Tuesday, April 28, 2009

TRIP KE MEKONG DELTA - USD11 SORANG

Last week, aku dan kawan-kawan kat sini amik kesempatan untuk try Mekong Delta Tour. Mostly tourists ke Saigon kena try benda nih. Harga tak mahal cuma USD11 seorang termasuk bus, lunch dll. Kami amik package ni dari SinhCafe, tour company yang paling terkenal kat sini yang terletak di backpacker area di District 1.

Semua penumpang akan berkumpul di depan ofis SinhCafe pad pukul 8.30 pagi. Perjalanan mengambil maa selama 2 jam. Dalam bas ni, tour guide dia akan ceritala serba sedikit tentang tempat ni.


Norly, Zee & Freddie

Bas yang ami naik ini penuh tapi selesa dan beraircond. Kalau tak, alamat cairla la kepanasan. Dalam bas tu, amik gambar le jugak.


Aku & Freddie


Zee & Norly

Sampai je kat Mekong Province, bot ni dah menunggu kami semua.


Bot kita orang


Aku dan Zee

Inilah destinasi pertama kami iaitu sebuah kampung dimana kami ditunjukkan cara-cara membuat kulit popiah. Kat sini very tradisional kaedahnya...very the old style. Macamla aku tak pernah tengok........


Sampai ke destinasi pertama


Nak jugek try!!

Lepas siap, kertas popiah tu di jemur tengah panas terik.


Kertas popiah dijemur

Disini juga merupakan destinasi kami untuk lunch. Dah sedia dah kedai dia so kenalah bayar kalau nak makan. Tapi we all dah siap bawak makanan sendiri sebab biasalah kan lagi senang bawak makanan sendiri, dah tentu tau halalnya.


Aku kekenyangan

Lepas tempat ni, we all naik bot lagi untuk ke tempat seterusnya iaitu sebuah kampung untuk makan buah-buahan. On the way ke tempat ni, kita orang melalui kebun buah-buahan. So, sempatla jugak aku mencilok buah-buah jambu air yang masak ranum itu.


Dalam bot ramai-ramai


Penumpang2 dalam bot kami


Berhenti makan buah


Sambil makan dihiburkan ngan artis Vietnam

Lepas makan, kami berjalan lagi didalam kampung tu untuk melihat tempat ternakan madu lebah la plak. Untuk kesini, kena naik kereta kuda. Satu kereta kuda muat 6 orang walaupun kudanya agak kecik tapi masih mampu menarik kami yang berat-berat ni. Tahniah sang kuda!!


Kereta kuda menanti kami


Atas kereta kuda


Ramai-ramai kat kebun lebah


Aksi over

Kami jugak dibawak melawat kilang candy yang dibuat dari kelapa. Tak le sedap sangat candy dia tapi productionnye punyalah banyak.


Kat kilang candy

Lepas kat sini, kami berjalan lagik ke sebuah sungai untuk menaiki sampan kecik. Sampan ni muat 4 orang saja dan tukang kayuhnya pulak seorang makcik. Bayangkan betapa susahnya mengayuh sampan melawan arus. Tahniah jugak untuk makcik ni sebab mampu membawa kami yang agak berat ini. Ini merupakan destinasi terakhir trip ni.


Dalam bot kecik plak


Nak jugek kayuh sampan

Sampan kecik ni menghantar kami ke bot besar yang mula-mula tadi untuk mengangkut balik kami semua ke bas.


Atas bot pose kejap

So, basically, oklah trip ni sebab menarik jugak cuma yang tak tahan punyalah panas. So make sure korang bawak topi dan spek gelap. For USD11 seorang, aku rasa berbaloi lah jugak trip ni.

Sunday, April 26, 2009

FAREWELL ROSLI & KAK LEEN



Jumaat malam lepas ada farewell buat Rosli dan Kak Leen yang akan meninggalkan Saigon back for good ke Malaysia. Tak ramai yang datang maybe sebab ada hal kot tapi aku mengambil kesempatan ni untuk hadir dan mengenali mereka sambil buat networking. First time aku jumpa Rosli ni masa farewell predecessor aku. So, kira baru kenal la jugak!

Malam tu kebetulan Duta Malaysia ke Vietnam pun ada sama. So we all pun makan-makanlah kat Restoran Halal@Saigon yang dimiliki oleh Presidnt MBC, Dr Shimi.

Food wise ok saja takda semothing superb pun. Just layan ajalah walaupun harga yang dikenakan agak tinggi. Anyway, enjoy the photos below.


Rosli yang baju oren


Akmar & Kak Leen (kanan)



Pose ramai-ramai buat kenangan


Duta Malaysia (kiri) & Akmar



Si comel Puteri


Special momento disampaikan oleh Dr Shimi


Aku dan lain-lain


Aku & Fauzi


Kak Leen & Rosli


Ucapan dari Duta Malaysia


Mina, Akmar, Puteri & Zaley



Gambar beramai-ramai

So semoga bertemu lagi dengan dia orang di lain masa. Biasalah, hidup kat sini orangnya bertukar-tukar. Dah adatlah tu.

Saturday, April 25, 2009

MAKAN2 LAGIK!



Alhamdulillah dah dekat 2 bulan aku kat sini. So, last week saja lah aku buat makan-makan lagik. Sambil menjamu kawan-kawan, dapat jugak kenal lebih rapat.

Sebelum ni aku pernah hidangkan Thai food tapi kali ni nak tukar selera pulak dan aku nak buat makanan yang agak simple tapi bervariasi. So malam tu, aku cater meehun goreng, roti canai, kuih cucur badak dan tuna sandwich. Manakala pencuci mulut plak aku sediakan bubur pulut hitam dan aneka buah-buahan. Air plak teh tarik ngan sirap limau.

Ramai gak yang aku ajak dan alhamdulillah ramai yang dapat datang. Tapi tak sempat nak amik gambar makanan in full sebab aku sebuk sangat melayan orang. Dah tengah-tengah tu baru aku amik gambar.

So, korang tengok je la gambar-gambar yang aku amik masa makan-makan kat Avalon minggu lepas.














InshaAllah next time ada rezeki kita makan lagik!

Tuesday, April 21, 2009

AKU TENSION!



Beberapa hari yang lepas ni aku agak tension sikit dek bebanan kerja. Few entries terpaksa tertangguh sebab kepala aku rasa naik bengong. Inshallah, aku akan sambung balik menulis kat sini bila segala dah reda.

Sunday, April 12, 2009

A NEW DAY!



Ok....forget about the cancellled trip...life must go on as usual. Ala....kejap je aku frust lepas tu I'm back to normal as usual. Aku ni memang jenis camtu...cepat sejuk!!

Anyway, sekarang busy balik sebab lepas balik meeting kat KL last week, teruk kena bambu sebab business getting tougher dan demand makin teruk, so kenalah perah otak to improve the revenue. It is not easy to work in this industry especially kalau yang lain-lain tu dah mula buang orang etc.

Being a new guy in a new place dan aku pun tak sampai 2 bulan kat sini so memanglah aku struggle giler. Communication is always a problem sebab mostly local here cannot speaking so nak tak nak most of the time kenalah bawak staff aku sekali untuk meeting, close deals etc. But that's the challenge and I like that.

Hujung bulan ni pulak ada public holiday dan ingatkan nak le lari mana-mana kejap. Masalahnya semua flight penuh la pulak.....so tengah pikir ni mana nak pergi. Taknak aku dok sini 3 hari doing nothing.....sure bosan giler.

Anyway, now I am back dengan semangat baru. Rasanya nak ke gym kat bawah tu jap untuk kempiskan perut ku yang semakin memboroi ni. TUMMY TRIM takda plak jual kat Vietnam ni....kalau tak.....boleh le jugak sapu-sapukan. Lepas tu terus cakap, "Lihatlah perut ku....ramping kan???"

Tak gitew kawan-kawan???


Amaran! Ini bukan perut aku occay??

Tuesday, April 7, 2009

GERAM - TAK JADIK LAGI!!!



Malas nak cakap tapi tahap bengang aku memang tinggi. Again and again for the THIRD TIME, my trip to Jakarta has been cancelled sebab MEETING. Tak boleh cuti katanya walaupun 2 hari je.

Now aku nak mintak endorsement dia orang to change my travel date. Hangin satu badan aku bila dapat call tengahari tadi.

Hangin.....hampes.....macam sialllllll!!!!