Saturday, July 4, 2009

Farewell & Birthday Party @ My Avalon



Malam Jumaat lepas, kat umah aku ada buat makan-makan sikit. Sebenarnya, salah seorang kawan aku akan balik for good ke Malaysia. Dan secara kebetulan pulak, seorang lagi kawan aku sambut besday pada hari yang sama. So, dia orang ni pun plan la nak buat makan-makan. Memandangkan besday aku pun baru ke lepas beberapa hari, dia orang ajak le aku sekali celebrate sama-sama.

Malam tu, member aku si besday boy yang masak. Mamat ni memang terer masak dan lauk malam tu simple je, nasik tomato ngan ayam masak merah, acar buah, roti jala kuah kari daging dan beberapa lagi makanan yang tetamu bawak. Ramai yang dijemput sebenarnya tapi sebab ramai jugak yang balik ke Malaysia atas urusan kerja, so yang datang adalah dalam 30 orang kot.

Antara makanan malam tu:-




So,tengoklah gambar-gambar yang aku ambik malam tu. Seronok sebab dapat makan ramai-ramai dan makanan pun menyelerakan.









Farewell gift dari aku.


Norly posing ngan hadiah aku

So, to Norly, selamat berangkat semula ke Malaysia dan buat my fren si besday boy, happy besday buat ko.

Wednesday, July 1, 2009

BIRTHDAY CAKE



Oh lupa plak nak tunjuk birthdy cake daripada staff aku yang kat airport. Thanks semua sebab sanggup hantar jauh-jauh dari airport ke opis aku.

Saturday, June 27, 2009

HARI ULANG TAHUN KU!



Hari ini bersamaan dengan tanggal 27 June adalah merupakan ulang tahun kelahiran aku. Happy birthday untuk diri sendiri. Yang ke berapa?.....Baru je masuk 39 tahun....umur tak perlu berahsia...apa nak malu.....kan?

Malam tadi ramai kawan2 hantar sms birthday..ada yang dari Malaysia, Saigon, Phuket dan yang paling jauh dari Madrid.....aku pun tak tau yang kawan aku tu simpan birhday date aku. Dan satu lagi email aku dapat dari kawan lama aku dari Michigan USA....yang ini lagi aku terkejut sebab dia simpan tarikh lahir aku rupanya. Ramai jugak yang hantar ucapan dalam FaceBuk.

Thanks pada semua atas ucapan yang diberikan. Mudahan-mudahan umurku panjang, rezekiku murah, hidupku diberkati, jodohku dipertemukan dan macam-macam benda baik lagilah.

Kat opis pun pagi tadi staff kasi surprise. Dia orang beli bunga taruk atas meja aku. Lepas tu lunch dia orang belanja makan buffet kat Legend Hotel Saigon. Thanks aku ucapkan dan really appreciate that.


Bunga tersedia atas meja aku


Hadiah dari staff-staff aku

Yang ni plak gambar masa makan-makan kat Legend Hotel Saigon - staff aku belanja lunch buffet kat sana.










Sekali lagi, selamat ulang tahun buat diriku sendiri.

Wednesday, June 17, 2009

CERITA PANJANG!!



Dah lama aku tak hapdet blog ni. Entahla...rasa malas plak dan mungkin sebab tak banyak benda aku nak cerita dan kongsi kat sini. Aku sekarangg ni lebih rajin layan FB plak.

Anyway, last week aku balik kampung sebab Mak Long aku meninggal dunia. Aku dapat called malam Isnin dari adik aku dan pagi Selasa tu aku hantar sms kat boss aku yang tengah bercoti-coti kat London tu ( h$#am jad#$ betul...aku nak cuti dia tak kasi)mintak kebenaran. Flight aku ambik pukul 11.00 pagi...sampai KLIA dalam 2.00ptg tunggu plak taxi balik Subang Jaya. Lebih kurang pukul 3.00 petang aku sampai umah di Subang Jaya. Badan aku letih dan aku tak sanggup nak drive masa tu ke kampung...bahaya sebab keletihan. So, aku took a nap jap dan dalam pukul 4.00 aku bertolak balik kampung ke Temoh, Perak.

Sampai sana plak, aku join adik beradik aku yang lain untuk balik ke kampung emak aku di Kopisan, Gopeng. Masa tu jenazah dah kebumi dah so kita orang stay sampai malam untuk tahlil je. It was really a family affair Mary J Blige sebab dapat jumpa sedara mara aku yang lain-lain. Terkezut jugak dia orang bila tau aku ni ada maklumlah aku ni memang jarang sesangat balik kampong. Lagi terkezut ala-ala AF bila dia orang baru tau aku la ni kat Vietnam...gitew!!!

OK.....enough about the sad story. Aku stay kat kampung few days....rindu rasanya sebab aku jarang balik kampung. Maklumlah trip aku ke KL selalunya meeting dan lepas tu balik semula ke Saigon or Phuket (sebelum ni). Cuma masa aku balik tu belum musim buah lagik, so tak dapat la nak belasah rambutan gading faveret aku tuh!

Hari Khamis aku sms boss aku cakap aku nak extend coti aku sebab dah alang-alang rasanyakan? So, aku pun stay la. Tetiba, nafsu giler ku datang dan terus aku cakap mak aku yang aku nak ke Jakarta esoknya. Mak aku tak terkezut pun sebab dia memang tau aku ni jenis macm nih.....suka main redah ikut suka je.

Tengahari tu jugak aku call staff aku kat Saigon mintak buat booking flight dan Secretary office Jakarta untuk hotel booking. Dan sesungguhnya petang tu jugak lah aku balik KL....sebab flight aku ke Jakarta esok paginya (Jumaat). Gila tak? Ingat tak trip ke Jakarta aku yang 4 kali postponed tu?....So akhirnya kini pasti Kak Nita, dapat jugak aku pergi. Kalau aku tak pergi, alamatnya tak taulah bila plak sebab susah nak dapat coti dari boss Kelly-Ng baru aku tu. Malam tu dengan penuh bersemangat selepas mendapat restu bonda, aku pun drive balik ke Subang Jaya untuk pack beg.

Hari Jumaat pagi dalam pukul 10.00pagi aku dah ada kat depan Hotel Mulia Senayan di Jakarta all by myself. Nice hotel and very impressive. Fisrt time kat Jakarta nih dan teramat over excitednya. Lepas ambik kunci, aku lepak jap kat bilik dia yang chantek dan besar tu. AKu dapat special rate so agak murah bangat untuk standard hotel bertaraf 5 bintang diamond. Ha engkau.....aku pun tak pernah dengar ada 5 bintang diamond. Malang sekali sebab trip ni tak plan so aku tak bawakla kamera bagak maupun kecik aku. Nak buat camano kan?

Punyalah aku ni letih gamaknya, sedar-sedar aku bangun dah dekat pukul 3 petang....ekelele buang karan betulla. So, terpaksalah aku mandi cepat-cepat nak keluar bandar. Rugilah kan kalau datang tapi asyik terlelap je? Dah rugi setengah hari aku kat Jakarta.

Lepas consult ngan cewek-cewek Indon manis kat counter tu, destinasi pertama aku pergi ialah Plaza Senayan dan Senayan City. Naik taksi tak jauh pun tapi macet (jammed) jugak. Kat sini aku cuma tengok tengok je sebab takda satu pun yang aku minat nak beli. Sehinggalah.................aku terjumpa kedai jual CD kat situ.

Aku memang suka beli CD, DVD, VCD sebab aku suka buat colection. Samada akan mendengar atau menontonnya, itu belakang kira...janji beli dulu!! Kat sini CD lagu punyalah murah...cuma IDR35,000 ataupun dalam RM14 je original CD occay!!! Apa lagi, nafsu Normadiah telah meresap dalam badan aku dan terus aku borong banayak jugak. Mostly lagu-lagu album baru artis dan band Indonesia. Best giler. Lepas abis shopping CD dah masuk petang terus aku layan makanan padang yang sememangnya faveret aku. Ada restoran Sari Ratu dan makanannya sedap....aku suka sesangat!!

Second day, bangun lambat lagik.....tapi tetap gigihan jugak nak ke Tanah Abang. AKu kesini lepas baca Blog Lily ari tu. Saja je nak cari barang untuk mak dan kakak aku. Memang aku tak pandai nak beli barang orang pompun dan letih aku masuk kedai sana sini. Hasilnya....aku terbeli 30 helai tudung serkap. Ha...ambik ko....dari tudung yang serkup ada manik2 dan batu kat atas tu sampailah yang tudung yang penuh berselirat ngan batu segalanya. Nampak chantek dan aku gerenti mak dan kakak/makcik aku semua akan teruja Ella nanti. Harga nya tak mahal sangat mungkin sebab aku beli banyak kot. Puaslah plak aku mengendongnya bawak balik hotel sebab takkan le aku nak hurung benda ni semua ke tempat lain plak???

Petang tu dalam pukul 3, aku pergi plak ke Grand Indonesia dan Plaza Indonesia. Kat sini besar giler shopping mallnya ala-ala KLCC dan penuh ngan barang branded. Tapi apa-apa pun aku cari restoran nasi padang dulu sebab hari dah lewat untuk lunch aku. Seperti diduga, jumpa lagi restoran Sari Ratu. Apalagik, lagak bak Maria Tunku Sabriuntuk Jalan-Jalan Cari Makan, terus aku belasah semuanya. Sedapppppppppppppp giler!!

Lepas makan, jalan window shopping je la. Tahle...takda langsung benda menarik pada aku nak dibeli.....semua macam overprice. Aku rasa KL lagi urah dan banyak choice kut!! Tak semena-mena jumpa lagik kedai CD....memang siaplah....aku beli lagi CD/DVD/Karaoke CD untuk bawak balik Saigon. Banyak jugak aku borong dan seperti biasa aku amat puas sebab murahhhhhhhhhhhhh bangat!!!

Korang nak tau CD lagu apa yang aku beli. Ha, nilah dia listing nya:-

a) Ungu - Penguasa Hati (album terbaru)
b) Agnes Monica - Sacredly Agnezious (album terbaru)
c) Vidi Aldiano - best album nih.
d) Anggun - Elevation (album terbaru)
e) Maia - Sang Juara (ada ke kat Malaysia?)
f) Glenn Fredly - Private Collection
g) Mulan Jameela - album lagu Makhluk Tuhan Paling Sexy
h) Andra & The Backbone - Season 2 (album terbaru)
i) Naff - Live Acoustic (sedap album ni)
j) Joeniar Arief - Sesungguhnya (R&B album)
k) Maka Dewi-Dewi Cinta - self titled album
l) Rossa - Rossa (ada lagu Terlanjur Cinta dengan Pansha - best)
m) New Beginning 09 - koleksi lagu2 ngetop Indon 2009
n) OST Bukan Cinta Biasa
o) OST Ketika Cinta Bertasbih - ada lagu Melly (sedap)

Antara DVD yang aku beli plak:-

a) Laskar Pelangi - yang ada lagu Nidji tu
b) Chika - arahan Ram Soraya yang ngetop itu.
c) Sepuluh - winner best drama Biola Film Festival USA
d) Jakarta Undercover - filem khusus dewasa katanya
e) Dewa Live In Japan

VCD Karaoke plak yang aku terbeli:-

a) Dewa 19 - Republik Cinta
b) Radja - Langkah Baru
c) Sheila on 7 - Lagu-lagu hits Volume 1
d) Nidji - album Top-up
e) Kerispatih - Kenyataan Perasaan
f) SCTU Music Awards - kompilasi lagu populer
g) RCTI2 - Compilasi Dashyat
h) 200eight Superstar

Banyak tak kawan-kawan? Membazir tak? Haaaa...lu pikirlah sendiri!!!!

Malam Sabtu, aku saja melepakkan diri aku kat Kelab CJ di hotel tu. Not bad live band dia tapi aku rasa malas nak stay lama. Aku amik taksi dan pergi plak ke Hard Rock Cafe Jakarta kat Plaza Indonesia. Saja layan live band dia yang tak le best sesangat....kira OK je lah. Kat situ aku layan je lah lagu-lagu dia orang. Ingatkan nak beli HRC shirt ke tapi tak menarik la plak!!

Ok...hari terakhir di Jakarta, aku masih sempat keluar kejap waktu pagi sebab flight aku pukul 7.45 malam. Aku pergi plak ke Ambassador Mall dan Komplek M. Kat sini macam Pertama Complek plak aku rasa. Manusia ramai dan aku cuma tengok je la sebab takda benda menarik nak beli dah. Balik hotel dalam pukul 3.00ptg dan kemudian book taxi untuk ke airport. Airport Jakarta ni punyalah burok...tak macam KLIA yang indah megah tu. Ingatkan Jakarta ni canggihla...tapi rupanya indah kabar dari rupa.....bagi pendapat aku la!!

Dengan masuknya aku kedalam flight tu, maka berakhirlah trip ke Jakarta yang punyalah lama aku plan cuma sekarang je baru berkesempatan. Overall trip ni aku tak berapa suka sebab tak berapa plan, boring sorang-sorang, jem Jakarta tahap cipan yang pening aku dibuatnya dan lain-lain. Cuma yang aku suka trip ni ialah aku dapat beli banyak CD/VCD/DVD original yang murah kalau nak dibandingkan nagn KL. Tak sesungguhnya, nasi padang Sari Ratu itu amatlah sedap ikut tekak aku lah. Puasssssssssssssss makan nasik padang.

Itulah cerita panjang aku....sorry takda gambar sebab tak bawak kamera.

Saturday, May 30, 2009

RENEW VISA!



Baru je abis pack barang sebab pagi-pagi besok nak balik KL. Disebabkan work permit tak dapat lagi, so aku cuma boleh stay kat sini sebulan je dan tiap2 bulan kena keluar untuk renew visa. Best jugak at least balik KL dan boleh makan lagik.

Ingatkan nak ambik cuti next week tapi tak lepas la pulak. So, pagi-pagi Isnin aku akan balik ke Saigon semula sambung kerja.

Gitulah ceritanye!

Monday, May 25, 2009

DIDALAM SEPI ITU - SUDIRMAN

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpaedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita
Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Sunday, May 24, 2009

NAK TULIS APA EK?

Sejak dua menjak ni, jarang sangat aku hapdate blog ni. Tahla...kadang-kadang takda idea dan mungkin takda benda menarik nak tulis.

Bebanan kerja agak teruk kat sini...lagi pressure dari di Phuket dulu. Aku takle komplen tapi kadang-kadang bingai jugak otak aku dibuatnya.

Alhamdulillah sokongan staff dan rakan-rakan kat sini agak baik. Takle rasa tertekan sangat...tapi aku ni kalau tertekan pun kat luar aku senyum je. Dalam hati sendiri tanggung dan sendiri yang tau.

Badan aku plak rasanya lately ni semakin naik. Asyik makan je....kalau tak makan lapor plak...dah makan...nak makan lagik. Tengah sihat ni bedal je la kan?

So, nantilah, aku uploadkan few photos activiti aku beberapa minggu yang lalu buat kenangan aku sendiri di kemudian hari.