkan Phuket hujung bulan Februari nanti, inshalah aku akan buat lagi sekali buat yang terakhir untuk kawan-kawan aku semua. Sedih plak rasanya nak meninggalkan kawan-kawan kat Phuket ni tapi nak buat camanakan dah tugas!!

Saturday, January 24, 2009

BLACK & WHITE COLLECTION 1

Beberapa gambar yang aku ambik masa lawatan ke London ari tu. Aku suka black and white sebab rasa macam klasik je. Pendapat aku je la tu!!