Saturday, May 30, 2009

RENEW VISA!



Baru je abis pack barang sebab pagi-pagi besok nak balik KL. Disebabkan work permit tak dapat lagi, so aku cuma boleh stay kat sini sebulan je dan tiap2 bulan kena keluar untuk renew visa. Best jugak at least balik KL dan boleh makan lagik.

Ingatkan nak ambik cuti next week tapi tak lepas la pulak. So, pagi-pagi Isnin aku akan balik ke Saigon semula sambung kerja.

Gitulah ceritanye!

Monday, May 25, 2009

DIDALAM SEPI ITU - SUDIRMAN

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpaedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita
Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Sunday, May 24, 2009

NAK TULIS APA EK?

Sejak dua menjak ni, jarang sangat aku hapdate blog ni. Tahla...kadang-kadang takda idea dan mungkin takda benda menarik nak tulis.

Bebanan kerja agak teruk kat sini...lagi pressure dari di Phuket dulu. Aku takle komplen tapi kadang-kadang bingai jugak otak aku dibuatnya.

Alhamdulillah sokongan staff dan rakan-rakan kat sini agak baik. Takle rasa tertekan sangat...tapi aku ni kalau tertekan pun kat luar aku senyum je. Dalam hati sendiri tanggung dan sendiri yang tau.

Badan aku plak rasanya lately ni semakin naik. Asyik makan je....kalau tak makan lapor plak...dah makan...nak makan lagik. Tengah sihat ni bedal je la kan?

So, nantilah, aku uploadkan few photos activiti aku beberapa minggu yang lalu buat kenangan aku sendiri di kemudian hari.