Saturday, April 24, 2010

EPAL SUSU VIETNAM



Sejak dua menjak ni payah bebeno nak berblog....so bila dapat masuk, terus buat post kejap.

Ok....kali ni aku nak cerita pasal satu lagi buah Vietnam yang aku rasa takda kat Malaysia. Nama dia buah epal susu dan banyak boleh jumpa kat pasar Bent Thant kat sini.

Buah ni nampak macam tak sedap tapi kalau korang rasa memang suka punyalah (kalau nak best bubuh dalam peti sejuk kasik sejuk dulu sebelum makan). Sebelum makan, kena picit-picit dulu bahagian luaran dia. Tujuan dia supaya susu dia keluar supaya lagi umpph.

Ok....ni ha diperkenalkan buah epal susu Vietnam....dijamin sedap dan ada rasa ala2 buah nona sikit (korang pernah rassa tak buah nona?).


Bhagaian luaran


Potong bahagian atas


Sedia untuk dingapppp!!

Kalau korang datang Vietnam, try la buah ni.....mesti suka punya....cubalah!!!

1 comment:

\""/ said...

tapi bang, buah buah kat sana memang manis manis lahh..
macam lain macam je skit..
best..

hari tuh laa try beli..