Friday, December 5, 2008

DAY 5 - ZERMATT, SWITZERLAND - Part 1



Zermatt merupakan sebuah bandar kecik di Switzerland. Sebesar kampung aku kat Perak kot kalau tak silap. Kat sini, kenderaan awam adalah diharamkan sama sekali sebab kawasan ini persekitarannya dijaga begitu ketat. Kenderaan awam dikehendaki diparking disebuah tempat dan kemudian kenderaan yang dipanggil electro car akan mengambil alih. Comel-comel je taxi dia yang berkuasa bateri tu. Bas dia pun pakai bateri je untuk bergerak.

Di Zermatt, we all stay kat Youth Hostel International. Kami mengambik 6 bedroom private ensuit with attached bathroom inside. Dalam ni ada 3 katil tingkat muat untuk 6 orang. Breakfast dan dinner included. Total cost for 2 nights dalam CHF400. Considered murah sebab kat Swiss ni mana ada yang murah kalau nak diikutkan. Hostelnya agak bersih, chantek dan staff dia memang peramah. Totally not as I expected tapi yang ni memang best.




Zermatt Youth Hostel

Hari pertama di Zermatt, snow turun agak banyak tapi tak le terok sangat. Seronok we all semua main snow maklumlah bukan selalu dapat. Lepas breakfast we all pun sakan lah amik gambor kat luar tu.



Makan breakfast puas-puas



Seronok main snow

Aktiviti utama hari pertama di Zermat ialah untuk melihat Gunung Matterhorn yang terkenal tu. On da way kesana, we all pun amik peluang bergambar sakanlah sebab tempat ni chantek sangat. Yang best nye kalau winter ni, tak payah nak bawak baju banyak2 sebab kat luar tu dah kena cover ngan winter jacket. Orang bukan tau apa kita pakai kat dalam....betui tak?











Ni plak gambar town Zermatt yang diliputi salju:-






Nanti aku hapdetkan Part 2 untuk aktiviti di Gunung Matterhorn. Tunggu je!!!!

DAY 4 - KEMBARA 3 NEGARA

Hari ni perjalanan kita orang agak adventurous sikit. Seawal pagi we all dah bangun sebab our flight ke Bergamo, Italy dalam pukul 12.15 tengahari. Seronok merasa English breakfast ramai-ramai dengan suasana sejuk kat luar tu. Memang soooooooo English uolsss !!!

Lepas makan, Salima’s husband, Mr Wahab pun hantar we all semua ke Bristol Airport. Perjalanan dari rumah dia ke sana dalam masa 20 minit. Sepanjang perjalanan memang chantek tapi kita orang tak berkesempatan nak explore lagik.



Dengan keluarga Salima & Rasydan

We all beli Ryan Air tiket dalam internet masa sale last week. Murah siut dan berbaloi giler. Satu orang return ticket termasuk taxes/surcharges cuma dalam GBP30 aje. Ryan Air ni macam Air Asia la jugak LCC kaedahnya. Perjalanan dari Bristol ke Bergamo dalam lebih kurang 2 jam dan we all selamat sampai ke Bergamo, Italy dalam pukul 3.30ptg waktu tempatan.


Kat Bristol Airport tengah surfing

Kat Bergamo Airport, cuaca hujan la plak. Lepas abis immigration clearance we all terus ambik bas ke Milan plak yang Cuma sejam je perjalanannya dari Bergamo. Tiket bas we all berharga Euro 31 untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Kira ok le tu.

Sampai je di Milan Centrale Statiozione we all pun beli le ticket KTM untuk pergi ke sebuah bandar yang terletak didalam negara Switzerland yng dinamakan Zermatt. Yes kawan-kawan, we all meredah 3 negara dalam masa satu hari ni. Start dari England masuk ke Italy dan akhirnya pergi ke Switzerland. Dan untuk pengetahuan korang, trip ni bukannya we all organized infact main redah je. So, kira adventurousla tu kan?

Perjalanan dari Milan ke Zermatt mengambil masa selama 2 jam menggunakan KTM nya ang agak bersih, chantek dan ada kelasss walaupun kita orang cuma ambik 2nd Class aje. Dalam train ni we duduk keletihan je lah sementara menunggu tibanya ke Station Visp yang merupakan station KTM terhampir dengan bandar Zermatt.


Dalam train ke Switzerland

Untuk mengetahui apa yang we all buat kat Zermatt, tunggu sat ya cek nak hapdetkan!!!

DAY 3 - LONDON & BRISTOL


Inilah dia Marble Arch

Aku check-out dari Marble Arch Inn dalam pukul 11.00 pagi. Lepas simpan barang dalam storage room, aku pun berjalan keluar kat Oxford St sekali lagik. Masa ni orang ramai giler sebab cuaca tengah baik dan orang plak busy shopping untuk Christmas.

Dalam berjalan-jalan tu, tak semena-semena tershopping la aku beberapa perfume yang tengah sale kat kedai Parfumes kat Oxford St tu. Bayangkanlah satu EDT Jazz YSL 50ml, EDT Benetton 100ml, set Azzaro 50ml dengan deodoren altogether cuma dalam GBP30 je untuk 3 bijik perfumes. Giler murah dan rugi plak aku rasa kalau tak beli. Siap di kasik bath towel Dunhill lagi sebagai hadiah.



Aksi-aksi Santa Clause di Selfridge

Lepas pusing-pusing aku patah balik ke hotel untuk amik barang. Aku akan ke Heathrow Airport untuk berjumpa dengan Rasydan dan famili dia yang akan sampai dengan flight MAS dari KL dalam pukul 4.00ptg nanti.

Lepas jumpa dia orang, dengan bantuan kawan Rasydan, we all pun berombonganlah beramai-ramai ke Bristol. Disinilah tempat study Rasydan dan wife dia dulu. Kat Bistol ni we all akan stay kat rumah Profesor Salima yang merupakan cikgu si Rasydan dan Zana masa study dulu.

Best rasanya dapat duduk dalam rumah yang serba-serbi English. We all excited giler tengok rumah ni yang telah berumur 79 tahun katanya tapi masih lagi baik dan kukuh. Apa lagik, amik gambor la aku tak lepas peluang.

Malam tu kami disajikan dengan Lasagna panas yang sedap. Perut amatlah lapar dan memang sesuailah rasanya. Kita orang pun belasahlah seadanya sebelum kita orang tidur dek kekenyangan dan keletihan.


Lasagna yang panas


Salad


Roti Panas


Tepi unggun api


Aksi ceria Afrina & Adiva


Tangga naik ke tingkat 2


Disinilah aku tidur


Living Hall


Dapur ni umur dia 79 tahun!

Memang seronok dapat experience macam ni sebab ni lah first time aku merasa suasana real English. Rasa soooooooooooooo klasik lah!!!

DAY 2 - LONDON

Salam semua. Malam ni aku nak bersiaran dari Milan la plak. Baru sampai semalam dan we all check-in kat Hotel Bernina yang lebih kurang 200 meter dari Milan Centrale Statione.

Ok aku nak cerita pasal hari kedua aku di London. Hari kedua aku bangun lambat. Letih badan dan kesejukan masih terasa. Lepas mandi bagai dan breakfast aku pun mula menjelajah keluar menikmati kota London yang sejuk tu.

Mula-mula sekali aku meredah kawasan Piccadily Circus. Dekat je kalu naik tube dari tempat tinggal aku. Cuaca agak renyai tapi pelancong memang banyak. Aku memang appreciate keindahan bangunan lama so UK & Europe memang la tempat yang sesuai. Seronok tengok senibina lama yang masih dijaga dan maintain kat sini.






Sambil jalan-jalan tu tetiba aku terjumpa satu restoren ni yang namanya "JOM MAKAN" sebuah restoran Melayu. So apa lagi aku masuklah saja nak try. Restoren ini terletak berhampiran sangat ngan Trafalgar Square yang terkenal ngan burung merpati tu. Daripada Piccadily Circus pun tak jauh tempatnya. So, aku decided to try sebab menunya nampak sedap dan best sangat.

Tengah aku nak mengorder makan tu, tetiba satu couple terpacul depan pintu masuk tu. Couple ni tak lain tak bukan adalah Momi dan Lin yang merupakan ex office mate aku masa kat KLSE dulu. Dah lama aku tak jumpa Momi sebab sejak aku resign KLSE dan pindah ke Phuket, memang tak pernah jumpa pun. Momi pun dah pindah ke Riyadh kerja kat sana untuk Riyadh Securities Commisssion. So, apa lagi bak jejak kasihan lah kita orang sebab tak sangka dapat jumpa kat situ plak. Lepas tu we all pun order lah makanan kat sini.


Lin & Momi

Aku order set menu dia yang ada sate ayam dan masak lemak cili padi. Pergh....walawei....memang sedap. Chef dia recommend aku order nescafe tarik......memang malatops beb!! Makanan dia memang sedap dan we all siap order nescafe tarik 2 kali tu. Dengan harga GBP15 untuk set menu yang we all order tu emmang berbaloi sebab rasa makanan dan minuman dia sama macam kat Malaysia. Aku kasik 4/5 bintang sebab kesedapannya. We all memang puas dan sure akan datang lagi next week bila aku ada di London dengan Rasydan nanti.


Jom Makan entrance




Interior yang simple tapi bersih


Menu Kad


Ini yang aku order - sedap giler!

Tengah we all makan sambil bersembang tetiba kelibat seseorang yang begitu familiar masuk. Yezza.....Datuk Seri Najib dan entouragenya rupa-rupanya datang makan lunch kat situ. Wah...teruja giler dan we all pun senyum masa dia lalu sebelah we all. Datuk Najib's Special Assistant (kalau tak silap), En Puad datang kat meja we all dan bersembang. Punyalah ramah dan we all pun tak sangka dengan karamahan beliau. Lepas sembang, amsa Datuk Seri Najib nak balik, we all sempatlah amik gambor dengan dia dan keluarga dia. Memang baik sekali dan tak nyombong....tak sangka rasanya dapat jumpa dia..kat London lagi tu.


En Puad (SA to DPM)


Kenangan dengan our DPM di London


Dengan bos-bos Jom Makan London


Dengan anak pompuan DPM yang friendly


Last sekali kat luar bergambor

So, memang kenangan betuila hari kedua di London sebab dapat jumpa DPM dan jugak kawan lama. Kat London lagi tu wei!!!

Lepas je dari situ, aku pun pusing-pusing somewhere area Piccadily Circus, Trafalgar Square & Lancester Square just to amik gambor sana-sini. Masa ni masih petang tapi London dah gelap macam malam je rasanya.



Area Trafalgar Square











Kawasan persekitaran Piccadily Circus & Lencester Square

So, puas la aku berjalan sakan dalam masa 2 hari tu ikut kaedah main redah je. Walaupun main redah je, aku rasa redahan aku berbaloi dan masih banayk lagik tempat aku nak explore kat Central London ni.

Tuesday, December 2, 2008

LIVE DARI ZERMATT, SWITZERLAND


Belakang tu Mt Matterhorn

Semekum semua!!

Sorry tak sempat nak hapdet sebab asyik berjalan-jalan merata-rata. Sekarang ni tengah bersiaran live dari McDonald Zermatt, Switzerland....yezza...aku di Swiss Country sekarang.

Ingatkan nak update Day 2 sampai la Day 5 tapi internet access kat Zermatt ni hampeh dan hostel yang aku tinggal tu takda plak wifi....tahpebenda la!!

Anyway, sekarang ni tengah tunggu train nak balik ke Milan. Sampai diMilan expected around 7.30pm then aku akan stay kat hostel 2 hari. On 4hb plak aku akan balik semula ke Bristol, England untuk menyambung semula perjalanan ku mengembara England termasuklah Bath, Manchester, Liverpool dan kalau ada rezeki aku akan naik ke Edinburg, Scotland.

So, memandangkan masa yang agak terhad, aku akAn cuma menghapdet apa aje yang sempat. Banyak gambor-gambor chantek kat Zermatt ni sebab we all datang saja-saje je nak try snow.

So, uolss.....tunggu!!!!!