Tuesday, September 16, 2008

FILEM KONTROVERSI THAI - 'BANGKOK LOVE STORY'



Malam ni aku baru je tengok sebuah filem Thai yang agak kontroversi di Channel 11. Filem yang bertajuk "Bangkok Love Story". Aku tak pasti le korang pernah dengor/tengok cerite ni ke tak tapi bagi aku inilah first time. Sebuah filem yang mengupas isu yang agak 'taboo' tapi berjaya digarapkan dengan begitu baik sekali tanpa perlu menyelitkan adegan-adegan panas yang kontreversial.

Aku rasa kalau kat Malaysia, takda pengarah yang berani kot nak buat filem-filem macam ni. Kalau ada pun, mungkin tak lepas censorship board atas sebab-sebab tertentu yang kita sendiri sedia maklum.

'Bangkok Love Story' mengkisahkan seorang lelaki pembunuh upahan yang jatuh cinta dengan lelaki yang menjadi target pembunuhannya. Ha....ala-ala 'Brokeback Mountain' version Siam ke nih? Kan ke kontroversi tu?

Dalam movie ni, watak utama dia namanya Mhek (si pembunuh upahan) dan It (target untuk dibunuh). It pada asalnya tak tau yang Mhek ni sebenarnya ditugaskan untuk membunuh dia. Entah camana, masa si Mhek nak pergi bunuh si It ni, tiba-tiba dia berubah fikiran plak dan terus belot. Akibatnya berlaku la tembak menembak antara Mhek dengan tokeh yang mengupah dia tu. Kedua-duanya berjaya melarikan diri walaupun Mhek telah cedera ditembak. Si It ni pun atas dasar simpati, pergile tolong merawat si Mhek ni. Kat sinilah bibit2 cinta tu tumbuh antara Mhek dan It tapi Mhek cuba menafikannya.

It ini dah ada tunang yang namanya Sai tapi bak kata orang jenis yang retak menanti belah aje. So, memandangkan It ini frust, so dia pun cubalah jugak nak berkawan ngan si Mhek ni. Berkat usaha kegigihan It yang memegang motto 'Usaha tangga Kejayaan dan No retreat no Surrender', akhirnya dapat jugak dia berjumpa dengan keluarga si Mhek ni. Nak dijadikan cerita, keluarga Mhek ni jenis yang susah orangnya dan daif. Adik si Mhek yang bernama Mhok (nama lebih kurang je) menghidap HIV manakala emaknya plak menghidap AIDS (kedua-duanya akibat kena sexual abuse oleh bapak tirinya). Kiranya si Mhek ni menyara keluarga dia sebagai pembunuh upahan atas dasar untuk membantu keluarga dia lah. Mulia tak???

Atas dasar ingin membalas dendam diatas perlakuan bapak tiri dia, si Mhok ni plak tanpa pengetahuan keluarganya, mulalah melacurkan dirinya. Dengan cara tu dia boleh merebakkan virus HIV dia kat orang lain. Emaknya plak bila dapat tau si Mhok melacurkan diri, lansung rasa tertekan dan marah. Atas dasar kecewa yang amat sangat, si maknya membunuh diri. So sekarang Mhek kena take care adik dia yang sakit tu sorang-sorang.

Mhek ni masih lagi menjadi buruan tokeh dia. Banyak aksi tembak menembak antara Mhek dengan kuncu-kuncu tokeh dia tu. Sebab Mhek ni terer, so ramailah yang mati kena tembak. Mhek ni plak secuit pun tidak. Herolah katakan!!! Akhirnya Mhek berjaya melarikan diri dan akan berjumpa dengan Mhok yang dah pun tunggu kat stesen KTM. Mhek nak bawa adik dia yang sakit tu jauh-jauh ke tempat selamat. Part ini agak touching sikit sebab baru je dia orang nak berpelukan kegembiraan, si Mhek kena tangkap ngan polis-polis Gerak Khas pimpinan A. Galak (muka iras-iras). AKhirnya Mhek kena penjara dan adik dia terpaksa membawak diri sorang-sorang.

Selang beberapa tahun, sakit Mhok semakin teruk. Akhirnya dia pun bunuh diri gak sebab dah tak tahan menaggung kesengsaraan. Si Mhek ni plak dok merengkok dalam penjara dan It pun datang melawatnya. Mhek rasa terkejut sebab It sekarang ni dah jadi Kassim Selamat....ya ...It dah buta akibat kecederaan masa tembak menembak ngan geng tokeh Mhek. Part ni pun sayu jugak kalau tengok especially masa first time Mhek menyedari yang si It ni rupanya dah buta (sebab It pakai spek gelap....tu yang dia tak perasan)!!

Memang kuat rasa cinta antara Mhek ngan It. It begitu setia dan setiap minggu datang ke penjara melawat Mhek. Akhirnya Mhek dibebaskan dan It dah ada kat luar penjara menunggu Mhek. Inilah pengorbanan namanya...sanggup menunggu seribu tahun lamya....macam lagu Imran Ajmain tu. Memang seswaiiii kalau dia orang main lagu ni time tu.

Part yang last ni memang touching sesangat. Masa It dan Mhek berjalan berpayung keluar dari penjara (masa ni hujan lebat), tak semena-semena Mhek kena tembak. It tak nampak dan tak dengar pun yang Mhek dah rebah ke tanah. It masih terus bersembang macam biasa dan menyangkakan Mhek ada disebelahnya jugak sama-sama berpayung. Sampailah satu ketika barulah It menyedari yang dia cakap sorang-sorang rupanya. Masa ni It terpaksa berbasah kuyup merangkak-rangkap mencari Mhek yang dah pun mati. Dah le buta, hujan lebat pulak tu. Memang sedih dan very touching part ni.

So, bukan lah aku nak promote cerita berunsur taboo begini, tapi apa yang tersirat dari tersurat tu lagi penting. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari filem ni. Hasil karya yang begitu baik dan mantap malah begitu berani sekali mengupas isu cinta sesama jenis.

Btw,dalam filem ni, tidak ada satu pun watak lelaki lembut macam Awie dalam cerita Apa Kata Hati tu. Mhek dan It memang lelaki tegar dan sudut luaran langsung tidak menunjukkan jiwa dalaman mereka. Kalau korang tak caya, korang tengokle sendiri. Adegan-adegan panas yang keterlaluan pun takda.It was a great movie dan penuh pengajaran. Korang try le dapatkan dvd ni dan judge la sendiri.

Friday, September 12, 2008

BOKAK POSA KAT AJ RESTOREN


Lily, Yazed, MNN, Ziana, Aley dan Tuan Tanah
(gambar diambil dari blog Lily)

Semekom semua!

Sorry la yek sebab lama sesangat tak hapdate...tak berkesempatan sebab aku kena balik KL attend kursus...abis kelas pun lambat dan yang paling tension laptop aku buat problem. Ni pun hapdet blog kat cc saja!

Semalam buat pertama kalinya aku berjumpa dengan Keluarga YKWYA. Aku join dia orang berbuka posa kat Restaurant AJ. Tak semua yang datang cuma Lily, Ziana, Aley, MNN dan kawan lama aku Yazed (wah...slim melim nampak ko skrg). Ada 2 orang lagi join boka posa ni - equil dan kawan dia ayu.

Seronok berbuka dengan dia orang semua sebab masing2 kepala sempoi, tak sombong dan memang kelakar. For the first time berjumpa macam dah kenal lama plak. Kita orang semua takda maintain2 lawa ataupun macho...selamba je semuanya. Itu yang best!

Lily le yang mengorganize boka posa nih. Thanks Lily. Lily memang sempoi dan aku rasa kalau korang jumpa diapun korang akan comfortable ngan dia. The rest of the gang pun satu kepala...happy go lucky semuanya.

Nak gak cerita pasal temnpat makan ni. Restoran AJ nama diberi. Lokasi dekat2 ngan Vistana Hotel. Actually ini bukan first time aku kesini. Dulu selalu gak datang ngan kawan aku, si Razak yang dari JB tu. Kat sini, kalau korang nak mrsa makanan Johor yang marveles....meh datang sini. Memang sedap dan berbaloi. Lauk-pauk berbagai jenis dan yang penting cuma RM25 saje. Aku rasa korang tak payah le bazir duit makan buffet kat hotel yang sampai RM100+++ tu....sini pun korang dah puas hati. Tokeh dia Abang AJ dan Bro Ryu tu pun very friendly dan selalu lepak2 ngan kita orang masa makan2 nih.

Okey...ni ha alamat restoren dia dan korang datang dan try le sendiri. BUKAN NAK MENGAMPU tapi for that price of RM25 with pelbagai lauk-pauk kampung masakan Johor yang sedap....memang korang tak nyesal punye.

RESTORAN A.J MASAKAN MELAYU JOHOR
50 JALAN LUMUT, OFF JALAN IPOH
KOMPLEKS DAMAI, 50400 KUALA LUMPUR
TEL : 603-40448888

Sayang sesangat sebab aku tak sempat nak bawak kamera semalam so korang tengok lah ye kat sini, sini dan sini sini dan sini.

Gambar kat atas tu aku amik dari Lily nye blog. Hehe...cilok sikit. Lily..sorry yek..mintak ampon sebab cut and paste dari blog you.

Hopefully next time bila aku balik KL, kita akan dapat makan-makan lagik. Seronok makan ramai-ramai...dan yang palings eronok sebab semua kepala sempoi dan tak nyombong!!

So, to Lily, Ziana, Yazed, MNN, Aley...thanks so much. You guys are great. Kalau 'ada orang' kata korang kerek ke, over ke, giler kuasa ke.....cakap je balik kat sesiapa yang berkenaan tu.....'ada aku kesah????!!!

Hahaha....semoga ketemu lagi di lain lebaran. Jangan lupa beramal...renung-renungkan lah!!

Friday, September 5, 2008

BERSAHUR NGAN MAGGI


Senang dimasak cepat dimakan

Entry ni sebenornye tak sengaja. Jam menunjukkan pukul 1.49am waktu Phuket. Aku tengah bertungkus-lumus nih menyiapkan proposal aku maklumlah due datenya tengahari esok. Nak tak nak kena pulun jugak...kalau tak memang kena sembur ngan HQ le esok jawapnye. Dah le petang esok aku dah kena balik KL (pergh...bestnye). So mesti kena settlekan jugak.


Meja berselerak sakan.

Sebenornya, aku memang bukan jenis kaki bersahur. Aku ni jenis makan tengah malam lepas tu terus tidor. Kalau aku bangun sahur, alamatnya esok kat opis tersengguk2 la aku. Tapi kalau the next day ari cuti..takpa.

So, tengah buat-buat kerja tu, tetiba teringin shima pulak nak makan maggi. Biasalah...orang bujang tak kira dimana berada, Maggi tetap menjadi piihan. Inilah benda yang paling senang nak masak. Dulu-dulu masa aku kat Audit Department, kalau kena assignment overseas, harus Maggi Mee (perasa kari aje yg aku suka)akan aku bawak. Maklumla.....nak makan kat luar yang mahal tu...sekali-sekala ok lah...tiap2 malam tak larat...baik aku save duit elaun aku untuk shopping.


Slurppp.....sodap nih!!

Jadi, tanpa melengahkan masa, apa lagi....jerang air dan terus masak Maggi. Best gak makan Maggi ni tapi tak boleh le selalu....kata orang kalau kerap makan Maggi..kepala akan jadi botak. Wallahualam bisawap!!!


Masak 3 minit....abisnye seminit ajo!!

Wednesday, September 3, 2008

HARI KEDUA BERBUKA


Juadah dah terhidang

Hari kedua di Phuket, aku berbuka kat rumah Dilla dan Shafar. Joining us malam tu, Dave, Chan dan jugak Howard. First time ni ke rumah dia orang yang terletak kat Karon Beach.

Makanan malam tu agak simple tapi sedap. Dilla masak kari daging, sambal ikan bilis kacang (faveret ramai nih), sayur campur, gulai taugeh dan dia order udang dan jugak adale beberapa lagi yang lain. Minuman ada ayer jus limau dan epal.

Seronok kalau dapat buka posa ramai-ramai. Sambil makan sambil sembang. Lepas abis makan, macam biasa lepak sigup kejap kat balcony dia orang.


Makan jangan tak makan


Dave, TT, Shafar, Howard & Chan


Eeh Dilla...manja2 plak ngan Dave


Coffee or tea?

Sedar tak sedar dah dekat pukul 10.00 malam. Tak teringat nak balik kah? Cuaca kat luar dah renyai-renyai so we all pun redah la jugak. Esok nak kerja dan perjalanan waktu malam dalam hujan dari Karon Beach ke rumah aku kenalah hati-hati...maklumla jalan licin.

Anyway, thanks to Shafar, Dilla & Aiko atas jemputan boka posa itu. Meh aku nak kasik satu pantun untuk korang:-

Anak ayam ditepi bendang
Anak kambing berlarik-larik
Kalau ada jamuan mendatang
Jemput-jemputlah aku lagik

Boley?.....

Tuesday, September 2, 2008

FIRST TIME BERPUASA & BERBUKA DI PHUKET


Tepi...aku lapar giler nih!!

Hari pertama berpuasa dan berbuka di Phuket, kesimpulannya NOT BAD. Memandangkan aku pun duduk kat opis je, tak le rasa letih apa-apapun cuma all the time kena alert le sebabkan situasi kat Phuket Airport sekarang.

Petang semalam Shaafar & Dilla call nak join aku berbuka kat umah. Memandangkan dia orang nak datang, so aku pun kenalah cari apa juadah yang patut.

Tak sangka plak kat area aku ni ada BAZAR RAMADHAN...ya...jangan tak caya...sekali lagik...BAZAR RAMADHAN....ada kat area Royal Phuket Marina.

Tapi suasana dia takle semeriah macam kat KL tu tapi oklah jugak!

Banyak gak aku beli makanan maklumlah nafsu aku kalau waktu berboka ni memang brutal sikit. Antara makanan yang aku beli malam semalam:-

Juadah Permulaan yang ala kadar...kononnye:-

a) Ikan masak touchew
b) Gulai siput sedut
c) Sop ekor
d) Ikan goreng
e) Nasi puteh 5 bongkos
f) Rendang - Dilla bawak

Dessert ..yang sedang-sedang aje:-

a) 6 ketul pulut panggang
b) 2 ketul murtabak
c) 3 ketul puding jagung
d) 1 kek caramel
e) Mangga, rambutan, mata kocing & dokong
f) Air tebu...faveret aku nih

Total yang makan malam tu - 3 orang dewasa 1 budak kecik...

Hehehe....kan aku cakap, bab-bab berboka ni aku brutal sikit....

Kita orang pun makan2 le. Banyak gak yang tak abis so aku simpan je la dalam peti ais.Lepas tu kita orang lepak2 kat balkony aku jap sambil merokok bagai dan sembang-sembang.

Malam ni plak, Shafar ajak aku lepak umah dia pulak berboka....so, tak taula apa agaknya hidangan malam ni...aku telan aje ...alhamdullilah...asalkan halal!!

Pst# Sorry yek...tak sempat nak ambil gambor!!

Monday, September 1, 2008

MERDEKA & RAMADHAN AL MUBARAK


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


KERANAMU MALAYSIA

Saturday, August 30, 2008

KECOH DI PHUKET AIRPORT

Kalau korang terbaca berita dunia, korang mungkin tahu pasal kekecohan yang sekarang ni sedang berlaku di Phuket Airport. Benda ni berlaku sejak tengahari semalam.



Punca nya sebab para penyokong People Democratic Alliance (PAD) yang mahukan Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej meletakkan jawatan. Lebih kurang 500 penyokong PAD mengerumuni airport dan semua laluan telah pun diblock dia orang. Semua flights incoming dan outgoing terpaksa dibatalkan jugak atas tujuan-tujuan keselamatan. Hal yang sama juga berlaku di Hatyai dan Krabi. Kat Bangkok Airport dia tak kacau plak.



Keadaan menjadi agak kecoh maklumlah airport kan ke sibuk. Tambahan pulak pelancong-pelancong tengah ramai baru mendarat. Tapi nasib baiklah dia orang tak kacau pelancong. Kalau tak memang silaplah sebab pelancong-pelancong akan takut nak datang sini nanti.



Hari ni dah masuk hari kedua. Keadaan masih berlanjutan. Tak taulah camana nak jadi kat sini. Hopefully bertambah baik. So far, takda kejadian yang tak ingini berlaku. Flights semuanya masih dibatalkan tapi mungkin airport operations akan dibuka semula lewat petang bergantung kepada keadaan keselamatan.

Alhamdulillah so far aku dan staff aku semua okay. Banyak panggilan kita orang dapat dari penumpang-penumpang, kawan-kawan, rakan-rakan seperkerjaan terutamanya hotels, resorts yang menalipon aku untuk mengetahui keadaan semasa. Mintak-mintak keadaan tidak berlarutan dan balik kepada normal semula.

So, plan aku esok nak join kawan-kawan lain menyambut Merdeka kat Pulau esok nampak gayanya terpaksalah aku batalkan. Aku pun tak pasti samada dia orang akan proceed ke tak maklumla aku tak dapat join (ceh....perasan jadi orang penting jap!)

Bagi aku, hal-hal yang berkaitan dengan Company aku adalah lebih utama. Yelah, aku dihantar disini untuk take care of my Company bukannye nak datang berjoli. Keselamatan penumpang dan segala yang berkaitan dengan Company aku adalah lebih utama dari pergi bercoti-coti kat pulau. Pulau -pulau tu tak larik punya.....next time je lah aku pergi outing tu!!!


Siap buat banner lagik!!!