Baru-baru ni aku pergi Bali....kejap je...3 hari 2 malam...tapi terus extend satu hari lagik.....sebab Bali memang best.
Trip ni aku join member aku - dua couples husband and wife....aku tak plan pun nak join tapi last minute aku just joined je.
Bukannya aku tak pernah ke Bali...infact dah 3 kali dan ini yang trip ke 4 tapi still tak jemu.
Yang bestnya trip kali ni sebab member aku ni dulu pernah posting kat sana so dia taula selok belok sana. Our staff kat Bali pun tolong banyak kasi pinjam kereta dll.
Trip ni jugak agak relax sebab we all takda rush kemana-mana pun.....basically ini memang trip bersantai dan makan dan makan dan makan....hehehe!!
Orang cakap kat Bali payah nak makan sebab banyak restoran babi guling....memang betul pun. Tapi kalau kita kenal local people, kita boleh pergi banyak kedai2 makan halal yang best-best.
Shopping aku langsung takda sangat kali ni....adalah sikit...itupun sebab nak puaskan hati je.
Ok....aku post ajalah gambar2 aku kat bawah ni ye buat tatapan.
Untuk kali ni we all stay kat Grand Mirage Resort yang terletak kat Nusa Dua Beach....jauh sikit dari kesibukan Kuta Beach yang penuh dengan tourists. Harga dia USD95 per room per night...agak mahal sebab tengak peak katanya.
Lobby Grand Mirage Resort
Baru checkin dalam bilikku
Balcony ku ngadap laut
Lepas je check-in tanpa memabuang masa sebab perut kelaparan, we all pun pergi cari makan. First restaurant kita orang pergi ialah makanan nasik padang ACC. AKu memang amat minat makanan padang ni maklumlah akukan ke orang rawa....so memang feveret la kiranya ni.
Ayam kampung goreng
Teh Botol - feveret
Macam-macam ada semua sedap
Bila dah makan....we all lepak-lepak jap kat hard Rock Cafe sebab member aku nak beli baju. So, we all spend dalam 45 minutes kot kat situ dan lepas tu we all decide nak ke Tanah Lot sebab nak tengok sunset.
Perjalanan ke Tanah Lot taklah jauh sangat sebab member aku ni memang dah biasa sini tapi dah nak sampai kesana tu we all stuck. Ropa-ropanya ada acara keagamaan sedang berlangsung.....so mecet (jam) giler la sudahnya. Hasrat hati nak tengok sunset alamatnya terkubur je la....dah nak gelap we all masih sangkut dalam kereta.
So, nak ambik gambar sunset kononnya sudah-sudah gambar2 ni je yang dapat.
Pakcik ni tengah pose depan pintu umah dia.
Upacara keagamaan sedang berlangsung
So malam tu, lepas ke Tanah Lot, kawan we all bawak makan kat Restoren Plenkung yang terletak kat luar sikit dari area Kuta Beach. Makanan dia sedap jugak especially ayam goreng dia yang spesel tu. Tapi gambar tak sempat plak nak ambik sebab masing2 penat dan lapar.
So, gone for the Day 1 in Bali dan esoknya lagi menarik aktiviti kami.
2 comments:
wah sampai bkali2 dah pegi bali..bestnya!
bro ,
spa dia ok tak ?
Post a Comment