Wednesday, February 24, 2010

LAST WEEK PUNYA CRITA!!!



Ya tuan tuan dan puan puan.....lamanya aku tak bersiaran. Sebuk ngan cutilah then kerja lah pastu macam-macam lagi. Rasa malas nak hapdet pun iya gak.

Last week balik kampung jap then lepak kat KL beberapa hari. Most of the times kat KL tu aku asyik makan aje....siang makan, tengahari makan dan malam pun makan......opsss...tengah malam pun aku makan gak. Sebab asyik makan je, kebuncitan perutku menjadi-jadi rasanya........sampai sempitlah baju aku (errrr ke baju tu yang kecik???)

Last week jugak aku bershopping le sikit.......akhirnya aku dapat laptop baru. Laptop Samsung aku pakai selama ni dah kaput terus.....yelah dekat 10 tahun aku pakai rasanya. Fikir punya fikir dan 2-3 kali gak aku pusing2 Low Yat Plaza tu dan akhirnya aku sambar MacBook kaler putih ni. Teruja sangat sebab aku ni first time user Mac dan laptop putih ni cool dan aku suka.
Nak memudahkan, aku siap beli lagi Mac For Beginner untuk bahan rujukan. Sekarang ni aku masih tak explore lagi buku tu.....nantilah kalau rajin.




Last week jugak masa aku ronda ronda kat OU, tershopping la plak jersey rugby kat Canterburry shop. Memang tak plan tapi bila aku anmpak jersey New zealand untuk Rugby World Cup 2011 tu, teruja plak aku. Harga boleh tahan....tapi nak jugak sambar jelah. Yang teruk tu sampaikan terbeli dua......pokai....pokai.

So, sekarang dah ada balik ke Saigon start kerja. Rasa malas tu menebal la kan sebab dah lama cuti.

Monday, January 25, 2010

MARI BERKARAOKE - Part 1!!



Amacam kita karaoke jiwang kejap? Ada brani?.....lirik siap aku bagi kat bawah ni......

First time dengor....meremang bulu teman......power balad ni!!....

BERTEMU DIKALBU

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Pergh.....power lagu ni!!!!

Saturday, January 23, 2010

BALIK KL..........

Yezzza......esok aku balik KL dan minggu depan dah kena berkampung di Kelana Jaya sebab ada training seminggu.

Kesempatan ni jugak aku nak buat macam-macam benda.....nak renew roadtax dan insurance lah, nak renew lesen keretalah, nak bayar loan rumah lah, nak kena jumpa Mike hantar coach handbag dan lacquarware dialah, nak pergi epflah (kalau sempatlah), nak merendek ke pasar malamlah, segala macam aku nak buat dalam masa yang terhad kat KL nih......dan tak lupa.....aku nak gi makan makan ngan member-member aku!!

Minggu depan masa aku takda kat Saigon, ramai plak kawan-kawan datang.....Ziana/Axim/Nikli datang, Iza OSU dan rombongan Cik Kiah datang, Cik Wan Bursa dan awek2 5 orang nak datang (ruginya aku.....).....nak buat camana tetiba kena ke KL plak training.....kalau tak boleh gak jumpa dia orang nih!!

Anyway, tadi malam makan kat Halal@Saigon ngan Fauzi & wife dia (kawan Amril & Zana OSU) yang baru sampai petang tadi. Dia orang first time ke sini so aku kasi ceritalah sikit serba serbi apa nak buat kat Saigon nih........short trip je dia orang nih so mungkin tak banyaklah kot dapat nak buat activity. Aku recommend kan ke chu chi tunnel dan shopping kat bent than market jela....

So, yang lain-lain tu....mintak mahapla ya.....bukan taknak jumpa tapi dah terpaksa balik ke KL....inshallah tak jupa di Saigon....kita jumpa di KL nanti.....bila-bila berkesempatan.

Tuesday, January 19, 2010

MAGGI @ SAIGON


Ari ni masa lunch time....konpius....tak tau nak gi makan mana. Dah tak larat rasanya asik mengadap benda yang sama je.

So, aku decided balik apartment aku......ingat nak masak nasik....malas plak sebab time a bit limited....so akhirnya masak MAggi......ya Maggi tuan puan. Stock masih banyak dalam lemari tu.....so aku perangat kan dapur, jerang air dan kaboom........MAGGI PERASA AYAM pun masuk.

Kasik taruk bawang dan telur sikit so tadala rasa plain sesangat kan......

Sambil makan maggi sambil aku layan FB dan blog nih.....

Ermmmmm kenyang gak......dan sat ni nak balik opis sambung kerja balik.

Abis setengah hariku di Saigon untuk ari ni.

Monday, January 18, 2010

COTI RAYA CINA (TET HOLIDAYS) YANG PANJANG!!!


Masa TET Holiday nanti coti panjang kat sini. Akunya plan nak balik kampung jap dalam 2-3 ari dan lepas tu rasanya nak gi coti-coti.

Destinasi tak pasti lagik tapi kali ni dekat2 jela.....domestic ke ASEAN countries ke!!!

BALI macam best je dan aku memang suka kesana.......lagipun tak le mahal sangatkan?

Ermmmm.......... boleh bincang....boleh bincang!!!

NAK KE SAIGON????


Alo....ya tak mau datang....wa balik kampung mah!!!

Ini adalah pesanan khidmat masyarakat.

Sayugia diingatkan bahawa sekiranya ada sapa-sapa yang berangan-angan nak ke Saigon Vietnam nih, samada atas niat dan berjalan-jalan ke, bershopping-shopping ke, berlibur-libur ke....ni aku nak bagitau sikit, tolong jangan datang dalam tarikh ni:-

DARI 13 FEB 2010 ke 21 FEB 2010

sebab apa....sebab masa nilah orang-orang Vietnam meraikan satu-satunya public holiday dia orang yang dipanggil:-

TET HOLIDAY aka Chinese New Year

Kalau korang datang jugak masa ni, alamatnya:-

a) Payahla korang nak bergerak sebab taxi mostly takda - semua balik kampung mah!!

b) Tak dapatlah korang nak abiskan duit sebab shopping place semua tutup especially
Bent Than Market yang tersohor itu. Alasan yang baik nak save duit!!!

c) Tak makanlah korang sebab kedai makan semua tutup - melainkan korang bawak
makanan dan rice cooker dan lauk-pauk segala. Tapi kalau nak makan kat 5 star
hotel dialu-alukanlah sebab dia orang memang tak tutup pun.

d) Aktiviti aktiviti riadah yang lain macam pergi massage ke, buat manicure pedicure
ke (murah giler dan awek plak tu lawa2), pergi cuci rambut dan facial (ni
aktiviti sekali ngan manicure/pedicure tu) dll.

e) Tak dapatlah korang nak merasa ke'jamm-an' Saigon yang amat hazab tu sebab
penunggang2 motorsikal takda berpeleseran kat bandar - semua balik kampung
lorrr!!!

Saja aku nak war-warkan kat sini sebab masa TET Holidays ni memang tak digalakkan datang....nanti korang tak merasa kemeriahan Saigon ni. Merasa rugi adalah....!!!

So, renung-renungkan dan selamat beramal.....xinchao!!!

Saturday, January 16, 2010

SEPINTAS LALU - BARCELONA AT NIGHT



Aku lupa plak nak tarok gambar2 yang aku amik kat Barcelona masa waktu malam. Bagi aku suasana disini agak menarik dan aku suka amik gambar waktu malam kat sini.






































Sesungguhnya bagi aku, Barcelona memang indah diwaktu malam!!!