Sunday, October 12, 2008

MAKAN-MAKAN KAT WILLIAM



Pose ceria semua di William

Hari Jumaat lepas aku ada kat KL sebab ada meeting. So, dikesempatan tu, aku ajak Lily untuk ke William sebab so far tak pernah pergi lagi. Mana tahan beb tengok blog Lily yang penuh ngan gambor-gambor makanan kat William tu. So, aku pun terigin le jugak.

Actually, tak jauh rupanya dari umah aku. Malam tu tetiba hujan plak tapi aku sampai awal sebab takut sesat. Tak lama kendian, Lily tiba ngan EA dan lepas tu Yazeed dan Shah. Memandangkan perut dah lapor, so we all pun orderlah beberapa makanan.

Tengah makan-makan tu, Ziana, MNN dan Zoul pun sampai plak. Apa lagik, we all pun order la lagik makanan.

Honestly makanan dia memang best dan puas rasanya sebab berbaloi pergi. Lily kata banyak lagik menu-menu lain yang aku kena try. So, confirm next time balik KL boleh pergi lagi.

To Lily and the gang, thanks so much sebab bawak teman kesana. Puasssssssssssssssssssssssssss sesangat!!!!

Ni le gambor-gambor yang we all makan (ambik dari blog Lily):-


Nasi Goreng Ketam

Ayam Pandan

Nasi Goreng Sotong Petai

Roti Ayam Salad

Spaghetti Carbonara

Mee Goreng Mamak

Aku minum ni....Manggo blended...best!!!

Ni plak, gambor kami semua (setengah amik dari blog Lily):-


EA, aku dan Lily


EA & Lily


Shah & Yazeed


MNN, Zoul & Ziana


Yazed, aku & Zoul


Senyum semua lebor-lebor


Pose ramai-ramai


Bergambor masa nak balik

Saturday, October 11, 2008

LAWATAN KENGKAWAN

Minggu lepas kawan aku dari KL, Zaity aka Kak Onah dan husband dan kawan-kawan dia dari Qatar datang Phuket. Bercuti raya katanya. So, memandangkan aku plak baru je masuk opis dan agak busy dengan preparation meeting, so aku pun tak berapa berkesempatanlah nak bawak dia orang jalan2.

Anyway, malam pertama kat Phuket, aku bawakle dia orang jalan-jalan kat sekitar Patong Beach. We all sume tengok Simon Cabaret lepas tu dinner kat Uncle's Foo restaurant dan last sekali rambu-ramba kat Bangla Road. Dia orang nak tengok Agogo Girls...so aku bawakle kat beberapa clubs kat situ.

Kat Uncle Foo's restaurant






Kat Bangla Road







So Kak Onah, moga-moga kOrang enjoy lah ye kat Phuket walaupun aku tak berapa berkesempatan nak bawak2 korang dek last minute meeting dan kena balik KL malam Khamis tu.

Sunday, October 5, 2008

MAMMA MIA - SING-A-LONG EDITION



Tengahari tadi sementara menanti flight petang aku balik ke Phuket sempat gak aku larik kejap ke Sunway Pyramid sebab nak nonton citer Mamma Mia, the Sing-along Edition. Soundtrack dia dah lama aku beli tapi ari ni je baru aku sempat nak ke panggung nonton wayangnya.

Aku tengok ramai bebenor orang-orang veteran yang nonton maklumle ABBA nye lagu kan ke zaman dia orang. Aku plak memang biasa gak dengar lagu-lagu ABBA ni sebab kawan2 aku suka nyanyi kat karaoke.

Tak dinafikan cerite ni memang menghiburkan especially part lagu-lagu famous dia orang macam Dancing Queen, Mamma Mia, Money Money Money, Voulez-Vous (paling feveret), Take a Chance on Me etc. Syok dan meriah rasanya sebab penonton pun ada yang nanyi sama-sama....termasuk le aku. Memang best cerita ni.....tak boring dan tak memeningkan kepala. Lokasi penggambaran dia di Kepulauan Greek punyalah chantek.....kalau dapat pergi mesti best!! Aku paling suka dia punya wedding chapel yang kat atas bukit tu.....memang indah sesangat. Inshaalah, kalau ada rezeki satu hari nak gak ke Greece nih jalan-jalan amik gambor.

Dengar crite musical Mamma Mia nak datang KL. Kalau jadik, harus pergi tengok nih.

Balik je tengok wayang, sempat gak aku singgah kejap kedai dvd kat SS15 beli beberapa movies. Aku memang hardcore fan untuk filem-filem seram so apalagik aku sambor je la beberapa cerite buat tontonan kat umah bila aku balik Phuket nanti. Antara yang aku beli Catatombs, 12, Pulse 2, Mirrors, Nymph, Far North (bukan horror movie) dan tak ketinggalan dvd ori Sepi dan ya...Bangkok Love Story (yang aku cerita ari tu). Memang tak sangka jumpa gak cerita ni kat KL padahal punya la susah nak cari kat Phuket nih.



Tak tau le bila agaknya aku boleh abis nengok sume cerite-cerite nih!!!

IRAMA MENYENTUH KALBU




Entry kali ni lambat sikit..dah raya ke 4 baru aku nak buat. Tapi takpala kan sebab posa pun sebulan.

Memang banyak lagu-lagu raya lama yang masih malar segar. Lagu-lagu baru pun banyak gak tapi entahlah...bagi aku takda kick sangat macam lagu-lagu lama.

Ada satu lagu raya ni yang lirik dia menyentuh perasaan aku. Lagu ni kalau dihayati bait-bait lirik dia memang boleh menitik air mata walaupun aku cuba gak nak maintain macho. Penyanyi asal nya aruah S.Jibeng tapi telah diperbaharui oleh penyanyi-penyanyi baru seperti Awie, Aqasha dan Ruhil. Walaupun bertukar penyanyi, bagi aku sedikit pun tak merosakkan kelunakan irama dan melodinya. Itulah keistimewaan Musafir Di Aidilfitri.

Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri

Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri

( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita

Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri

Saturday, October 4, 2008

KELAMAI - SPECIAL ENTRY

Aku rasa sure korang tak pernah dengar KELAMAI. Apa ke bendanya tu?

Kelamai merupakan salah satu makanan orang-orang Rawa yang diperbuat daripada gula merah dan dimasukkan kedalam buluh untuk dibakar sama seperti lemang. Cara pembuatan sama cuma bahannya aja berlainan. KLu dijual memang agak mahal jugak maklumle kelamai ni ala-ala exotic food gitew!!!

Kalau korang melalui jalan lama ke arah Ipoh, kat sepanjang jalan di kawasan Kg Gunung Mensah tu korang akan jumpa satu dua gerai yang jual kelamai. Benda ni tak sekomersil lemang tapi tetap mempunyai peminat2 setia yang menyukainya.

Aku plak. kelamai ni kurrrrengggggg sikit....kalau lemang tu ok le!!


Kelamai lepas dikopak....


tadaaaa.....ni le kelamai

HARI RAYA KEDUA

Hari raya kedua plak time kita orang beraya kat kampung belah mak aku kat kawasan Gopeng. Pagi-pagi lagi kita orang dah siap awal-awal dan berangkat. Kalau tak memang tak keluar le sebab orang akan datang bertandang ke rumah tak putus-putus.

Memang banyak rumah sedara mara yang kita orang pergi. Bermula dari Lawan Kuda, Kopisan, Lahat Baru, Gopeng, Kampung Kepayang sampailah ke Kampung Manjoi kat Ipoh. Letih memang letih tapi nama pun rayakan? Kalau tak raya memang payah le nak kesana-sini rumah sedara mara nih.

Aku ni plak memang yang jenis jarang balik kampung maklumlah asyik duduk kat merata-rata tempat je sejak zaman sekolah lagik. So, masa raya nilah kiranya yang paling afdal untuk jumpa sedara mara aku yang aku pun kadang-kadang tak kenal (tapi dia orang kenal aku plak....malunya aku!!).










Malam tu plak kat umah , we all buat barbeque. Syok ramai-ramai panggang ayam, ikan, sosej dll. Memang meriah uolls raya kali ni.




HARI RAYA PERTAMA


Pose raya tepi tangga

Ok...nak cerita lah sikit sambutan raya aku kat kampung. Macam biasa masa raya umah aku kat kampung memang meriah dan penuh dengan adik beradik sedara-mara. Tahun ni kaler tema raya warna hijau....so aku pun ikut je lah cari baju melayu kaler hijau.


Keluarga aku except abang aku je takda sebab umah bini dia


Kak Long sekeluarga


Rihan sekeluarga


Kak Ana sekeluarga


Ibuku dan cucu-cucunya


Bergambor ramai-ramai

Biasalah.....pagi-pagi gi masjid sembahyang raya...lepas tu balik umah jap bermaap-maapan dengan ibunda tercinta dan adik-beradik aku yang lain. Sessi ni jugaklah paling menggembirakan anak-anak buah aku sebab time ni aku akan kasi angpao. Seronok tengok budak-budak ni gumbira.


Sessi bermaap-maapan


Bersalaman dengan kaum keluarga


Angpao time

Lepas bersalaman, kami semua pergi ke kubur arwah bapak aku yang telah bersemadi disana sejak 30 September 2004. Sedih sebab dia tak berkesempatan merasai semua ni. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.


Ziarah kubur arwah ayahandaku dipagi syawal