Friday, January 15, 2010

SPAIN - PART 2



Oklah.....dah nak lapok pun cerita trip Barcelona aku nih. Baru la sekarang sempat aku nak post kat sini.

Anyway, aku lepak kat Barcelona ni selama 7 hari. Tempoh yang aku rasa just nice to explore bandar ni. First impression tentang Barcelona.......BEST GILER!!

Barcelona ni bagi aku memang tourist destination la sebab terlalu banyak benda boleh dilawati kat sini. Alhamdulilah, tempat2 yang aku plan nak pergi boleh dikatakan semua tercapai.

Untuk pengetahuan korang, Barcelona ni dibahagikan kepada 4 quarters yang dikenali sebagai Modernista, Gothic, Metropolitan dan Business area (tak silap aku la). Antara yang paling outstanding kat sini ialah Modernista dan Gothic sebab ianya menyerlahkan senibina lama dan unik terutama dari arkitek terkenal dia yang bernama Antonio Gaudi.

Kat Barcelona ni, aku duduk kat tempat yang agak strategic iaitu di La Ramblas....pedestrian street yang paling happening for tourist di sini. Aku duduk hotel murah je 1 star dalam EURO50 semalam. Keadaan hotel agak biasa je (murah le katakan) dan very the basic.....tapi lokasi dia memang tiptop. Sini juga merupakan pusat tourist sebab ianya terletak betul2 ditengah2 bandor Barcelona ni dan sepanjang-panjang La Ramblas tu semua shopping area! Best whoa!!!!


Sinilah aku stay!!

Antara gambar-gambar yang sempat aku amik kat Barcelona nih:-



Pagi-pagi di La Ramblas

La Ramblas Market

Port Barcelona

Depan HRC Barcelona

Aksi gangster kah?













Aku jugak amik kesempatan melawat L'Aquarium kat sini. Tak ingatlah berapa tambang masuknya.



L'aquarium

Kat La Ramblas ni ada plak kedai baju macam kat bawah ni. Kelllllasss gitu!!



Kedai baju Kuala Lumpur

OK....memandangkan aku tak nak pening kepala...aku pun ambik Barcelona Bus Touristic untuk pusing2 sekitar Barcelona. Agak murah dlm EURO21 untuk 2 hari. Bus double decker 2 tingkat ni akan bawak korang semua tempat tourist dan korang boleh hop on hop off je. Berbaloi-baloi pakai benda nih!! Dan korang jugak akan diberikan vouchers diskon untuk tempat2 yang nak korang lawati.




Bus Turistic

So, dalam masa hari pertama tu, nilah antara tempat2 yang aku lawati menggunakan Turistic Bus tu:-

Casa Mila or La Pedrera by Gaudi





Aku juga melawat tempat yang amat terkenal ni - namanya Park Guell by Gaudi













Aku jugak pergi tempat popular ni - La Sagrada Familia






Merasa jugak aku naik cable car kat sini:-






Juga aku pergi ke Stadium Barca yang terkenal tu:-











Aku jugak ambik kesempatan untuk try local delicacies:-




Orxata - a must try drink - sedap giler!!

Paela - nasi spanish

Aku jugak ambik kesempatan untuk menonton persembahan Spanish Guitar yang amat popular disini. Memang syahdu dan environementnya plak begitu menenangkan masa mendegar dendangan petikan gitar akustika nih. Tapi dia buat show ni dalam gereja la plak.....layan jelah ye!!




Spanish Guitar show - very nice!

Dan tak ketinggalan pertunjukkan Flamenco yang sepatutnya tak boleh ambik gambor tapi aku curik-curik amik:-








Kesimpulannya, Barcelona ni memang aku suka dari Madrid dan kalau boleh aku nak datang balik sini. Memang aku enjoy!!!

Monday, January 4, 2010

VIVA LAS VEGAS!!!



Salam semua,

Entry Barcelona ari tu pun tak abis dah masuk entry ni plak. Bukan apa, saja je nak hapdet pAsal cuti ku yang terbaru.

Hari ni dah masuk hari ke 3 di Las Vegas. Hari pertama kira gone sebab sampai malam selepas 19 jam flight. Hari semalam purposely spent kat Factory Outlet beli barang dan tengok Cirque De Soleil - Zumanity show. Rabak gak duit semalam borong macam2.
Tempat ni memang duit je lah....shopping is the best here sebab semua ada. Factory Outlet sampai dua.

Tapi this trip tak amik banyak gambar....tah le...malas plak...mungkin dek cuaca sejuk kat sini...13 degree...tapi ada matahari....kira sedaplah jugak.

Nantilah, kalau sempat aku amik gambar sikit dan uload kat sini.

Viva Las Vegas semua!!

Monday, December 7, 2009

MARI MENGHABISKAN CUTI TAHUN!!



Ujung tahun dah dekat.....apa aku nak buat? Cuti tahunan masih banyak.....apa aku nak buat? Rasa-rasanya nak jalan-jalan lagi.....

Yezza....aku dah decide mana nak pergi buat menghabiskan cuti tahunan aku.....tempat dah decide, hotel dan flight tickets tengah nak beli.....dan yang penting, kali ni buat pertama kalinya aku akan travel berdua......bukan sorang lagi!!!

Tunggu!!!!!!!!

Friday, December 4, 2009

WHEN I WAS JUST A LITTLE BOY.......

Semalam masa aku meeting kat Bangkok, sempat jugak pergi tengok wayang lepas meeting abis. Masa wayang nak start, dia tunjuklah satu iklan dari syarikat insuran ni.

Mula-mula macam biasa je tapi lama-kelamaan, rasa lain macam plak. Aku dapat rasakan yang iklan ni memang spesial. Rupa-rupanya anak-anak yang menyanyikan lagu ini adalah anak-anak istimewa dari Thailand.

Aku rasa amat tersentuh tengok betapa cerianya budak-budak ni menyanyi walaupun mereka tau keadaan mereka. Korang tengoklah sendiri dan judge yourself. And aku asyik mengulangi tengok video clip ni...tanpa jemu.



Teringat arwah Yasmin Ahmad yang selalu buat iklan-iklan penuh makna macam ni.