Thursday, March 13, 2008

WCI - Democracy Back

Check this out!
Go Mak Bedah go!!!!

Wednesday, March 12, 2008

Tuesday, March 11, 2008

Jalan-Jalan Cari Pengalaman

Penghujung Tahun 2007 membawak ke 2008 ni merupakan "Tahun Melawat Banyak Tempat" bagi aku. Kira-kira pengembaraan aku tu lebih kurang macam nilah:-

Dec 2007 - Macau (urusan kerja aje Part 1)
Jan 2008 - Jogjakarta (urusan kerja aje Part 2)
Feb 2008 - Singapura (urusan kerja aje Part 3)
Mar 2008 - Bangkok (business with pleasure gitu)
Apr 2008 - Club Med Cherating (pleasure-pleasure aja)
May 2008 - Jakarta tapi clash la pulak ngan Frangipini Langkawi (ruginye)
May 2008 - TBA (klimaks for Q2 travelogue aku - mana? ermm tengah confuse ni)

Memang aku tak nafikan aku agak beruntung sebab bekerja didalam industry ni. Ianya memberikan aku banyak peluang untuk melawat ke negara orang. Tak kira la urusan kerja ke pleasure ke asalkan sampai kenegeri orang. Tapi kalau korang tengok travelogue aku tu, mostly Regional destinations. Reason being - memang aku incharge kawasan ASEAN - kira portfolio aku le tu.

Dalam banyak-banyak destination kat atas tu, aku paling teruja bulan May nanti sebab ianya merupakan annual priviledge aku - maknanya aku boleh pilih mana-mana destinasi yang aku hendak pergi free of charge. Cuma kena cari tempat tinggal dan bawak duit belanja je.

So far, dengan annual priviledge aku, aku dah merantau ke Amsterdam, Belgium, Luxemburg dan Frankfurt dan yang terlatest San Francisco & Los Angeles. Semuanya aku buat solo backpacker je - senang dan tak payah nak menyusahkan orang. Aku just check-in kat backpacker hostel, share dorm ngan yang lain-lain dan lepas tu aku layan je la trip aku tu.

Memanglah tak semua orang suka stay kat backpacker hostel, tapi bagi aku motip aku cuma nak melihat negara orang, merasai pengalaman di negara orang lain dan cari kawan-kawan baru. Itu lagi penting bagi aku. Daripada aku habiskan duit kat hotel best, baik aku gunakan duit aku untuk shopping dan enjoy benda-benda lain kat sana.

So, back to my plan this May. Aku tak decide lagi nak kemana tapi dalam list aku yang teratas adalah Istanbul dan Spain. Especially Istanbul sebab aku teruja sangat tengok documentary dalam Discovery Channel ari tu. East meets West kaedahnya. Very exotic dan penuh misteri tempat-tempatnya.

Aku dah check dalam sini dan ada banyak hostel yang bagus kat Istanbul dan Spain dan kosnya pun taklah mahal sesangat. Tu yang aku lagi teruja tu.

So, plan jangan tak plan, mudah-mudahan tercapailah impian aku untuk menambahkan lagi pengembaraan perjalanan aku. Bak kata pepatah, "Jauh berjalan luas pemandangan", tak gitew?????


Istanbul


Spain

Saturday, March 8, 2008

SAMY VELLU & SHAHRIZAT KALAH!!!


Aku doakan aku menanglah hendaknye


Aku mesti menanglah.....ayoyo!!!

Dear all.

I just read the following in the net:-

PETALING JAYA: MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu lost the Sungai Siput parliamentary seat, while Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil lost the Lembah Pantai parliamentary seat to Nurul Izzah Anwar.

So, now the TRIBAL HAS SPOKEN......and the verdict is .... SAMY VELU & SHAHRIZAT kalah!!!

Friday, March 7, 2008

HARI MENGUNDI


Esok aku akan mengundi. Bukan aku aje....tapi seluruh rakyat Malaysia yang layak jugak. Kiranya ini adalah kali kedua buat aku.

Pusat mengundi? Kat Pandan Indah.....malas rasanya kau nak pergi sebab aku dah pindah ke Subang Jaya sekarang. Tapi....kalau aku tak pergi maknanya aku kena tunggu another 4 years.

So, kenalah aku pergi esok!!!

Monday, March 3, 2008

Naomi Hayden - Madah Berhelah

Kelakar sangat.....enjoyce. Credit for arezeo for the video!!

Sunday, February 17, 2008

JUSTIN FURTADO


Justin & Nelly

Lately ni, aku busy bangat. My on-going project sekarang very important. Aku kena oversee a big and major event for my Company. Infact, I am doing this for the first time ever...maklumla aku pun baru je masuk Department ini.

So, for the coming week, aku terpaksalah lupakan segala aktiviti sosial aku....ngadap kerja aja le to make sure semua ok. Kalau tak ok, kena ok kan jugak. Kalau masih tak ok, tetap ok kan jugak. Infact hari Sabtu dan hari ni aku terpaksa ke opis. Banyak benda yang aku nak kena settle to make sure everything is taken care of.

Kalau ikut-ikutkan, memanglah letih. Not to mention my crazy boss yang sooooooooooooooo perfectionist. Aku rasa kalau orang bunting, harus terberanak terus kalau kena sumpah seranah boss aku tu. For him, all aspects kena cover. Kalau tak cover, alamat berjawaplah aku. Remember, "coffee 3.00 o'clock on my table?".....statement standard dia yang aku rasa dah tah berapa kali aku dengar!! Tak larat!!

Anyway, aku pun taknaklah tension sesangat pikio benda-benda ni. So, untuk meredakan pemikiran aku, aku pun pergile kedai dan jumpa 2 DVDs ni.

Justin Timberlake 'Live From Madison Square Garden' dan Nelly Furtado 'Loose The Concert' memang berbaloi. Aku memang suka si Justin ni sebab show dia semuanya malatops. The quality of the DVDs is excellent(of courselah....ori apa??) dan almost all popular songs dia ada dalam DVD ni. Lagu-lagu popular macam 'SexyBack, 'Senorita', Like I Love You' dan banyak lagi memang mantap. Yang paling syok tengok bila dia menari.....memang best!!

Nelly Furtado ni pulak memang klasik. Aku suka penampilan baru dia yang agak moden as compared from her previous album. Lagu-lagu dia pun banyak yang catchy macam 'Promiscuous', 'Maneater', 'Crazy' dan lagu lama dia yang aku suka sangat 'Powerless'.

Walaupun aku tak sempat lagi nak tengok sampai abis tapi aku rasa dua-dua konsert ni memanglah ngetop. Nantilah aku ada masa free sikit aku akan layan sampai abis.


Lagu ni untuk orang rawa...enjoyce!!


Ketiakku licin....tak caya tengok!!


Go Justin....Go Nelly.....jangan lupa kat aku yek!!!!